MERAJUK PUNYA PASAL, LELAKI INI SANGGUP TAK BERCAKAP DENGAN ISTERI SELAMA 20 TAHUN ! - Monolog Aku Cuma Di Kiri

January 12, 2017

MERAJUK PUNYA PASAL, LELAKI INI SANGGUP TAK BERCAKAP DENGAN ISTERI SELAMA 20 TAHUN !

MERAJUK PUNYA PASAL, LELAKI INI SANGGUP TAK BERCAKAP DENGAN ISTERI SELAMA 20 TAHUN ! - Apakah perasaan korang kalau korang bercakap dengan pasangan korang, lepas tu dia membisu je? Bukan sehari atau dua hari, tapi 20 tahun !

Kisah ni di Jepun. Seorang suami sangat cemburukan isterinya sebab macam kurang bagi perhatian pada dia. Isteri dia ni lebih bagi perhatian pada anak-anak diorang. Punyalah si suami ni terasa dengan isteri, dia merajuk sampai taknak bercakap selama 20 tahun! Fuhhhh..............! CEMBURU punya pasal weh...

Disebabkan perkara ini, tiga-tiga anak diorang menghubungi sebuah program televisyen di Jepun dengan harapan dapat memulihkan hubungan mereka sekeluarga.

Si suami, Otou Katayama tinggal sebumbung bersama isterinya, Yumi serta anak-anak diorang tapi langsung taknak bersuara. Dia hanya akan mengangguk, menggeleng dan merengus untuk menunjukkan perasaan  terhadap sesuatu.


Pasangan itu kemudian dibawa ke sebuah taman yang secara kebetulan memang tempat diorang bercinta dan berjumpa untuk kali pertama pada 21 tahun lalu.

Otou akhirnya bercakap buat kali pertama selepas 20 tahun dan disaksikan anak-anaknya dari jauh. Perkara tu pastinya akan memberi tangisan kepada anak-anak dia.

"Saya merajuk kerana awak terlalu memberi perhatian kepada anak-anak.Saya hargai kesabaran awak. Saya harap hubungan kita akan jadi lebih baik selepas ini," kata Otou.

Sumber : Astro Awani

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.