KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 5]

KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 5] - Bayangkanlah tetiba je budak tu takde, mahunya tak panik. Dalam lif pulak tu tetiba hilangnya. Lepas tu ada bau busuk pulak keliling mereka, sangat busuk pulak tu! Dari tingkap 6 semua pelajar naik tangga hingga ke tingkat 10 untuk ambik barang group lelaki. Sejak pelbagai kejadian aneh berlaku, Dr.Idham bercadang untuk berkongsi bilik dengan group perempuan.

Group lelaki tido depan TV manakala mereka yang group perempuan ni tido dalam master room. Dalam pukul 11:30pm, tengah syok layan hindustan, tetiba pulak blackout. Dah blackout tu, ada bau wangi pulak seakan bau bunga melur. Kata orang tua kalau bau wangi ni selalunya pontianak. Dalam pada tengah ketakutan tu terdengar pulak bunyi pintu diketuk sangat kuat sampai macam nak roboh pintu.

Dah takut, mana mereka berani nak bukak pintu. Sepanjang mereka ada kat kondo tu, mana pernah selisih dengan sesiapa selain makcik bersabit dengan budak lelaki tu je. Lagilah seram! Ketukan berlanjutan lebih kurang 20 minit dan mereka terdengar bunyi seakan sesuatu yang diseret di lantai.


Mereka yang lain cuba mengintai dan kelihatan makcik bersabit sedang berjalan dan menyeret sabit dia dari pintu lif ke pintu bilik mereka. Ada yang mula takut dan menangis. Dr.Idham cuba menenangkan pelajar dan menasihati mereka supaya jangan menjerit. Kalau takut pun just tutup telinga dan pejam mata je.

Bunyi seret menyeret tu semakin hilang, dan berganti dengan bau yang sangat busuk. Malam tu semua tak mampu untuk tidur. Sha sangka semua dah habis, tapi dalam pukul 3:00am camtu, dengar orang bukak air kat singki, dengan bertemankan cahaya dari phone, ternampak satu kelibat depan sinki. Terpaksa pura-pura tak tahu apa-apa.

Dr.Idham pesan kalau takut jangan jerit, nak nangis jangan bersuara. Dalam mengharungi ketakutan pagi-pagi buta tu, bau bunga melur menusuk lagi. Azizi bangun dia terus azan. Kelibat tu tak berganjak sampailah habis azan. Bukak Youtube surah 30 juzuk pun tak jalan. Ketukan pintu pula semakin kuat. Dr.Idham menyuruh mereka buka pintu dan bertawakal saja. Akhirnya, gangguan itu hilang.

RELATED POST :
KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 5] KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 5] Reviewed by Tunsha Ayunie on January 06, 2017 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.