2017 - DARI JARI NOVELLA

October 23, 2017

TEMPAT PENGINAPAN MEWAH DENGAN HARGA BERPATUTAN DI KUALA LUMPUR

9:44 AM 2
TEMPAT PENGINAPAN MEWAH DENGAN HARGA BERPATUTAN DI KUALA LUMPUR
TEMPAT PENGINAPAN MEWAH DENGAN HARGA BERPATUTAN DI KUALA LUMPUR  - Setiapkali tiba musim percutian, tentu semua sibuk mencari tempat percutian yang menarik dan berbaloi kan? Auni sendiri, selalu berangan nak pergi bercuti di suatu tempat yang kelihatan mewah. Kadangkala berangan tu boleh mencipta satu impian tanpa sengaja, betul tak?

Berangan tu tak salah pun. Salah satu tempat idaman yang menarik dan popular di Seri Kembangan adalah Palace of The Golden Horses. Nama pun dah gah, apatah lagi seni binanya. Tempat ini adalah salah satu wishlist Auni kalau ada rezeki nanti. Kenapa Auni teringin sangat nak ke Palace of The Golden Horses?


Sebenarnya Auni berasa kagum kerana hotel bertaraf 5 bintang ini nampak mewah sangat dengan reka bentuk dan seni bina bangunannya yang agak majestic. Boleh feeling macam Raja dan Permaisuri kan? Haha. Bukan itu saja, landskap sememangnya cantik lebih-lebih lagi waktu malam. Jiwa yang tengah stress pun boleh terubat dengan pemandangan indah di luar hotel.

Oh ya, korang perasan tak billboard Traveloka kat mana-mana highway yang korang pergi? Auni teringat yang Traveloka ni ada satu application yang boleh korang download kalau nak tahu tentang hotel-hotel yang korang idamkan. Bila dah install, Auni saja test search pasal hotel Palace of The Golden Horses deals and reviews, nak tahu tak apa yang Auni dapat?



Firstly, of coz la mengenai harga. Actually Auni sendiri tak sangka rate harga dari Traveloka ni agak reasonable sangat sebab hotel ini bukanlah calang-calang hotel, malah ianya setanding hotel-hotel mewah bertaraf 5 bintang ! Harga bermula dari RM290 per night, agak-agak berbaloi tak dengan penginapan di hotel mewah begini? Bagi Auni ianya sangat berbaloi dan Traveloka memberi rate harga lebih rendah compare dengan hotel searching site lain.


Menariknya di sini, ciri-ciri kedudukan hotel Palace of Golden Horses agak strategik dan terletak beberapa minit saja dari Bandar Kuala Lumpur. Ia juga boleh diakses dengan menggunakan public transport. Ada macam-macam pilihan pengangkutan awam seperti LRT, komuter dan juga bas Rapid KL.

Oleh kerana tempat ini tersangatlah urban, perkhidmatan Grabcar dan Uber juga boleh didapati dengan mudah. Bagi korang yang mahu mengelak jammed, it is adviseable to take the train la sebab kesesakan area tempat ini agak teruk jugak.


Bilik-bilik yang disediakan oleh Palace of The Golden Horses juga amat menarik. Pelbagai jenis pilihan yang mewah, indah dan elegen.  Kalau korang jenis mahukan ketenangan, bolehlah pilih bilik ada ada view tasik. Korang bayangkan bangun pagi, buka langsir lepastu nampak tasik? Duhhh baru terbayang je dah rasa tenang. 


Auni mempunyai suami pemegang kad OKU. Sudah pasti Auni akan cari tempat yang mesra OKU. Tak semua ada kelengkapan atau tempat khas untuk warga OKU. Alhamdulillah, di Palace of The Golden Horses, kemudahan untuk OKU juga disediakan termasuk pembolehcapaian mudah. Senang kalau tuan suami nak bergerak.


Dari segi makanan pula, ada pelbagai jenis restoran yang korang boleh cuba disini. Ada coffeehouse, restoran makanan Jepun, boleh lepak minum koktel kat lounge dan juga ada restoran makanan Cina! Kalau tak cukup lagi, boleh laa korang explore dekat The Mines yang terletak tidak jauh dari hotel ini. Dah alang-alang pergi bercuti, why not jalan-jalan kan? 


Dah makan-makan tu, kalau nak pergi buang lemak senang je. Disini telah tersedia tempat untuk bersukan dan reakreasi. Korang boleh berjogging malah boleh berenang di dalam swimming pool. Yang suka pergi gym pun ada disediakan tempat khas untuk bergym. Tapi kan, Auni paling teruja tengok swimming pool di sini sebab besar. Kalau bawa budak-budak pun mesti diorang enjoy the trip kan?

Untuk korang yang nak bersantai dan relaks, disini juga menyediakan servis urutan. Auni memang suka diurut kalau tengah stress. Boleh release segala rasa-rasa negatif tu tau.


