1/1/17 - Monolog Aku Cuma Di Kiri

January 30, 2017

SINOPSIS CARMELA (TELENOVELA TV3)

9:41 PM 1
SINOPSIS CARMELA (TELENOVELA TV3)
SINOPSIS | CARMELA (TELENOVELA TV3) - Macam dah lama tak tengok Marian Rivera berlakon. Dia antara aktres Filipina yang aku minat. Dah la cantik, semua watak dia bawak nampak cantik je. Drama Carmela ni tahun 2014 punya cerita, tapi aku tak pasti sebelum ni pernah tunjuk ke tak kat TV3. Tapi rasanya akan tunjuk jugak dalam slot Telenovela akan datang.


JUDUL : CARMELA (2014)
GENRE : Drama, Romantik
MASA/TARIKH : Isnin hingga Khamis, jam 3:00 petang (Slot Telenovela)
PENGARAH : Dominic Zapata
PELAKON : Marian Rivera, Alden Richards, Bea Binene & Agot Isidro

SINOPSIS
Mengisahkan tentang hidup seorang wanita cantik bernama Amanda yang merasakan dirinya pembawa malang. Namun semuanya berubah selepas dia bertemu dengan Danilo yang merupakan seorang pemuda bisu dan pekak. Mereka kemudian berkahwin dan hidup bahagia serta dikurniakan dengan kehadiran seorang bayi perempuan yang diberikan nama Carmela.

Pada suatu hari, Danilo mati dilanggar keretapi akibat perbuatan jahat kawannya bernama Fernando. Fernando juga sudah lama menyimpan perasaan terhadap Amanda. Selepas kematian Danilo, Amanda terpaksa membesarkan Carmela sendirian dalam hidup yang kesusahan. Bukan itu saja, Amanda turut menjadi mangsa rogol Fernando.


Tetapi malang bagi Amanda kerana dia dimasukkan ke penjara kerana cuba mempertahankan dirinya yang sentiasa menjadi mangsa rogol Fernando. Carmela telah melarikan diri setelah diberitahu bahawa ibunya telah mati. Kemudian seorang wanita tua telah menemui Carmela dan menjaga Carmela. Carmela dihantar ke sekolah dan diberikan identiti baru iaitu sebagai Catarina.

Carmela/Catarina telah membesar menjadi seorang wanita yang cantik dan baik hati. Kecantikan yang dimilikinya membuatkan ramai lelaki terpikat dan ada juga yang cuba merogolnya. Kisah silam tentang ibunya membuatkan Carmela kuat dan pandai mempertahankan diri.

Satu hari, Carmela mengalami masalah kewangan. Dia berjumpa dengan Fernando dan bekerja dengan Fernando. Konflik terjadi apabila Carmela menyedari bahawa lelaki yang dicintainya dalam diam, Santiago Yago Torres adalah cucu kepada Fernado, lelaki yang memporak-perandakan kehidupan keluarganya.

So apa akan jadi seterusnya? Jangan lupa menonton TV3 slot Telenovela.

January 29, 2017

TAULADAN DARI DUA BIJI EPAL

7:37 PM 0
TAULADAN DARI DUA BIJI EPAL
TAULADAN DARI DUA BIJI EPAL - Setiap perkara sekeliling selalunya menjadi tauladan pada kita. Tapi jarang orang sedar. Aku sendiri, sentiasa menjadikan kesakitan orang lain sebagai kekuatan untuk aku berlawan dengan kesakitan aku. Sakit aku memang 'tidak teruk' seperti kanser, tetapi ianya juga membawa maut.

Jom baca kisah tentang epal ni. Semoga kita mendapat manfaat dari kisah yang aku bakal kongsikan.


TAULADAN DARI DUA BIJI EPAL
Di dalam sebuah kelas, seorang guru telah menunjukkan dua biji buah epal kepada murid-muridnya. Kedua-dua biji epal itu kelihatan cantik diluarnya.

Sebelum memulakan sesi pembelajaran, guru tersebut melontar sebiji buah epal ke arah pintu dengan kuat, Selepas itu dia mengutip kembali buah epal tersebut dan meminta murid-muridnya menghuraikan tentang kedua-dua biji epal tadi. (termasuk epal yang dilontarkan)

Murid-murid itu jelas mengatakan bahawa kedua-dua epal itu masih cantik dan merah warnanya.


Tetapi guru tersebut tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan dan menunjukkan epal yang dilontar tadi sudah rosak. Dia sekali lagi menyuruh murid-muridnya menghina epal yang telah rosak itu.


Walaupun pelik dengan permintaan guru mereka, murid-murid itu akhirnya setuju untuk menghina buah epal tadi. Pelbagai perkataan buruk yang dilontar pada epal itu. Kemudian guru itu meminta murid-muridnya memuji lagi sebiji buah epal. Sungguh-sungguh muridnya memuji buah epal tersebut.

Tiada apa-apa perubahan terjadi pada epal tersebut, Murid-muridnya semakin ingin tahu, apa yang cuba guru mereka lakukan.

Kemudian, guru tadi membelah kedua-dua biji epal.


Dia memberitahu :
"Inilah epal yang telah kamu puji tadi. Ianya nampak segar didalam..."


"Ini pula epal yang telah saya campak dan kamu hina,"
"Ia sudah rosak dan lebam didalamnya"

Begitulah keadaan mangsa-mangsa yang dibuli. Mereka nampak tenang dan diam diluar, seolah tiada apa-apa yang berlaku. Tetapi didalam, mereka menanggung kesakitan yang amat sangat,

Kita boleh ajar anak-anak kita seawal usia supaya mereka tidak terlibat dalam membuli dan dibuli. Perkara ni dah banyak kali berlaku. In fact, aku pun pernah kena buli! (huhuhu) . Tapi kes aku takdelah melibatkan pukul memukul, cuma effect pada mental aku jugaklah.

