DAYANG NURFAIZAH MEMENANGI ANUGERAH JUARA LAGU 31 MENERUSI LAGU LELAKI TERAGUNG - Tunsha Ayunie Punya Belog

January 23, 2017

DAYANG NURFAIZAH MEMENANGI ANUGERAH JUARA LAGU 31 MENERUSI LAGU LELAKI TERAGUNG

DAYANG NURFAIZAH MEMENANGI ANUGERAH JUARA LAGU 31 MENERUSI LAGU LELAKI TERAGUNG - Kemenangan Dayang Nurfaizah memang seakan dijangka dari awal. Ramai penonton yang berdiri seakan kagum dengan persembahan Dayang dengan lagunya, Lelaki Teragung.


Berbanding dengan peserta lain yang mungkin masih baru dalam industri seperti Elizabeth Tan, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi. Bagi aku, mereka tiada X-Factor dalam persembahan. Aku siap boleh tido lagi tau!

Untuk persembahan terbaik, aku dah jangka Khalifah boleh menang - untuk persembahan la. Sebab aku enjoy dengan persembahan diorang. Especially part dikir barat tu.

Projector Band menerusi lagu Sudah Ku Tahu layak jugak untuk menang sebab lagu tu agak viral dan banyak cover. Tempat ketiga should be okay lah kan? 

Misha Omar dan Shuib menerusi lagu Terimaku Seadanya memenangi tempat kedua. Well, boleh agak lah kan? Kedua-dua mereka ada daya penarikan sendiri. Mereka pandai cari X-Factor sendiri.

Tanpa artis-artis yang 'kuat' macam ni, mungkin majlis Anugerah Juara Lagu tak berapa nak meriah. Penyanyi baru yang tumbuh macam cendawan ni bagi aku perlu banyak belajar untuk cari 'satu' identiti yang boleh orang kenal mereka.

Itu bagi aku lah tau? Apapun..... tahniah kepada semua pemenang! Tahniah Dayang!

1 comment:

  1. aida tgk separuh jalan ajl ni.
    ngantuk !!!
    but setuju la dayang menang.
    penuh feel gitu dia nyanyi.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.