So, dari apa yang Auni explore di Palace of The Golden Horses. ianya adalah hotel penginapan yang melengkapi keinginan Auni. Sesuai juga buat korang yang malas nak travel jauh tapi nak lari dari kesibukan bandar.

So, apa tunggu lagi? Haaaa sekarang juga Auni nak menabung sebab impian bakal menjadi kenyataan katanya. Korang pun dah tahu macam mana nak score harga terendah kan kan kan?? Hehe.. Buat korang yang bercuti, selamat bercuti !

October 21, 2017

KISAH BENAR AMBER COURT GENTING HIGHLAND

3:25 PM 2
KISAH BENAR AMBER COURT GENTING HIGHLAND
KISAH BENAR AMBER COURT GENTING HIGHLAND - Pernah dengar pasal Amber Court ni tapi tak berminat nak tahu sangat sebab Auni sejenis yang lemah semangat. Amber Court di Genting Highland ni sebenarnya popular juga sebagai tempat yang menyeramkan. Kalau dalam 10 reviews tentang apartment Amber Court ini, hanya 2 orang saja yang memberi komen positif. Mostly mengatakan ianya menakutkan.

Kisah yang akan Auni kongsi ini adalah dari Facebook Durra Abd Razak. Auni edit balik supaya karangan ini lebih teratur. Ramai berminat nak tahu tentang Amber Court ini kan? Kisah benar dari Sis Durra ni memang menyeramkan sebab Auni terbayang-bayang situasi yang diceritakan. By the way, entri ni panjang untuk korang yang rajin membaca. Sis Durra buat part by part, Auni gabungkan terus.


KISAH BENAR AMBER COURT GENTING HIGHLAND
Malam tadi tetiba adik forward berita ini. Hmmmm terus flashback kisah kami adik beradik (tanpa parent) dan sepupu pernah menginap kat sini few years back. I was still a uni student lagi masa tu. Macam biasa, aku ditugaskan bawa adik-adik berjalan-jalan bila parent kami ada overseas trip. 

Macam mana boleh terpilih nak menginap di Amber Court? Haaaa...zaman tu takde laa banyak sangat trading kisah-kisah macam gini sebab zaman tu access to internet tak berapa meluas.

Alkisahnya kami bercadang nak jalan-jalan ke Genting Highland satu weekend ni dan tempat menginapnya adalah Amber Court disebabkan ayah aku ahli masa sharing satu company ni. kami pun tanpa prasangka, booking lah satu malam kat situ. Kiranya pagi bertolak naik Genting Highland, main-main di amusement park kat situ dan bermalam di Amber Court. Gitulah lurus bendul punya plan walhal boleh je drive turun lepas tu. Maybe aku fikir, aku tak larat nak drive balik masa tu sebab aku je yang jadi driver masa tu.

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Packing semua kami berlima termasuk seorang sepupu bergerak ke Genting Highland. Semangat ni.. sampai je terus ke taman tema. Confident sangat masa tu. So lepas dah penat, kami nak rehatlaa dan menuju ke Amber Court yang tidak jauh dari First Hotel tu. Tak susah nak cari walaupun puzzle jugak sebab takde penempatan lain along the route.


Bila sampai, telan jap air liur...Allah...betul ke tempat ni?..Nama mmg betul dah. Dalam website co tu, takdelah begini rupanya. Masa tu rasa nak patah balik pun ada. Satu kereta terdiam. Masa tu dalam pukul 5 petang macam tu. Tapi jadi krikk krikk krikk. Kami sedapkan hati, mungkin suasana ini sebab kami ada kat Genting kot?

Sampai je depan Amber Court tu, semua pakat terdiam. Memang tak sangka keadaan agak rundown, ada lumut-lumut merah kat dinding-dinding Amber Court. Macam dalam horror movie pun ada.

Tapi masa tu siang lagi. Nampaklaa beberapa biji kereta depan enterance. Kira bolehlah sedapkan hati kejap. Masa tu tak silap adik aku cakap "jomlah balik, sempat ni nak balik Bangi" Kami pun patah balik tapi separuh jalan, tetiba jadi gerimis dan kabus tebal. Nak tak nak terpaksa patah balik ke Amber Court.


Gambar hiasan

Aku parking kat basement Amber Court, sebab depan tak ada parking space dah. Masa kat basement parking tu adalah lebih kurang 10 biji kereta. Rasa lega kejap. Masa nak naik tangga ke atas Ground Floor tu, ternampak la kat tepi satu tiang ni ada orang letak colok-colok dan ada kesan macam tembakan dan warna merah-merah sikit. Masa tu memang betul-betul bendul dan husnudzon. Tak terlintas nak bertanya kenapa benda tu ada kat situ.