Moga bermanfaat.

January 28, 2017

SINOPSIS TELEMOVIE : BAYANGAN EMILIA (ASTRO RIA)

8:03 PM 0
SINOPSIS TELEMOVIE : BAYANGAN EMILIA (ASTRO RIA)
SINOPSIS BAYANGAN EMILIA (ASTRO RIA) - Korang peminat cerita seram atau peminat Fattah Amin? Bolehlah tonton telemovie ala seram arahan Pekin Ibrahim ni. Selain itu, Pekin turut berlakon dalam telemovie ini. Wahhhh ! Chinese New Year ni macam banyak pulak cerita baru kan?


JUDUL : BAYANGAN EMILIA
GENRE : Drama, Telemovie, Seram
TARIKH / MASA : Sabtu, 28 Januari 2017. 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Pekin Ibrahim
TERBITAN : Eleven Field Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Azar Azmi, Pekin Ibrahim & Haleeda Mazlin

SINOPSIS
Rita adalah seorang jururawat yang ditugaskan oleh Mak Engku untuk menjaga anaknya, Ungku Mahmud yang ketika itu sedang koma. Rita yang menyimpan perasaan pada Ungku Mahmud setia menjaga Ungku Mahmud hingga pulih.

Setelah sihat, Ungku Mahmud mengajak Rita untuk berkahwin. Mereka kemudian berpindah masuk ke dalam banglo terpencil kepunyaan Ungku Mahmud.

Sejak memasuki banglo tersebut, Rita sudah diganggu dengan kejadian pelik. Dia memberitahu Ungku Mahmud tentang perkara itu tetapi Ungku Mahmud hanya bersikap acuh tidak acuh. Rita semakin terganggu dengan keadaan dan kejadian yang aneh didalam banglo tersebut.

Persoalan demi persoalan bermain difikiran Rita dan dia terjumpa satu rakaman CCTV yang merungkai segala misteri dalam banglo itu. Apakah sebenarnya rahsia dan misteri disebaliknya? Siapakah Ungku Mahmud sebenarnya?

Jom lah tengok sama-sama malam ni di saluran Astro Ria hokayyy??

January 27, 2017

SINOPSIS TELEMOVIE : LUKISAN CINTA (ASTRO RIA)

10:16 PM 2
SINOPSIS TELEMOVIE : LUKISAN CINTA (ASTRO RIA)
SINOPSIS TELEMOVIE : LUKISAN CINTA (ASTRO RIA) - Lama tak layan drama best dekat Astro Ria. Selalu sangat layan cerita ulang ntah hape je. Macam takde idea sangat pengarah sekarang. Terlalu banyak adaptasi novel cinta dongeng. Kalau adaptasi dari kisah-kisah rare, seronok jugak nak menonton.

Siapa tak kenal Sharnaaz Ahmad kan? So dia ada buat telemovie sulung yang akan di'hidang'kan di Astro Ria pada 28 Januari 2017 ni. Tak tahulah kisah cinta kali ni macam mana kan? Tapi tetiba aku macam excited jugak nak tengok. Hihi


JUDUL : LUKISAN CINTA
TARIKH / MASA : Sabtu, 28 Januari 2017, 4.30 petang
GENRE : Drama, Romantik
SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENGARAH : Sharnaaz Ahmad
TERBITAN : Seven Rainbow Trout Film 
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda, Azhan Rani, Normah Damanhuri, & Mubarak Majid

SINOPSIS
Khairul seorang pelukis jalanan sementara dan Natasha seorang jurugambar. Mereka saling mencintai tetapi malangnya percintaan mereka ditentang oleh bapa Natasha. Alasannya, Khairul lebih memilih kerjaya sebagai pelukis daripada Natasha. Oleh kerana terlalu mencintai Khairul, Natasha sanggup meninggalkan keluarganya dan bernikah secara rahsia.

Satu hari ketika ingin mencuci gambar, asid tersimbah ke mata Natasha dan perkara itu menjadikan Natasha buta. Oleh kerana terlalu sayangkan Natasha, Khairul sanggup berkorban mendermakan matanya pada Natasha.

Satu ketika, 
Jom tonton Lukisan Cinta pada 28 Januari 2017 (Sabtu) pada 4:30 petang.

HATI-HATI DENGAN DOKTOR KLINIK SWASTA YANG TIDAK PEKA SEMASA MEMBERI UBAT KEPADA ANAK KORANG!

12:28 PM 1
HATI-HATI DENGAN DOKTOR KLINIK SWASTA YANG TIDAK PEKA SEMASA MEMBERI UBAT KEPADA ANAK KORANG!
HATI-HATI DENGAN KLINIK SWASTA YANG TIDAK PEKA SEMASA MEMBERI UBAT KEPADA ANAK KORANG! - Entri ni khas untuk korang yang ada anak kecil berumur bawah 1 tahun. Korang jangan panik kalau anak korang demam berkahak sampai apa saja ubat yang doktor bagi, korang suapkan pada anak tu. BAHAYA!

Ada jenis doktor, bertauliah. Ada yang tidak ye. Jenis bekerja sambil lewa semata-mata kerana duit. Seriously aku benci gila doktor yang macam ni. (well, sekarang nak jadi doktor boleh je beli sijil).

