GILIRAN AKU MENEMANI SUAMI KE HOSPITAL - Tunsha Ayunie Punya Belog

January 20, 2017

GILIRAN AKU MENEMANI SUAMI KE HOSPITAL

GILIRAN AKU MENEMANI SUAMI KE HOSPITAL - Bayangkan jelah kau gamble je pergi bawak kereta jejauh tanpa ada lesen penuh. TERPAKSA tau! Rabu haritu aku teman tuan suami pergi HKL. Memanglah Ampang dengan HKL tu macam tak jauh mana, tapi seram jugak redah jammed tanpa lesen penuh ni.

Mana larat nak naik teksi? Tambang cekik darah sangat. Nak naik bas, tuan suami pulak OKU. Memang susah nak naik turun bas. Mohon JPJ bertimbangrasa.

Sebenarnya pergi HKL pun atas sebab nak settlekan lesen dia yang dah berapa lama tak settle tu. Semoga Allah permudahkan urusan kami sepanjang perjalanan kami ni.


Akhirnya dalam pada ketakutan tu, sampai jugaklah ke HKL. Aku rasa satu aura je bila masuk HKL ni. Yelah, tempat aku membesar kan? Dah sampai tu, tuan suami pergi ziarah toilet dulu. Hihi. Samalah dengan aku sebab rasa seram sampai perut memulas. (Aku yang seram, tuan suami relaks je sebab before this dia dah pernah drive & ada lesen).

Dah tu, jumpa doktor. Apa yang aku suka doktor HKL ni, ramah depa lain macam sikit. Ok sambung, disebabkan dah lama tak medical checkup, tuan suami terpaksa ambik darah untuk buat MRI. Sementara tu, pergi X-Ray. Doktor sini baik, siap bagi ubat lagi.

Next checkup, 8 Februari 2017. Masing-masing bertabahlah. Inilah liku-liku suami isteri ada penyakit. Kehidupan berliku di hospital je. Hahaha! Terima kasih sudi baca.

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.