KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 6] - Monolog Aku Cuma Di Kiri

January 07, 2017

KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 6]

KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 6] - Selepas solat Subuh, mereka terus berkemas untuk pulang. Dalam pukul 8L00am, mereka terkejut kerana mendengar suara riuh rendah kanak-kanak sedang mandi di kolam renang. Sedangkan, sepanjang mereka berada di situ, tiada seorang manusiapun yang mereka jumpa.

Mereka kemudiannya turun ke lobi dan Sha cuba lagi call agen untuk bertanya di mana nak tinggalkan kunci. Agen cakap tinggalkan je dalam bilik. Dah tak pepasal kena naik bilik pulak sebab nak tinggalkan kunci memandangkan masing-masing dah berada di lobi.


Azizi dan beberapa orang kawan dia dengan rela hati nak pergi bilik letak kunci. Sedang menunggu Azizi, datang seorang pakcik menegur.

"Awak semua dari mana ni? Baru sampai harini ke? Pakcik tak pernah nampak pun?"

Dr.Idham memberitahu bahawa mereka telah berada di kondo tersebut selama 3 hari 2 malam dan tinggal di bilik 1107 dengan 1105. Pakcik itu terkejut kerana selama menjaga tempat itu, dia tidak nampak Dr.Idham serta pelajar-pelajar lain. Bilik 1107 tu pun dah lama tak ada orang tinggal sejak kondo itu disita. 

Keadaan semakin tidak keruan.

RELATED POST :

2 comments:

  1. ye ke cerita ni ke rekaan je ni ... heheh satu je kondo kat langkawi tu ... kondo istana ... dalam gambar hitam putih tu pun mmg gambar kondo istana ... sepanjang aku menginap ... tak de pepe pun ... alhamdulillah ...

    klu kate tak de org langsung mcm mengarut juga sbb kondo ni bkn hanya pelancong je menginap .... org beli pun ada dok sini ... kat sini ada mat saleh dan chinese yg beli dan menetap kat sini .... mmg dulu ada masalah dengan pengurusan ... bila penghuni yg beli ni buat tuntutan mahkamah ... agak strict sikit kat sini ...skrg pun .... aku byk kali dah stay sini tiap kali balik langkawi tak de kejadian yg pelik2 pun ....

    aku rasani cerita rekaan je kot kan ayu ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhahahhaa jangan spoil. A'ah.. ni fiksyen semata2 memenuhi mood seram aje beb... ^_^

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.