Kejadian berlaku pada kawan aku sendiri. Dia ada anak berumur 5 bulan. Nama anak dia ni aku panggil Ipan. So, Ipan ni demam berkahak, mama dia pergilah satu klinik swasta kat Setiawangsa nun, dah check bagai, doktor terus bagi ubat.


Dah bagi 2-3 kali ubat tu baru mama Ipan ni rasa macam tak sedap hati. Dia kalut tanya kekawan dia. Sememangnya dia dapat jawapan TIDAK lah kan? Siapa tak bengang bila doktor sendiri yang bagi ubat tu. Pakar kanak-kanak pun belum tentu berani bagi lagi hokayyyyyyyy... Kecik sangat lagi 5 bulan tu!

Pstttttttttt .. orang bayar ubat memang untuk buang-buang ke? Suka-suka hati je. Memang mengamuk mama dia, sampai doktor pun tak berani cakap dengan dia. Terpaksalah kerani klinik yang tadah telinga.


Aku syorkan, kalau anak-anak sakit atau susah nak sembuh, pergi jumpa Pakar yang dipercayai. Pakar Kanak-Kanaklah sewajarnya. Seriously aku memang syorkan HKL sebab so far rawatan pakar disana antara yang terbaik.

Jaga anak korang, amanah tu. Biarlah tunggu lama sikit dari dapat ubat ntah apa-apa je. Sekian.

January 25, 2017

NAK MAKAN SAJIAN ALA ARAB YANG SEDAP ? JOM KE ALANNA'S KITCHEN PANDAN INDAH !

12:24 PM 3
NAK MAKAN SAJIAN ALA ARAB YANG SEDAP ? JOM KE ALANNA'S KITCHEN PANDAN INDAH !
NAK MAKAN SAJIAN ALA ARAB YANG SEDAP ? JOM KE ALANNA'S KITCHEN PANDAN INDAH ! - Korang suka makan Nasi Arab? Baru-baru ini aku diberikan peluang untuk merasai keenakan Nasi Arab di Alanna's Kitchen Pandan Indah. Alanna's Kitchen ni mungkin agak terpencil tapi sekali dah rasa makanannya, mungkin korang akan jadi pelanggan tetap!


Berkonsepkan mesra Muslim, masakan di sini menggunakan bahan-bahan untuk semua menu termasuk kek secara homemade @ handmade! Secara jujur aku cakap, memang lain dari yang lain. Selain itu, mereka ada juga menyediakan masakan ala Asian dan Western.


ARABIC LAMB MANDY + RICE : RM18.90
Menu ni dihidangkan dengan kambing berperisa, salsa dan sambal. 
Nasi Mandy dan daging kambing agak lembut,
makan pula dengan salsa dan sambalnya, memang membuka selera.


SHISH TAWOOK GRILLED CHICKEN + RICE : RM 12.90
Shish Tawook bermaksud ayam yang diperap untuk sajian kebab.
Tapi di sini, ianya dihidangkan dengan Nasi Mandy. 
Rempahnya yang terasa pada ayam membuatkan korang rasa taknak berhenti makan.


BEEF STEW + MANDY RICE : RM17.90
Mungkin ianya tak kelihatan macam stew kita makan tu tapi masih mengekalkan rasa stew. Kuahnya cukup rasa dan stew ni dihidangkan dengan Nasi Mandy. Kekenyangan yang berbaloi-baloi!


CABONARA SEAFOOD : RM17.90
Seolah udang, sotong dan siput menari-nari dalam Spagetti Cabonara ni tau. Aku bukanlah penggemar Cabonara tapi di Alanna's Kichen, aku suka. Rasa Cabonara ni bukan macam yang kita selalu makan. Sos Cabonara disini adalah handmade. Memang tak muak!


GRILLED SAMBAL FISH (SEABASS) + RICE : RM12.90
Kalau taknak makan Nasi Arab, korang boleh cuba menu Ikan Sambal ni. Menu yang sangat sesuai untuk korang yang sukakan kepedasan. Isi ikannya fresh dan sambalnya cukup rasa. Memang best! Dalamnya diletakkan potongan kacang bendi jugak tau. Tak rugi cuba :) 



BOLOGNAISE CHEESY RICE BALL : RM10.90
Menu ni paling terkesan di jiwa aku sampai termimpi-mimpi. Bagi aku menu ni agak rare sebab aku tak pernah jumpa. Dihidangkan dengan kuah bolognaise, Cheesy Rice Ball ni sejenis rangup di luar, lembut di dalam. Dengan keju meleleh-leleh tu, sangat sesuai untuk penggemar keju!


ABALONE SCALLOP PORRIDGE : RM28.90
Istimewa sempena Tahun Baru Cina. Bubur ini disajikan bersama 2 abalone yang agak besar dan 6 scallop! Selain itu, bubur ini dimasak hampir 9 JAM untuk mendapatkan rasa bubur yang sebenar. Siapa yang teringin makan abalone dan scallop tu bolehlah cuba bubur ni.

Kredit : +Sally Samsaiman 


WAFFLE + 2 SCOOP OF HOMEMADE ICE-CREAM : RM10.90
Dah makan kenyang-kenyang tu mestilah cari dessert kan? Korang boleh cuba waffle dengan aiskrim homemade ni. Dah nama homemade memang guna bahan sendiri, buat sendiri lah kan?
TANPA BAHAN PENGAWET! Aiskrim yang tidak terlalu manis dan solid, 
sesuai untuk korang yang tak suka aiskrim manis-manis.