So, kami berlima naiklah ke Ground Floor. Sampai ke receptionist, ada laa seorang awek dan pakwe ni tengah tunggu kami. Diorang sambut dengan muka happy dan manis. Settle urusan dan dapat kunci, kami pun pergilah ke bilik kami.

Gambar hiasan

Sebelum sampai lif, kami kena lalu depan satu restoran ni, dah tutup dan bersawang. Gelap pulak tu tapi suasana dalam tu macam kena freeze dek zaman. Dengan hiasan party yang masih tergantung,  pinggan mangkuk, cawan dengan makanan yang dah kering pun masih terletak elok di atas meja-meja tu. Masa ni dah pelik tapi buat-buat macam tak ada apa. Aku assumed, aku sorang je la yang nampak keadaan restoran tu so cepat-cepatlah naik lif.

Dalam lif semua pakat diam. Dari riuh rendah sepanjang hari, sekarang semua pakat diam. Letih kot? Sampai je depan pintu bilik kami, ada satu unit setentang dengan bilik kami. Pintu siap kena palang dengan kayu lagi. Tapi tetap taknak fikir apa-apa. Mungkin renovation kot.

Punya laa gigih nak buka pintu bilik kami tu tapi tetap tak terbuka. Berkali cuba sampai nak giveup , baru lah terbuka. Masuk je dalam bilik tu aku jadi angin sebab katil macam orang bangun tidur, atas meja ada pinggan dan cawan yang tidak terbasuh. Call receptionist minta tukar bilik.

Gambar hiasan

Lepas receptionist dah bagi greenlight tukar bilik lain, kami berlima pakat turunla ke Ground Floor guna lif. Masa tu lega juga sebab tak kena tido dekat bilik berdepan dengan pintu berpalang. Rasa macam tak berapa best pemandangannya itu. Palang [X] tau. Adeh bila teringat balik rasa meremang bulu tengkuk aku ni haaa..

Bila sampai kat office, receptionist tadi dengan kawan lelaki dia macam dah siap-siap nak balik. Macam tunggu kami datang lepas tu cepat-cepat nak blah. Aku siap tanya kenapa bagi bilik bersepah? Dia buat-buat kalut macam tak dengar. Bila tanya lagi, tempat ni memang sunyi macam ni ke? Depa buat muka kelat terus. Mamat tu pulak pandang kami sepi je tanpa sepatah kata.

Lepas bagi kunci dan aku isi borang, dia cepat-cepat kemas barang. Lepas tu terus cakap kalau ada apa-apa hal esok pagi baru settle lepas office buka. And mamat tu mata je berkelip-kelip, tak cakap apapun.


Gambar hiasan

Dengan kunci bilik baru, kami pun masuk lif balik. Dalam lif tu kami terserempak dengan seorang pakcik Cina. Dia tersangatlah ramah bertanya kamu dari mana, buat apa dan sebagainya. Rupanya dia owner kedai runcit kecil dekat Ground Floor tu. Dia siap cerita dia dah lama meniaga disitu. Tapi aku tak berapa perasan ada kedai runcit disitu.

Yang paling kami berlima ingat adalah apabila tanya pakcik Cina tu.. " Pakcik, kenapa tempat ni sunyi sangat ye? Kenapa restoran kat bawah tu macam kena tinggal? Barang-barang tak terusik pun?"

Pakcik yang tadi punyalah ramah, tiba-tiba mendiamkan diri seribu bahasa. Dia macam froze terus. Tengah dalam keadaan krikk krikk tu, tiba-tiba ... treng! Lif terbuka. Pakcik tu masih ada didalam lif. Aku sendiri tak pasti tentang kewujudan pakcik tu sebab keesokan harinya, kedai runcit tu masih tertutup bila kami checkout.

Kali ni cuba sekali je terus pintu unit terbuka. Hari pun mulai gelap sebab dah nak masuk maghrib. Unit tu ada 2 bilik tidur, open kitchen betul-betul masuk main entrance dan ada ruang tamu serta balkoni.

Gambar hiasan

Selepas letak beg dan barang-barang kami, sesi explore unit bermula. Pintu kedua-dua bilik itu tertutup. Kami terus masuk master bedroom dulu. Bila kami nak buka pintu bilik no.2 , tiba-tiba pintu itu terbuka sendiri. Memasing senyap. Kami bersyukur juga dikalangan kami ada dua orang yang super berani. Seorang adik aku Najjah, dan sepupu aku, Asparina. Kami tak tunggu lama dan pergi solat maghrib.

Lepas solat maghrib memasing lapar dan mujur kami bawa bekal makanan. Just panaskan dalam microwave je. Sepupu aku cuba buka TV tapi TV pun mogok tak boleh nak on. sama la jugak macam phone dalam bilik tu. So memang keadaan jadi sunyi sepi dan memasing layan blues sendiri. Kami pakat lepak dekat living room je.

