HIKMAH BERSYUKUR IKHLAS KERANA ALLAH

HIKMAH BERSYUKUR IKHLAS KERANA ALLAH - Nabi Musa AS memiliki umat yang sangat banyak jumlahnya. Mereka ni panjang umurnya. Ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang agak miskin dan datang menghadap Nabi Musa AS. Kemiskinannya terserlah dengan pakaiannya yang compang-camping serta lusuh dan berdebu.

Si miskin itu kemudian berkata kepada baginda Nabi Musa AS,
" Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT agar 
Allah SWT menjadikan aku seorang yang kaya " 

.Nabi Musa AS tersenyum. Dia berkata kepada si miskin tadi ,
" Saudaraku, banyak-banyakkanlah engkau bersyukur kepada Allah SWT ".

Dah tentulah si miskin tadi terkejut dan kesal 
dengan jawapan Nabi Musa AS, lalu dia berkata,
"Bagaimanakah aku mahu bersyukur jika makan pun jarang,
 pakaian yang aku gunakan pun hanya selembar ini saja!" 

Lalu si miskin itu pulang dengan rasa kecewa.


Beberapa hari kemudian, datang pula seorang yang kaya dan menghadap Nabi Musa AS. Badannya bersih dan pakaiannya kemas. 

Si kaya tadi berkata pada Nabi Musa AS ,
" Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT agar menjadikan
aku seorang yang miskin, kerana aku merasa terganggu dengan hartaku ini."

Nabi Musa AS tersenyum lagi dan berkata ,
" Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT " .

Si kaya terus menjawab ,
 " Ya Nabiullah, bagaimana pula aku tidak bersyukur kepada Allah SWT?
Allah SWT telah memberikanku mata dan dengannya aku melihat,
telinga untuk aku mendengar, dan kaki untuk aku berjalan. 
Bagaimana aku tidak mensyukurinya? "


Terus saja si kaya itu berlalu pergi, pulang ke rumahnya. Tidak lama selepas perjumpaannya dengan Nabi Musa AS, Allah SWT telah mengurniakan kekayaan yang lebih kepadanya kerana sentiasa bersyukur. Manakala, si miskin tadi bertambah miskin hingga selembar pakaian pun sudah tiada. 

Hikmah dari kisah ini, walaupun rezeki yang datang itu hanyalah segumpal, bersyukurlah. Semoga ada manfaat dari kisah ni ya? Wallahualam.

HIKMAH BERSYUKUR IKHLAS KERANA ALLAH HIKMAH BERSYUKUR IKHLAS KERANA ALLAH Reviewed by Tunsha Ayunie on January 06, 2017 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.