CAKES OF THE DAY. 
Blueberry Cheese, Lemon Cheese, Mocha Mousse & Cappuccino Mousse
Kek ini juga adalah homemade dan TANPA BAHAN PENGAWET.
Setiap hari, kek yang dihidangkan adalah berbeza-beza. Pun tidak terlalu manis.

Kredit : Alanna's Kitchen
.
.
.
Terlalu banyak makanan sedap yang dihidangkan di Alanna's Kitchen.Mereka terlalu memikirkan kepuasan pelanggan. Bagi pihak Alanna's Kitchen, kalau kita happy lepas makan, mereka lebih bertambah happy.

Oh ya, buat pengetahuan, Alanna's Kitchen dalam proses mendapatkan Sijil Halal.


ALANNA'S KITCHEN

[Address]
No 8, Jalan Pandan Indah 1/23D, Kuala Lumpur, Malaysia

[Contact]
03-9201 7134

[Page]

January 23, 2017

RESEPI DALCA TULANG TUMIS DARAT SEDAP GILA!

6:55 PM 2
RESEPI DALCA TULANG TUMIS DARAT SEDAP GILA!
RESEPI DALCA TULANG TUMIS DARAT SEDAP GILA! - Baru-baru ni memang teringin nak makan dalca. Selalu tengok Mak Ude post gambar masak dalca ayam. Aku memang suka ratah-ratah kuah dalca ni. Masaknya tak berapa pandai. Punyalah teringin nak makan dalca tapi tak tercakap pun kat mama. Tiba-tiba je aritu mama masak dalca tulang, meratah koooooooooooo! Tak hingat dunia dah. Punyalah sedap dalca tulang mama aku tu. Kedai mamak pun kalah tau!

Tu tajuk tu, saja je kata sedap gila dah mama masak memang sedap. TAKDE AJINOMOTO tau. Kira masak penuh kasih sayang je. Korang pepandai la alter ye. Aku bagi resepi basic. Ikut la nak tambah apa-apa pun. Nak potong bentuk apapun.


RESEPI DALCA TULANG TUMIS DARAT SEDAP GILA
Bahan-bahan :
1kg tulang lembu - direbus hingga empuk
Kacang dhal - rendam semalaman, kemudian rebus hingga empuk -ketepikan
Santan asli @ 1 kotak kecil santan kotak

Bahan kisar :
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia

Bahan lain :
2-3 sudu besar serbuk kari daging

Sayuran :
1 batang lobak merah - potong kecil
2 biji kentang - potong kecil
1 batang terung - potong kecil
2 biji tomato - potong kecil
2 biji bawang holland - potong kecil
Segenggam kacang panjang - potong
Cili hijau
Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA :
Rebus tulang hingga lembut. Setelah lembut, masukkan bahan kisar bersama rempah kari daging. Biarkan daging sebati dengan rempah, masukkan lobak merah, kentang dan kacang dhal.

Biarkan lobak merah dan kentang empuk kemudian masukkan santan.

Biarkan sehingga mendidih lepastu bolehlah masukkan kacang panjang, terung, tomato, cili hijau dan bawang holland.

Masukkan garam dan gula secukup rasa
.
UNTUK TUMIS DARAT :
1 labu bawang merah - hiris halus
3 ulas bawang putih - hiris halus
Daun kari
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis

Cara-cara :
Tumis semua bahan hingga sedikit garing. Biarkan kuah mendidih dan masukkan bahan tumisan tadi ke dalam kuah.

Selamat mencuba!

DAYANG NURFAIZAH MEMENANGI ANUGERAH JUARA LAGU 31 MENERUSI LAGU LELAKI TERAGUNG

9:03 AM 1
DAYANG NURFAIZAH MEMENANGI ANUGERAH JUARA LAGU 31 MENERUSI LAGU LELAKI TERAGUNG
DAYANG NURFAIZAH MEMENANGI ANUGERAH JUARA LAGU 31 MENERUSI LAGU LELAKI TERAGUNG - Kemenangan Dayang Nurfaizah memang seakan dijangka dari awal. Ramai penonton yang berdiri seakan kagum dengan persembahan Dayang dengan lagunya, Lelaki Teragung.


Berbanding dengan peserta lain yang mungkin masih baru dalam industri seperti Elizabeth Tan, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi. Bagi aku, mereka tiada X-Factor dalam persembahan. Aku siap boleh tido lagi tau!

Untuk persembahan terbaik, aku dah jangka Khalifah boleh menang - untuk persembahan la. Sebab aku enjoy dengan persembahan diorang. Especially part dikir barat tu.

Projector Band menerusi lagu Sudah Ku Tahu layak jugak untuk menang sebab lagu tu agak viral dan banyak cover. Tempat ketiga should be okay lah kan? 

Misha Omar dan Shuib menerusi lagu Terimaku Seadanya memenangi tempat kedua. Well, boleh agak lah kan? Kedua-dua mereka ada daya penarikan sendiri. Mereka pandai cari X-Factor sendiri.

Tanpa artis-artis yang 'kuat' macam ni, mungkin majlis Anugerah Juara Lagu tak berapa nak meriah. Penyanyi baru yang tumbuh macam cendawan ni bagi aku perlu banyak belajar untuk cari 'satu' identiti yang boleh orang kenal mereka.

Itu bagi aku lah tau? Apapun..... tahniah kepada semua pemenang! Tahniah Dayang!

January 22, 2017

KORANG YANG SUKA BUAT PEDICURE DAN MANICURE, GOLONGAN PODOPHILIA SEDANG MEMERHATI !