Nak jadi cerita, adik aku yang baru selesai mandi kat master bedroom datang dengan muka ketat. Bila aku tanya dia jawab tak ada apa-apa. Just tanya semua dah solat maghrib ke?

Amber Court ni ada 2 block je. Langsir dekat sliding door balcony yang sememangnya terbuka memberi kami pemandangan di block sebelah. Bulan cerah malam tu so aku nampak block depan tu agak meriah. Ada beberapa unit yang diterangi lampu dan terdengar suara penghuni berborak-borak.

Tapi aku memang sangat tertarik dengan satu unit (blok depan) betul-betul depan unit kami ni. Memang kelihatan meriah sebab ada sekumpulan org yang melepak dan riuh rendah dekat balkoni unit tu. Diorng punya gelak, mmg sampai la ke unit kami ni.

Yang lain semua dah masuk tido dah. Tinggal aku dan sepupu aku kat ruang tamu. Jadi aku pun gerak ke sliding door sebab nak tutup langsir tu. Group yg tengah berseronok lagi tu masih tetap riuh2. Nothing weird. Jadi langsir pun dah aku tutup habis. Lepas Isya, kami pakat nak masuk bilik. Sepupu aku yg bertuah sorng nie, insist nak tido kat sofa depan tv. Ok… Lepas masuk bilik, tengok adik-adik pakat tidur dah. Aku pun g bathroom buat apa yg patut.

Gambar hiasan

Lepas tu tetiba hati tergerak nak selak langsir dalam bilik tidur kami. Aku tertengok group depan rumah tu lagi, tapi kali ni diorang semua tak gelak-gelak tak riuh-riuh, tapi diorang semua tengok aku! Semua pakai berdiri dan tengok tepat pada tingkap aku selak tu. Aku pulak bijak boleh freeze sambil tengok diorang balik.

Diorang ni memang dalam bentuk tubuh manusia tetapi muka diorang tak jelas langsung dan berbalam-balam. After few second, segala lampu-lampu yang aku nampak tadi, LENYAP! Takde pun orang bising-bising.

Aku dah mengigil dah masa tu sebab macam tak tercapai dek akal. Tetiba block depan tu jadi kelam, sunyi dan gelap.

Slowly, aku tarik adik aku Najjah. Aku cakap tolong peluk Kakwa sat, sejuk rasa macam nak demam. Dia tak cakap banyak, dia baca ayat-ayat AlQuran kat aku yang sedang menggigil teruk tu. Dia tak tanya apapun. Macam tau-tau je apa yang berlaku.

Rupa-rupanya, ada kejadian yang berlaku kat adik aku masa dia tengah mandi tu. Kisah ni dia cerita pun lepas kami dah sampai Bangi. Mujur la dia jenis kuat semangat n berani, harap kan aku mmg pitam terus laa aku gamaknya dlm bathroom tu.

Kisahnya, masa adik aku tengah mandi, dia rasa macam ada orang dok peratikan dia dan tak lama lepas tu. Tetiba dia rasa kena peluk dengan ‘something’. Adik aku sempat baca ayat yang sepatutnya. Benda tu kemudian lepaskan dia.

Aku ingat dah settle hal tadi tapi tiba-tiba rasa nak terkucil pulak. Masa tu sepupu aku pun dah join tidur dalam master bedroom ni. Padahal tadi beria-ria nak tidur kat sofa je. Lepas aku dah settle dalam toilet, aku baring je la kat katil tiba-tiba dengar bunyi tarik-tarik kerusi makan kat dapur.

Bunyi tu kejap-kejap bunyi, kejap-kejap bunyi. Cahaya dari ruang tamu masih lagi on cuma kami berlima dah ada dalam bilik ini. Siapakan gerangan yang rajin sangat main tarik-tarik kerusi tu?

Masa ni otak aku dah jammed. Dari kebah demam tetiba rasa mai balik demam tu. Yang peliknya semua dah lena diulik mimpi. Aku pulak disini rasa macam nak kena sawan pun ada bila dengar bunyi-bunyi tu.

Sekali lagi bila dah tertahan, aku kejutkan balik adik aku tu. Sian dia.. Dia peluk aku dan baca balik ayat-ayat AlQuran. Aku dah berselubung, sepupu aku pun padahal dia bukan jenis yang tidur pakai selimut.

Last-last aku tertidur juga. Sedar je dah pukul 7 pagi. Semua pakat bangun dan senyap. Cepat-cepat kemas barang dan beg. Semua dah taknak tidur kat situ walaupun reservation 3 hari 2 malam. Tak kisah laa duit burn pun. Settle breakfast ala kadar kami pun turun ke bawah.

Punyalah awal, office pun tak buka lagi. dari semalam mana-mana pergi memang tak pergi sorang-sorang. Since office tak buka lagi kami pun hantar barang kat kereta. Bila siang barulah perasan rupa-rupanya tangga yang kami guna tu dah lama tak ada orang lalu. Penuh sawang. Rupanya ada lif dekat selang tiang dari kereta kami.


