NAK MAKAN SAJIAN ALA ARAB YANG SEDAP ? JOM KE ALANNA'S KITCHEN PANDAN INDAH ! - Monolog Aku Cuma Di Kiri

January 25, 2017

NAK MAKAN SAJIAN ALA ARAB YANG SEDAP ? JOM KE ALANNA'S KITCHEN PANDAN INDAH !

NAK MAKAN SAJIAN ALA ARAB YANG SEDAP ? JOM KE ALANNA'S KITCHEN PANDAN INDAH ! - Korang suka makan Nasi Arab? Baru-baru ini aku diberikan peluang untuk merasai keenakan Nasi Arab di Alanna's Kitchen Pandan Indah. Alanna's Kitchen ni mungkin agak terpencil tapi sekali dah rasa makanannya, mungkin korang akan jadi pelanggan tetap!


Berkonsepkan mesra Muslim, masakan di sini menggunakan bahan-bahan untuk semua menu termasuk kek secara homemade @ handmade! Secara jujur aku cakap, memang lain dari yang lain. Selain itu, mereka ada juga menyediakan masakan ala Asian dan Western.


ARABIC LAMB MANDY + RICE : RM18.90
Menu ni dihidangkan dengan kambing berperisa, salsa dan sambal. 
Nasi Mandy dan daging kambing agak lembut,
makan pula dengan salsa dan sambalnya, memang membuka selera.


SHISH TAWOOK GRILLED CHICKEN + RICE : RM 12.90
Shish Tawook bermaksud ayam yang diperap untuk sajian kebab.
Tapi di sini, ianya dihidangkan dengan Nasi Mandy. 
Rempahnya yang terasa pada ayam membuatkan korang rasa taknak berhenti makan.


BEEF STEW + MANDY RICE : RM17.90
Mungkin ianya tak kelihatan macam stew kita makan tu tapi masih mengekalkan rasa stew. Kuahnya cukup rasa dan stew ni dihidangkan dengan Nasi Mandy. Kekenyangan yang berbaloi-baloi!


CABONARA SEAFOOD : RM17.90
Seolah udang, sotong dan siput menari-nari dalam Spagetti Cabonara ni tau. Aku bukanlah penggemar Cabonara tapi di Alanna's Kichen, aku suka. Rasa Cabonara ni bukan macam yang kita selalu makan. Sos Cabonara disini adalah handmade. Memang tak muak!


GRILLED SAMBAL FISH (SEABASS) + RICE : RM12.90
Kalau taknak makan Nasi Arab, korang boleh cuba menu Ikan Sambal ni. Menu yang sangat sesuai untuk korang yang sukakan kepedasan. Isi ikannya fresh dan sambalnya cukup rasa. Memang best! Dalamnya diletakkan potongan kacang bendi jugak tau. Tak rugi cuba :) 



BOLOGNAISE CHEESY RICE BALL : RM10.90
Menu ni paling terkesan di jiwa aku sampai termimpi-mimpi. Bagi aku menu ni agak rare sebab aku tak pernah jumpa. Dihidangkan dengan kuah bolognaise, Cheesy Rice Ball ni sejenis rangup di luar, lembut di dalam. Dengan keju meleleh-leleh tu, sangat sesuai untuk penggemar keju!


ABALONE SCALLOP PORRIDGE : RM28.90
Istimewa sempena Tahun Baru Cina. Bubur ini disajikan bersama 2 abalone yang agak besar dan 6 scallop! Selain itu, bubur ini dimasak hampir 9 JAM untuk mendapatkan rasa bubur yang sebenar. Siapa yang teringin makan abalone dan scallop tu bolehlah cuba bubur ni.

Kredit : +Sally Samsaiman 


WAFFLE + 2 SCOOP OF HOMEMADE ICE-CREAM : RM10.90
Dah makan kenyang-kenyang tu mestilah cari dessert kan? Korang boleh cuba waffle dengan aiskrim homemade ni. Dah nama homemade memang guna bahan sendiri, buat sendiri lah kan?
TANPA BAHAN PENGAWET! Aiskrim yang tidak terlalu manis dan solid, 
sesuai untuk korang yang tak suka aiskrim manis-manis.


CAKES OF THE DAY. 
Blueberry Cheese, Lemon Cheese, Mocha Mousse & Cappuccino Mousse
Kek ini juga adalah homemade dan TANPA BAHAN PENGAWET.
Setiap hari, kek yang dihidangkan adalah berbeza-beza. Pun tidak terlalu manis.

Kredit : Alanna's Kitchen
.
.
.
Terlalu banyak makanan sedap yang dihidangkan di Alanna's Kitchen.Mereka terlalu memikirkan kepuasan pelanggan. Bagi pihak Alanna's Kitchen, kalau kita happy lepas makan, mereka lebih bertambah happy.

Oh ya, buat pengetahuan, Alanna's Kitchen dalam proses mendapatkan Sijil Halal.


ALANNA'S KITCHEN

[Address]
No 8, Jalan Pandan Indah 1/23D, Kuala Lumpur, Malaysia

[Contact]
03-9201 7134

[Page]

3 comments:

  1. Menunya nampak tempting sangat2 :)

    ReplyDelete
  2. Alahai, semuanya nampak sedap..
    Nanti balik kampung nak singgah la.. :D

    ReplyDelete
  3. Sally punya favorite mmg Carbonara dia...selalu kalau g makan sana mesti ambik carbonara..hahaha :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.