4:54 PM 2
KORANG YANG SUKA BUAT PEDICURE DAN MANICURE, GOLONGAN PODOPHILIA SEDANG MEMERHATI !
KORANG YANG SUKA BUAT PEDICURE DAN MANICURE, GOLONGAN PODOPHILIA SEDANG MEMERHATI ! - Bila dah buat Pedicure ke Manicure ke, of coz la kita rasa cantik kan? Dalam pada bercantik-cantik tu, teringin pulak nak tayang kat kawan-kawan alam maya tu. Kita pun snap la gambar kuku kaki tangan kita yang cantik sangat tu.


Dalam pada tayang tu, tak sedar pun kita ni tentang manusia yang melihat kecantikan kaki kita. Sindrom ni mungkin kelakar bagi sesetengah orang, tapi tahukah korang akan kewujudan golongan PODOPHILIA? Golongan yang obses dengan kaki yang cantik lah biasanya.


Kalau obses, mungkin biasa. Sebenarnya, golongan ni berasa ghairah melalui gambar kaki korang yang cantik tu. Memang imaginasi seksual depa ni sangat tinggi tau! Dalam tak sedar, korang akan jadi 'bahan' imaginasi golongan Podophilia.

Tapi, bukan semua jenis kaki depa minat. Tengok jugak bentuk dan tahap kelicinan. Hahhaha! Kalau kaki macam aku ni, depa langsung takda nafsu. Yang kaki lawa, suka tayang-tayang tu selalulah berhati-hati ye. Lagi-lagi disebalik tabir media sosial ni, ramai orang gila!

Semoga bermanfaat.

KALA JENGKING KENA SUMPAH

4:11 PM 0
KALA JENGKING KENA SUMPAH
KALA JENGKING KENA SUMPAH - Kelakar pulak tengok kat Facebook tadi. Comel je bila kala jengking ni kena sumpah. Cerita pasal kena sumpah ni, teringat pulak aku dengan mama. Mama dulu gelap tau, gelap sangat. Lepas lahirkan Adib kot, tiba-tiba slowly kulit mama jadi cerah. Macam cerita Dayang Senandung! Kegelapan tu beralih pada adik aku, Adib.


Selalu kena sumpah ni mestilah Si Tanggang atau Malin Kundang, sebab durhaka dengan ibu masing-masing. But I cannot brain kalau KALA JENGKING kena sumpah! Atau alasan apa seh? Tapi kesian jugak lah, sia-sia lepas ni kena masak.


Nasib kau lah kala jengking oiiii
-
-
-
Salam petang Ahad.
Senyum :)

January 21, 2017

RESEPI KEROPOK SEAWEED ALA KOREA

1:00 PM 1
RESEPI KEROPOK SEAWEED ALA KOREA
RESEPI KEROPOK SEAWEED ALA KOREA - Siapa penggemar seaweed kat sini? Aku dulu memang gila makan seaweed kering tu masa zaman-zaman kegilaan gulung sushi sendiri. Tapi rasa kelakar pulak, aku buat sushi guna beras pulut yang dimasak dengan mayonis. Hmmm... sedap gak! Cicah dengan sambal sotong. Layan je.

Ehh.. ni bukan cerita aku gulung sushi atau makan sushi dengan sambal sotong. Just nak share je resepi kerepek seaweed buatan tangan Youtuber Korean Chef, Maangchi. Aku ingat aku je suka tengok dia masak, ramai rupanya. Dia ajar step by step memang senang faham. Oh ya, kerepek seaweed ni dipanggil Gim-bugak.

Credit picture & recipes : Maangchi.com

RESEPI KEROPOK SEAWEED ALA KOREA
Bahan-bahan :
14 helai seaweed saiz besar
1 cawan tepung pulut
2 1/2 cawan air
1 sudu teh garam

Bahan hiasan :
Cili kering - basuh dan gunting halus-halus
Bijan

Cara-cara :
Masak tepung pulut bersama air dan garam. Masak hingga menjadi pes yang likat dan kental. Setelah itu, sejukkan.

Kemudian, ambik sekeping seaweed. Letak di atas pinggan atau permukaan yang rata. Seaweed ni ada 2 permukaan. Satu permukaan kasar dan satu permukaan licin. Yang permukaan licin pastikan berada di bahagian bawah.


(STEP 1)
Sapukan pes tepung pulut hanya setengah bahagian seaweed. Kemudian lipat dua.


(STEP 2)
Setelah lipat, sapukan pes tepung pulut pada permukaan atasnya pulak. 
Yang ni memang mencabar sikit sebab seaweed tu dah start lembik. Kena buat cepat-cepat.


(STEP 3)
Susun atas kertas minyak. Maangchi ni dia letak garnish macam cili kering & bijan. 
Nak biar kosong pun ok. 


(STEP 4)
Jemur hingga kering. Ianya mengambil masa lebih kurang 24 jam hingga 30 jam.
Pastikan seaweed ni betul-betul kering macam keropok kering tu.
Rajin-rajin tekan seaweed tu supaya air lebih-lebih dari pes tepung pulut tu keluar.


(STEP 5)
Goreng dalam minyak panas. Tekan-tekan sikit dengan sudip supaya cepat mengembang.
Setiap permukaan digoreng selama 5 saat ye.

Aku tengok Maangchi guna satu alat dehydrated untuk keringkan seaweed ni. Tapi aku tak tahu kat Malaysia ada ke tak. Takde pun takpe, jemur la cara manual. Kalau ikut cakap tuan suami aku, dia suruh keringkan guna hairdryer !