Stress naik satu level lagi. Tak sabar nak check out dan blah dari tempat ni. Settle letak barang semua, aku drive dan park kat luar depan main entrance Amber Court. Masa tu nampak laa 2-3 orang depan entrance tu. Aku lega sangat.

Aku pun pergi settle bab check out sebab by that time dah pukul 8 pagi. Staff yang bertugas bukanlah 2 orang yang bertugas semalam.  Staff ni siap tanya "Semua ok tak? Ada apa-apa jadi tak malam tadi?" Aku pun terus tanya, "Patut ada terjadi apa-apa ke?" .. tapi hampa. Staff itu senyap seribu bahasa, sama macam pakcik Cina tu.

Ambik deposit semua dan sign borang. Macam keadaan semalam, Ground Floor tu seolah-olah tak ada penghuni selain office. Kedai runcit pakcik Cina tu pun gelap je dan kena lalu depan restoran tinggalan tu. Kali ni aku dah tak kuasa nak usha lelebih dalam restoran tu.

Aku pun dengan tak sabarnya memulakan perjalanan pulang. Adik aku Najjah, mulut terkumat-kamit membaca doa zikir segala. Aku malas nak tanya kenapa. Aku tak boleh lupa 'kenangan manis' di Amber Court.

Untuk korang yang nak cuba lepak di Amber Court bolehlah book di Agoda sekarang. Rate murah-murah je. Rajin-rajinlah jugak baca review ye?  Sekian.

SUMBER : DURRA ABD RAZAK

October 19, 2017

SINOPSIS FILEM HAUNTED HOTEL (2017)

3:21 PM 1
SINOPSIS FILEM HAUNTED HOTEL (2017)
SINOPSIS FILEM HAUNTED HOTEL (2017) - Beberapa hari ni, tengok blogger asyik update pasal Haunted Hotel je. Lama dah Auni tak keep update pasal filem di panggung wayang. Tadi saja laa layan trailer, best jugak. Auni kan peminat filem seram so rasa macam nak pergi tengok je. Best ke filem ni? Jom layan sinopsis dulu.


JUDUL : HAUTED HOTEL (2017)
GENRE : Seram
BAHASA : Mandarin
TARIKH TAYANGAN : 19 Oktober 2017
PENGARAH : Ryon Lee
PELAKON : Teddy Chin, Alvin Chong, Azman Hassan, Nadia Aqilah, Aom Sushar dan Li Chuan

SINOPSIS HAUNTED HOTEL (2017)
Filem ini mengisahkan Ling dan kekasihnya Jun yang telah mendapat peluang untuk datang ke Malaysia atas urusan kerja dan telah berjaya memenangi wang yang banyak di sebuah kasino. Dengan kemenangan itu, mereka terpaksa tinggal di sebuah hotel yang dikenali sebagai Haunted Hotel (Hotel Berhantu). 

Tanpa mereka sedari, mereka telah menempuh satu perjalanan yang menakutkan dan menyeramkan dimana mereka asyik diganggu dengan perkara-perkara aneh. Bukan itu saja, mereka juga diganggu oleh seorang wanita berpakaian putih.

Apakah yang bakal terjadi kepada pasangan ini? Mampukah mereka keluar daripada perkara menakutkan yang telah menghantui mereka?

October 16, 2017

CARA MAKAN JERUK MAMAN PALING SEDAP

4:30 PM 5
CARA MAKAN JERUK MAMAN PALING SEDAP
CARA MAKAN JERUK MAMAN PALING SEDAP - Pernah satu masa Auni teringin sangat nak makan jeruk maman. Ada terbaca yang jeruk maman sangat sedap dibuat masak lemak cili api. Auni pernah cuba tapi tak kena dengan tekak. 

Awalnya, Auni bayangkan jeruk maman ni ada rasa masam-masam. So kalau buat masak lemak cili api mestilah sedap, kan? Sangkaan Auni meleset, jeruk maman yang Mama beli sebelum ini rasanya pahit, itu saja.


Semalam Mama baru balik dari Taiping. Mama  bawa balik jeruk maman dan petai. Memang berdebar-debar rasa nak makan. Benda-benda macam ni memang seronok makan dengan Mama sebenarnya. Baru feeling. Hehe..

So, puas Auni fikir cara paling sedap nak makan jeruk maman ni. Mama beli je, dia pun tak tahu macam mana nak makan jeruk maman ni. Puas difikir-fikir, Mama dah keluarkan arahan supaya gaul jeruk maman ini dengan budu.

Bahan-bahannya senang : Budu setengah mangkuk kecil, 4 biji limau kasturi diambil jus, dan 5 biji cili api yang diketuk. Sebatikan dan gaul dengan jeruk maman.

