January 19, 2017

KENALI APA ITU HEALING CRISIS @ HEALING PROCESS

KENALI APA ITU HEALING CRISIS @ HEALING PROCESS - Bila pakai sesuatu produk yang menjanjikan cantik seawal 7 hari, kita pun kagum dan teruja. Akhirnya dapat kulit wajah yang diidami, flawlessss uolssss! Maka dengan penuh pasti kita kata produk tu BAGUS. Yela, kesan seawal 7 hari kan? Kaum Hawa mana yang tak mahu cantik? Kita ni sejenis yang kurang kesabaran sebenarnya.

Ada jugak produk berkimia yang memberi kesan awal yang buruk terutama kes jerawat tumbuh dengan jayanya. Kalau kes macam ni memang awal-awal kita boikot kan??

Ada jugak yang consume produk organik, dan ianya memberi impak yang lebih teruk jika sebelum ni kita pakai terlalu banyak produk yang tinggi bahan kimia. Kesan awal bila pakai produk organik ni, jerawat akan membiak, whitehead, blackhead, ruam, pengelupasan semuanya happy bermain-main atas muka korang. OK, dalam kes yang ni, kita panggil HEALING PROCESS atau dikenali juga sebagai HEALING CRISIS!


APA ITU HEALING CRISIS / HEALING PROCESS?

HEALING PROCESS adalah sejenis proses penyembuhan yang 
terbahagi kepada 4 proses iaitu :

(RELEASE)  - (RELAX) - (REVIVE) - (RENEW)

RELEASE adalah sejenis pembuangan toksin atau bahan kimia yang telah meresap kedalam kulit kita. Ianya bergantung kepada sesuatu individu. Kulit kita kan ada yang nipis dan tebal :)

RELAX pula akan merehatkan organ dan kulit kita, setelah bekerja keras semasa proses penyingkiran bahan-bahan kimia yang jahat tu.

REVIVE membaik-pulihkan sel-sel kulit mati yang telah lama rosak (tanpa kita sedari) sama-ada diluar atau didalam kulit.

RENEW akan membantu memperbaharui dan menggantikan sel-sel kulit yang telah lama rosak.

Kalau takde perubahan atau semakin teruk, jangan terlalu risau kerana itu adalah NORMAL. Tempoh paling lama adalah 4 bulan hingga ke 6 bulan untuk melengkapkan proses tersebut.

HEALING PROCESS ini memerlukan KESABARAN yang sangat-sangat tinggi. Kebanyakkan daripada mereka yang mengalami proses healing ni akan jadi down especially bila muka mengelupas atau berjerawat teruk. Kalau korang bersikap seperti ini, toksin dalam kulit tidak sepenuhnya pulih.

Korang perlu KONSISTEN, YAKIN & SABAR. Itu kunci utama ye tuan-tuan puan-puan.


HEALING PROCESS ni bukan terjadi kepada pengguna skincare je, tetapi kepada pengguna produk dalaman contohnya minuman berkolagen. Proses ni berbeza mengikut individu. Ada antaranya kena ruam, jerawat halus, jerawat besar, jerawat batu, muka rasa panas berbahang atau mengelupas.

Kadang-kadang, proses ni ambil masa sebulan je. Ada yang lebih. Bergantung kepada berapa lama korang consume produk berkimia. Makin lama korang pakai produk berkimia, makin lamalah prosesnya.

Untuk menyahkan toksin dalam badan, sila minum AIR KOSONG sebanyak mungkin ye? Dah tahu info ni, moga dielakkan mengguna produk yang merosakkan kulit. Sayangi wajah sendiri :)

1 comment:

  1. healing crisis yg dr produk organik dan terjamin selamat mcm international produk yg ada fda ... dah bertahun2 dah established no hal ... ni hat local product ... baru naik nama setahun dua ... jutawan itu ini ni .. mmg aku was2 sikit....aku tak berani

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.