Remeh gila kan cara nak buat benda alah ni? Kesabaran kena tinggi weyy.. Nak buat berjam, nak makan sekali harung je.

Peace~

January 20, 2017

LIRIK LAGU | XPDC : TANDA TANYA

7:21 PM 0
LIRIK LAGU | XPDC : TANDA TANYA
LIRIK LAGU | XPDC : TANDA TANYA - Aku memang salah seorang peminat kumpulan XPDC selain daripada Wings dan Search. Lagu XPDC ni sarat dengan ayat puitis dan kadang-kadang tak faham pun apa yang cuba diorang sampaikan. Contohnya lagu Berakit Ke Langit dan Tangis Darah.

Layan Youtube haritu, lepas tu perasan XPDC ni ada lagu baru nyanyian dari Mael. Takdelah baru sangat tapi aku je kot yang baru dengar. Hihi. So saja nak share lirik. By the way, starting lagu ni ada iras-iras lagu Fade To Black nyanyian Metallica. Hmmmm.. Kebetulan je kot?




XPDC - TANDA TANYA

[Verse 1]
Bagaikan nadi dan denyutannya
Oh.. tanpa hentinya
Hingga ke akhirnya

[Verse 2]
Kasih dijunjung di kepala
Melebihi segala
Oh... segalanya...

[Bridge]
Andainya ditakdirkan berakhir
Kan ku abadikan kasih dan rindu ini
Mekar subur untuk selama-lamanya
Kan ku telan.. walaupun pahit...

[Chorus]
Mungkinkah kekal selama-lamanya
Kau yang awal dan akhir
Awal dan akhir
Di hati ini

Mungkinkah untuk selama-lamanya
Atau hanya seketika
Itu jadi tanda tanya
Oh... tanda tanya

Ulang bridge & chorus


GILIRAN AKU MENEMANI SUAMI KE HOSPITAL

6:33 PM 1
GILIRAN AKU MENEMANI SUAMI KE HOSPITAL
GILIRAN AKU MENEMANI SUAMI KE HOSPITAL - Bayangkan jelah kau gamble je pergi bawak kereta jejauh tanpa ada lesen penuh. TERPAKSA tau! Rabu haritu aku teman tuan suami pergi HKL. Memanglah Ampang dengan HKL tu macam tak jauh mana, tapi seram jugak redah jammed tanpa lesen penuh ni.

Mana larat nak naik teksi? Tambang cekik darah sangat. Nak naik bas, tuan suami pulak OKU. Memang susah nak naik turun bas. Mohon JPJ bertimbangrasa.

Sebenarnya pergi HKL pun atas sebab nak settlekan lesen dia yang dah berapa lama tak settle tu. Semoga Allah permudahkan urusan kami sepanjang perjalanan kami ni.


Akhirnya dalam pada ketakutan tu, sampai jugaklah ke HKL. Aku rasa satu aura je bila masuk HKL ni. Yelah, tempat aku membesar kan? Dah sampai tu, tuan suami pergi ziarah toilet dulu. Hihi. Samalah dengan aku sebab rasa seram sampai perut memulas. (Aku yang seram, tuan suami relaks je sebab before this dia dah pernah drive & ada lesen).

Dah tu, jumpa doktor. Apa yang aku suka doktor HKL ni, ramah depa lain macam sikit. Ok sambung, disebabkan dah lama tak medical checkup, tuan suami terpaksa ambik darah untuk buat MRI. Sementara tu, pergi X-Ray. Doktor sini baik, siap bagi ubat lagi.

Next checkup, 8 Februari 2017. Masing-masing bertabahlah. Inilah liku-liku suami isteri ada penyakit. Kehidupan berliku di hospital je. Hahaha! Terima kasih sudi baca.

GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

11:42 AM 7
GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017


Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.






Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang


1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan:


1- Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2- Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)

Slimmtreats:
http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)

Nora Misnan:
(follow blog +like page)

Jamil Hashim:
http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

Nadiah Hanum:
Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

Aida Hanafiah: 
http://www.adianiez.com (follow blog )


Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4- Copy & paste code  ke html post blog

Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan,.

Semoga Berjaya semua..


sekian..

HATI-HATI WANITA MENGANDUNG, PENGIDAP MAIESIOPHILIA MUNGKIN SEDANG BERLELUASA!

10:20 AM 0
HATI-HATI WANITA MENGANDUNG, PENGIDAP MAIESIOPHILIA MUNGKIN SEDANG BERLELUASA!
HATI-HATI WANITA MENGANDUNG, PENGIDAP MAIESIOPHILIA MUNGKIN SEDANG BERLELUASA! - Zaman moden dan hidup berlandaskan media sosial ni, semua benda kita rasa nak tayang pada umum kan? Well, siapa yang tak bahagia bila mengandung? Lagi-lagi bila perut membulat comel je, terasa macam nak kongsi kegembiraan bersama.

Dalam pada tu, korang jangan terlalu gembira. Mungkin para wanita mengandung yang gemar berselfie ni akan menjadi mangsa pengidap MAIESIOPHILIA! Korang akan dijadikan bahan keghairahan seks oleh golongan pengidap penyakit ni.


Masyarakat kita masih tidak didedahkan dengan golongan macam ni. Tapi sememangnya perlu hati-hati sebab penyakit psikologi seperti Pedhophilia dan Maiesiophilia jarang dapat dilihat dengan mata kasar.

APA ITU MAIESIOPHILIA?