Aduhai... dia punya 'pergi' tu tak tau nak habaq dah. Sedap sangat ! Berselera je makan. Kena pulak dengan ikan kerisi goreng.. memang feeling duduk kampung.. Cuma pastikan jeruk maman tu yang dah lama dijerukkan. Kalau yang baru, masih pahit.

Sekadar berkongsi, sebab sedap. hehe~
DARI JARI NOVELLA

PESERTA KONSERT AKHIR AKADEMI FANTASIA MEGASTAR 2017

11:52 AM 1
PESERTA KONSERT AKHIR AKADEMI FANTASIA MEGASTAR 2017
PESERTA KONSERT AKHIR AKADEMI FANTASIA MEGASTAR 2017 - Pejam celik pejam celik je kan? Konsert Akademi Fantasia Megastar sudah sampai ke kemuncak. Minggu depan kita bakal tahu siapa yang bakal menjadi juara.  Bagaimanapun, kedua-dua 'Amir' sudah tersingkir.


Seperti ramalan, inilah wajah-wajah bakal juara minggu depan. Walaupun dari dulu tak berapa suka dengan attitude Idayu, tapi Auni tak menyangkal yang Idayu ada dalam list juara. Dia punya suara tu memang sesedap rasa uolsss.

Marsha, Syamel, Bob, Idayu dan Shahir adalah peserta konser akhir Akademi Fantasia Megastar. Mereka mempunyai trademark dan identiti masing-masing.

Hopefully lagu yang dipilih pun boleh memikat hati penonton jugak. Mohon janganlah lagu boring-boring dan tidak mencabar.

Selain Idayu, Syamel dan Bob mungkin juga boleh dilabel sebagai juara. Dulu Auni #teamMarsha. Tapi itu dari segi presentation la. Kalau dari segi vokal dan suara, hmmmm.... mungkin Idayu laa JUARANYA !
DARI JARI NOVELLA

October 15, 2017

SINOPSIS DRAMA DIA (TV3)

11:39 AM 0
SINOPSIS DRAMA DIA (TV3)
SINOPSIS DRAMA DIA (TV3) - Auni tak pasti kalau sekarang ni ada lagi atau tidak drama Cerekarama pada hari Sabtu macam selalu. Semalam sempat menonton drama Dia, lakonan Irwanshah, Janna Nick dan Izara Aishah. Not bad juga dramanya tapi tak tahu dah masuk episod berapa. Apapun, drama ini ada 60 episod. Fuh.. panjang jugak.


JUDUL : DIA
EPISOD : 60 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Oktober 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 9.00 malam
SIARAN : TV3 (Drama Eksklusif)
PENGARAH : Eoon Shuhaini / Omar Olly Alaydrus / Zamri Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd / Limelight Pictures
PELAKON : Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, Sandrinna Michelle Skornicki, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Tatiana Sivek, Cahya Kamila, Billy Boedjanger, Emma Maembong, Farouk Hussain, Fazlina Ahmad Daud, Nonny Nadirah, Tash Yong, Taib Zamannuri, Mawar Rashid, Syaffiq Sahli, Anas Ridzuan, Rykarl Iskandar, Hefny Sahad, Nadia Brian, Ezzaty Abdullah

SINOPSIS DRAMA DIA (TV3)
Drama ini mengisahkan seorang pemuda bernama Adit, yang telah menerima surat wasiat dari arwah bapanya. Adit yang merupakan seorang pemuda yang jujur dan rajin, bakal mewarisi empayar perniagaan bapanya di Malaysia dan dia telah dipaksa berkahwin dengan Emelda, iaitu anak kenalan bapanya. 

Adit terpaksa akur dengan keputusan bapanya itu demi merealisasikan impian terakhir bapanya.engisahkan Adit, seorang pemuda jujur dan rajin yang telah menerima surat wasiat arwah bapanya. 

Di hati Adit, dia amat mencintai Aira, anak kepada pembantu rumah Emelda. Aira juga mencintai Adit. Oleh kerana patah hati, Aira membawa diri ke tempat lain dan bekerja sebagai seorang penulis.

Walaupun Adit mencintai Aira, dia tetap berusaha menjaga dan memberi kasih sayang sebaiknya kepada Emelda. Namun jodohnya dengan Emelda tidak panjang kerana Emelda meninggal dunia setelah melahirkan anak perempuan mereka yang diberi nama Icha Aulia.

Adit cuba merapatkan hubungan Icha dengan keluarga mertuanya. Konflik terjadi apabila Adit bertemu kembali dengan Aira. Namun begitu, Aira sudah mulai rapat dengan Zaid, yang juga sudah lama mendambakan cinta Aira.

Pelbagai rintangan harus dilalui Adit sepanjang hidupnya. Dapatkah Adit mengharungi segala dugaan yang penuh pahit dan getir itu? Boleh saksikan drama menarik ini pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 9 malam, di TV3 !

