HATI-HATI WANITA MENGANDUNG, PENGIDAP MAIESIOPHILIA MUNGKIN SEDANG BERLELUASA! - Monolog Aku Cuma Di Kiri

January 20, 2017

HATI-HATI WANITA MENGANDUNG, PENGIDAP MAIESIOPHILIA MUNGKIN SEDANG BERLELUASA!

HATI-HATI WANITA MENGANDUNG, PENGIDAP MAIESIOPHILIA MUNGKIN SEDANG BERLELUASA! - Zaman moden dan hidup berlandaskan media sosial ni, semua benda kita rasa nak tayang pada umum kan? Well, siapa yang tak bahagia bila mengandung? Lagi-lagi bila perut membulat comel je, terasa macam nak kongsi kegembiraan bersama.

Dalam pada tu, korang jangan terlalu gembira. Mungkin para wanita mengandung yang gemar berselfie ni akan menjadi mangsa pengidap MAIESIOPHILIA! Korang akan dijadikan bahan keghairahan seks oleh golongan pengidap penyakit ni.


Masyarakat kita masih tidak didedahkan dengan golongan macam ni. Tapi sememangnya perlu hati-hati sebab penyakit psikologi seperti Pedhophilia dan Maiesiophilia jarang dapat dilihat dengan mata kasar.

APA ITU MAIESIOPHILIA?

MAIESIOPHILIA (Maie-Si-O-Phi-Lia) merupakan satu keghairahan seseorang individu terhadap wanita mengandung. Golongan ini akan sentiasa berasa ghairah serta akan berfantasi secara keterlaluan walaupun hanya melihat gambar perempuan yang mengandung je. 

Aku ada terbaca, MAIESIOPHILIA ni tidak menyalahi undang-undang, kira bukan jenayah la, berbeza dengan Pedofilia yang melibatkan kanak-kanak, ianya dianggap satu jenayah.

Apapun, korang hati-hatilah. Sebab ada kes yang tutup aurat, pakai baju longgar pun jadi mangsa imaginasi keghairahan golongan ni. Jangan kata pengidap Maiesiophilia ni hanya teransang tengok wanita mengandung pakai ketat-ketat je. Karang jadi mangsa

Semoga bermanfaat :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.