NAK CANTIK? GUNAKAN LENDIR SIPUT BABI!

NAK CANTIK? GUNAKAN LENDIR SIPUT BABI! - Beberapa hari ni macam fefeeling beauty blogger pulak kekdahnya. Haha! Dulu aku ni bukan 'perempuan' sangat yang jenis obses terhadap kecantikan ni. Rasa malas nak jaga-jaga kecuali tetiba ada mood nak melawa.

Kaum wanita ni kalau nak cantik. sanggup buat apa saja tau. Beauty is pain katanya. Tapi sanggup ke korang nak jadi cantik dengan menggunakan lendir siput babi?

Terapi menggunakan siput babi ni mungkin baru kot dekat Malaysia tapi terapi jenis ni dah menular ke Thailand, Korea dan Jepun. Di Chiang Mai Thailand, dua orang lelaki warga Perancis telah mengusahakan sebuah Snail Spa yang menyediakan perkhidmatan kecantikan menggunakan siput babi secara eksklusif.


Menurut pemiliknya, siput babi mempunyai kebaikan semulajadi dan kandungan antioksidan tinggi yang mampu menghaluskan dan mengurangkan kedutan pada kulit wajah.

Lendir serta sisa kumuhan dari siput babi itu mengandungi asid glaikolik dan elastin. Bukan itu saja, anatomi siput itu sendiri mempunya 14,000 gigi mikroskopik dapat memberi efek terapeutik apabila dibiarkan menjalar di kulit wajah.

Tapi.................... siput babi yang digunakan bukanlah yang menjalar kat pokok-pokok tu. Ianya eksklusif dan spesis Helix Aspersa yang didatangkan khas dari Perancis.

Haaa... korang yang ekstrem berani tu jangan gatal pergi kutip siput babi kat depan rumah tu tempek kat muka plak! haha~~~
NAK CANTIK? GUNAKAN LENDIR SIPUT BABI! NAK CANTIK? GUNAKAN LENDIR SIPUT BABI! Reviewed by Tunsha Ayunie on January 17, 2017 Rating: 5

1 comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.