October 13, 2017

AD-DABBAH HAIWAN DI AKHIR ZAMAN

12:40 PM 9
AD-DABBAH HAIWAN DI AKHIR ZAMAN
AD-DABBAH HAIWAN DI AKHIR ZAMAN - Auni ada tengok satu video yang menunjukkan seekor ular hitam yang ada kaki. Tetapi apa benda tu? Memang Auni jenis tak berapa pelik dengan kejadian yang Allah taala dah cipta, cuma perasaan ingin tahu tu menebal dalam diri. Bila baca komen, ada yang mengatakan ianya seekor Ad-Dabbah. Hmm apa tu?

Sekadar Hiasan

Ad-Dabbah adalah haiwan yang disebut sebagai tanda-tanda pada hari kiamat. Ianya sejenis haiwan yang melata seperti yang difirmankan Allah taala dalam surah Al-Namn bermaksud, " Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami. "

Ad-dabbah, seekor haiwan yang memiliki ciri khas yang istimewa daripada segi kekuatan, kebesaran tubuh, pengetahuan, dan keindahan fizik. Allah taala mengirimnya dengan tugas yang khusus untuk dilaksanakannya. Jika ada seseorang yang mencari Ad-Dabbah, nescaya dia tidak dapat menemuinya. Ad-Dabbah akan mendatangi manusia-manusia yang sudah tercatat nama mereka.


CIRI-CIRI AD-DABBAH
Terlalu banyak riwayat yang mengungkapkan karakter atau ciri-ciri Ad-Dabbah. Tidak diketemukan di dalam mana-mana hadis Nabi SAW, kecuali atsar(khabar) dari para sahabat. Bagaimanapun. ianya tidaklah bertentangan dengan ayat Al-Quran dan hadis ataupun akal.

Ad-Dabbah adalah haiwan yang berbeza dengan haiwan yang pernah kita temui.

Hudzaidah bin Yaman r.a mengatakan bahawa Ad-Dabbah itu bercahaya, memiliki rambut dan bulu yang tidak akan ditemui oleh sesiapapun yang mencarinya. dan tidak akan luput dilihat oleh setiap orang yang melarikan diri darinya.

Diriwayatkan pula oleh Abu Hurairah r.a, Ad-dabbah mengandungi semua warna. Di antara kedua tanduknya terdapat suatu jarak yang sangat jauh untuk diduduki pengendera(kenderaan).

Diriwayatkan oleh Ibnu Zubair r.a, telinganya sebesar telinga gajah, tanduknya seperti kijang, lehernya seperti leher burung unta, dadanya seperti dada singa, warnanya warna harimau, pinggulnya pinggul kucing, ekornya seperti ekor kambing, kakinya seperti kaki unta dan antara sendi-sendinya berjarak dua belas hasta.

Ibu Abbas r.a pula menggambarkan bahawa Ad-Dabbah memiliki leher yang panjang, boleh meilhat dari timur dan barat. Wajahnya seperti wajah manusia, paruhnya seperti paruh burung, berambut dan berbulu halus.

Diriwayatkan oleh Amr bin Ash r.a, kepala Ad-Dabbah menyentuh langit, sementara kakinya belum keluar dari bumi.

Diriwaytkan oleh Ibnu Umar r.a , Ad-Dabbah itu berlari seperti kuda selama tiga hari, sementara sepertiga badannya belum juga keluar dari bumi.

Dunia kita semakin uzur dan tidak lama. Perbanyakkanlah amalan selagi ada didunia. Pesanan ini untuk diri Auni yang acapkali juga leka. Wallahualam.

October 12, 2017

JAGA-JAGA DENGAN SINDROM MENTAL HOARDING DISORDER

4:35 PM 2
JAGA-JAGA DENGAN SINDROM MENTAL HOARDING DISORDER
JAGA-JAGA DENGAN SINDROM MENTAL HOARDING DISORDER - Bila baca, macam tak sangka pulak sindrom yang berlaku pada Abah, Mama dan Auni sendiri merupakan masalah mental. Sebenarnya ramai lagi yang mengalami sindrom ini kan?


APA ITU MENTAL HOARDING DISORDER?
Sekadar berkongsi apa yang Auni baca, pengidap Mental Hoarding Disorder adalah seorang individu yang mengalami kesukaran untuk membuang atau menjual harta miliknya, atas alasan 'sayang' . Mula-mula nampak macam tak ada apa-apa kan? Tetapi ianya merupakan sejenis penyakit.

Ada kisah tentang warga emas yang hidup bersama 'sampah' kerana mengidap sindrom ini. Berapa banyak sampah tu? Lebih kurang 10 TAN uolsss. Perghh.... semua bagi dia ada sentimental value kot. Padahal tak guna pun barang-barang tu.