MAIESIOPHILIA (Maie-Si-O-Phi-Lia) merupakan satu keghairahan seseorang individu terhadap wanita mengandung. Golongan ini akan sentiasa berasa ghairah serta akan berfantasi secara keterlaluan walaupun hanya melihat gambar perempuan yang mengandung je. 

Aku ada terbaca, MAIESIOPHILIA ni tidak menyalahi undang-undang, kira bukan jenayah la, berbeza dengan Pedofilia yang melibatkan kanak-kanak, ianya dianggap satu jenayah.

Apapun, korang hati-hatilah. Sebab ada kes yang tutup aurat, pakai baju longgar pun jadi mangsa imaginasi keghairahan golongan ni. Jangan kata pengidap Maiesiophilia ni hanya teransang tengok wanita mengandung pakai ketat-ketat je. Karang jadi mangsa

Semoga bermanfaat :)

January 19, 2017

KENALI APA ITU HEALING CRISIS @ HEALING PROCESS

4:41 PM 1
KENALI APA ITU HEALING CRISIS @ HEALING PROCESS
KENALI APA ITU HEALING CRISIS @ HEALING PROCESS - Bila pakai sesuatu produk yang menjanjikan cantik seawal 7 hari, kita pun kagum dan teruja. Akhirnya dapat kulit wajah yang diidami, flawlessss uolssss! Maka dengan penuh pasti kita kata produk tu BAGUS. Yela, kesan seawal 7 hari kan? Kaum Hawa mana yang tak mahu cantik? Kita ni sejenis yang kurang kesabaran sebenarnya.

Ada jugak produk berkimia yang memberi kesan awal yang buruk terutama kes jerawat tumbuh dengan jayanya. Kalau kes macam ni memang awal-awal kita boikot kan??

Ada jugak yang consume produk organik, dan ianya memberi impak yang lebih teruk jika sebelum ni kita pakai terlalu banyak produk yang tinggi bahan kimia. Kesan awal bila pakai produk organik ni, jerawat akan membiak, whitehead, blackhead, ruam, pengelupasan semuanya happy bermain-main atas muka korang. OK, dalam kes yang ni, kita panggil HEALING PROCESS atau dikenali juga sebagai HEALING CRISIS!


APA ITU HEALING CRISIS / HEALING PROCESS?

HEALING PROCESS adalah sejenis proses penyembuhan yang 
terbahagi kepada 4 proses iaitu :

(RELEASE)  - (RELAX) - (REVIVE) - (RENEW)

RELEASE adalah sejenis pembuangan toksin atau bahan kimia yang telah meresap kedalam kulit kita. Ianya bergantung kepada sesuatu individu. Kulit kita kan ada yang nipis dan tebal :)

RELAX pula akan merehatkan organ dan kulit kita, setelah bekerja keras semasa proses penyingkiran bahan-bahan kimia yang jahat tu.

REVIVE membaik-pulihkan sel-sel kulit mati yang telah lama rosak (tanpa kita sedari) sama-ada diluar atau didalam kulit.

RENEW akan membantu memperbaharui dan menggantikan sel-sel kulit yang telah lama rosak.

Kalau takde perubahan atau semakin teruk, jangan terlalu risau kerana itu adalah NORMAL. Tempoh paling lama adalah 4 bulan hingga ke 6 bulan untuk melengkapkan proses tersebut.

HEALING PROCESS ini memerlukan KESABARAN yang sangat-sangat tinggi. Kebanyakkan daripada mereka yang mengalami proses healing ni akan jadi down especially bila muka mengelupas atau berjerawat teruk. Kalau korang bersikap seperti ini, toksin dalam kulit tidak sepenuhnya pulih.

Korang perlu KONSISTEN, YAKIN & SABAR. Itu kunci utama ye tuan-tuan puan-puan.


HEALING PROCESS ni bukan terjadi kepada pengguna skincare je, tetapi kepada pengguna produk dalaman contohnya minuman berkolagen. Proses ni berbeza mengikut individu. Ada antaranya kena ruam, jerawat halus, jerawat besar, jerawat batu, muka rasa panas berbahang atau mengelupas.

Kadang-kadang, proses ni ambil masa sebulan je. Ada yang lebih. Bergantung kepada berapa lama korang consume produk berkimia. Makin lama korang pakai produk berkimia, makin lamalah prosesnya.

Untuk menyahkan toksin dalam badan, sila minum AIR KOSONG sebanyak mungkin ye? Dah tahu info ni, moga dielakkan mengguna produk yang merosakkan kulit. Sayangi wajah sendiri :)

January 18, 2017

APOPHENIA ATAU PAREIDOLIA SEJENIS PENYAKIT OTAK

6:26 PM 6
APOPHENIA ATAU PAREIDOLIA SEJENIS PENYAKIT OTAK
APOPHENIA ATAU PAREIDOLIA SEJENIS PENYAKIT OTAK - Korang pernah tak tengok satu sudut tu, lepas tu nampak muka lembaga? Atau pandang awan lepas tu nampak macam rupa jin lah, rupa jembalang lah, rupa arnab lah, kambing biri-biri segala bagai?

Tahukah korang bahawa itu mainan psikologi? Lebih-lebih lagi bila jiwa korang tak berapa nak tenteram. Haaaaaaaaaaaaaa tahu tak?


Penyakit ni diberi nama APOPHENIA (A-PO-FI-NIA) atau dikenali juga sebagai PAREIDOLIA (PAR-EI-DO-LIA). Ianya adalah sejenis sindrom psikologi dimana ianya adalah kecenderungan melihat wajah di tempat-tempat secara rambang. Fenomena ni dah dialami oleh ramai orang termasuk aku jugak. Huhu....

Apophenia atau Pareidolia ni sentiasa menjadi penyebab seseorang itu melihat atau mendengar suara secara kurang jelas, seakan-akan apa yang dilihat atau didengar itu adalah kenyataan padahal itu semua hanya ilusi semata-mata.


Leonardo da Vinci juga pernah menulis tentang Pareidolia, baginya ianya seatu perkara yang artistik. Kira kita-kita yang ada sindrom macam ni artistik jugaklah orangnya. Kan?? So berbanggalah.

Tu sebab aku memang suka dengan abstrak. Macam-macam aku boleh tengok. Aku boleh nampak macam-macam. Cuma kadang-kadang rasa seram arr.. especially dalam bilik air! Hahaha!

ADAKAH KORANG SUDAH TERMAKAN SOSEJ BABI DI PASARAYA HOCK CHOON?

4:59 PM 0
ADAKAH KORANG SUDAH TERMAKAN SOSEJ BABI DI PASARAYA HOCK CHOON?
ADAKAH KORANG SUDAH TERMAKAN SOSEJ BABI DI PASARAYA HOCK CHOON? - Kita ni manusia biasa, tak lari dari khilaf tanpa sedar. Bab makanan ni, menjadi darah daging sebenarnya. Seeloknya periksa dululah kan? Jangan sampai bila dah termakan, mula salahkan owner kedai. Nak makan apapun, tanggungjawab kita jugak sebenarnya. Owner kedai kadang depa nak untung je, dan depa tidak akan bertanggungjawab andai korang terrrrrrrrrrrrrmakan daging tak halal tu.

Sebuah kedai bakeri di Pasaraya Hock Choon Ampang sebenarnya menggunakan sosej babi sebagai menu sarapan yang dinamakan Sosej Vienna.


*sumber Google*

Ferrand, salah seorang pelanggan yang selalu makan kat situ yang buka cerita. Katanya dia pergi sana untuk minum kopi dan makan breakfast Sosej Vienna. Satu hari tu tetiba bila dia pesan sosej tu, takde stok pulak, habis katanya.

Lepas tu dia nampak salah seorang pekerja pergi ke pasaraya dan beli sosej mentah. Dan sosej yang diambil itu adalah sosej babi!

Apa yang menjadi konflik adalah ramai pelanggan yang disyaki Muslim (sebab depa pakai tudung), makan di situ dan memesan menu Sosej Vienna tu.

Bila bagitahu pada tokey bakeri tu, dah tentulah tokey tu lepas tangan. Dia kata dia tak undang pun pelanggan Muslim makan kat kedai dia, so bukan tanggungjawab dia semua tu. Eh eh..... berlagaknya kau tokeyyyy!


*sumber Google*

Tapi sebelum cakap tokey tu berlagak, silalah buat research sikit. Kadangkala kita sendiri yang main terjah je. Bila seseorang yang kita rasa dia Muslim masuk kedai tu pergi makan, kita pun confident yang kedai tu halal.

At least, tengoklah ada ke tidak sijil halalnya, tanya halal ke tidak, daging apa digunakan. Aku pernah jugak terlanjur macam ni. Kira pengajaran laaa buat aku sebab main terjah je tanpa usul.

Semoga bermanfaat :)

January 17, 2017

SINOPSIS FILEM DORM MELATI (BERDASARKAN KISAH BENAR)

11:41 PM 0
SINOPSIS FILEM DORM MELATI (BERDASARKAN KISAH BENAR)
SINOPSIS FILEM DORM MELATI (BERDASARKAN KISAH BENAR) - Masa aku pergi Port Dickson tempoh hari, aku saja lah layan TV. Lepas tu ada cerita di sebalik tabir Dorm Melati. Tengok dia punya trailer memang menarik aku untuk menonton jugak lah cuma ada terkilan sikit bila 'hantu melayu' ni jenis streotaip sangat. Macam tu je rupa hantunya. Pakai contact lense.

Disebabkan aku difahamkan cerita ni based on true story (tak tahu la betul ke atau fiksyen semata), tapi aku jadi excited nak tengok. Cuma disebabkan tuan suami memang bukan sejenis manusia yang suka tengok filem seram Melayu kat panggung, terpaksalah aku tunggu cerita keluar kat TV.


JUDUL : DORM MELATI
GENRE : Seram
PENGARAH : Eyra Rahman
PELAKON : Pelakon : Aedy Ashraf, Nadia Aqilah, Aizat Hassan, Syaa Nasir, Ardell Aryana, Julia Farhana Marin, Sabrina Ali, Azman Hassan dan Adam Shah

SINOPSIS
Adam ingin mengajak empat orang sahabatnya iaitu Zafirah, Eddy, Carol dan Raihana ke sebuah kem yang bernama Dorm Melati. Disebalik keinginannya, tujuan sebenar Adam hanyalah untuk melihat sendiri roh Melati yang dikatakan banyak mengganggu pengunjung yang datang ke Dorm Melati.


----------------------------------------------------------

Dekat mana yang kisah benarnya? Aku ada jumpa ceritanya DISINI . Katanya, nama Melati memang popular dikalangan pelajar UITM Sabah. Boleh kata kalau sebut nama Melati, ramai diantara diorang ni kenal. Bagi diorang, Melati adalah jelmaan daripada seorang pelajar yang pernah bunuh diri disitu.

Cerita selanjutnya korang bolehlah baca sendiri ye? Oh ya, sekarang Dorm Melati sedang ditayangkan di pawagam kan? Pergi tengok seram ke tidak! Hihi