SIMPTOM-SIMPTOM PENGIDAP MENTAL HOARDING DISORDER (HOARDER)
Terlampau bergantung dengan barang-barang lama yang sudah tidak berguna.

Tidak mampu dan tidak mahu membuang barang-barang lama tersebut sedangkan ianya sudah tidak bernilai.

Percaya bahawa barang itu akan ada kegunaan satu masa nanti padahal barang tu memang dah tak berguna langsung.


APA YANG PERLU DILAKUKAN BILA MENGALAMI SIMPTOM MENTAL HOARDING DISORDER?
Sebaik-baiknya, jumpalah pakar psikologi untuk membanteras perkara yang tak diingini. Sanggupkah korang tengok rumah bersepah macam dalam gambar tu? Actually, kalau taknak jumpa pakar pun, boleh je paksa diri untuk pulih sendiri.

Bertahun jugak Auni mengalami Hoarder ni. Alhamdulillah sekarang dah normal. (tepuk tangan)

Selain daripada jumpa pakar psikologi, apakata korang buat total cleaning? Buang saja sambil pejam mata. Dah kalau barang tu berbulan-bulan malah bertahun-tahun tidak disentuh, buat apa lagi nak simpan kan? Buang je. (Inilah Auni lakukan dan rasa puas hati).

Semoga bermanfaat untuk semua. Kalau korang nak baca tips-tips membantu para Hoarder ini menyisihkan barang-barang, baca di MingguanWanita.Com
~ Dari Jari Novella ~

SENARAI PESERTA GEGAR VAGANZA 2017

2:39 PM 1
SENARAI PESERTA GEGAR VAGANZA 2017
SENARAI PESERTA GEGAR VAGANZA 2017 - Gegar Vaganza muncul kembali! Auni sebenarnya suka tengok konsert Gegar Vaganza ni sebab nak tengok Nabil, Jihan dengan Dato Vida je. Peserta tu tak kisah sangat, walaupun melayan jugak persembahan diorang.


Kesemua peserta ini akan bergabung dalam satu pertandingan. Kalau nak tahu, kali ni peserta dari Singapura dan Indonesia juga turut terlibat tau! Agak-agak best tak Gegar Vaganza kali ni? Ada drama macam tahun lepas tak? Jom Auni share senarai peserta Gegar Vaganza yang akan bermula pada 29 Oktober 2017.

SENARAI PESERTA GEGAR VAGANZA 2017

AISHAH

AQASHA

ELYANA

FERHAD

FIRMAN

HAIDA

HAZAMI

 
LAN KRISTAL

LIZA HANIM

RAJA AZURA

SYURA

TIA JINBARA

Kalau tanya Auni, Auni akan tunggu kemunculan Aqasha, Elyana, Hazami, Lan Kristal, Liza Hanim dan Tia Jinbara. Haha! Tamak gila kan? Kira ramai laa retisss yang Kak Oni korang ni minat sebenarnya. Lulzzz...

Terima kasih sudi baca.
~ Dari Jari Novella ~

October 11, 2017

AJAR ANAK JANGAN SENTUH BAHAGIAN 'INI'

11:54 PM 5
AJAR ANAK JANGAN SENTUH BAHAGIAN 'INI'
AJAR ANAK JANGAN SENTUH BAHAGIAN 'INI' - Zaman sekarang, tak ada apa yang mampu menghalang kita daripada perkara-perkara yang tidak diinginkan. Zaman sekarang juga, banyak dilaporkan di media tentang kanak-kanak yang dicabul atau dirogol. Yang paling menyedihkan, ianya melibatkan bapa atau ahli keluarganya sendiri. Nauzubillahminzalik.


Banyak sangat kes ayah dan datuk rogol anak atau cucu perempuan merek.a Sebak rasanya bila tergambar peristiwa macam ni. Yang menjadi pelindung pula yang berperangai iblis latnatullah. Senang betul menerima godaan.

Oleh itu, ajarlah pada anak-anak kita bahagian-bahagian tubuh yang tidak boleh disentuh oleh sesiapapun. Tak kisahlah perempuan atau lelaki.

BIBIR, DADA, FARAJ & PUNGGUNG - Mohon pesan pada anak perempuan, jangan benarkan atok, bapa, abang kandung, adik kandung, bapa saudara, anak-anak pengasuh atau mana-mana lelaki menyentuh bahagian itu.

BIBIR, DADA, ZAKAR & PUNGGUNG - Ini juga pesanan buat anak lelaki, jangan biarkan bahagian-bahagian ini disentuh, tidak kiralah lelaki ataupun wanita.

JIKA BERLAKU SESUATU YANG TIDAK DIINGINI 

Andaikan saja 'sesuatu' berlaku, ajarlah anak kita supaya MENJERIT SEKUAT HATI, GIGIT SI PELAKU, LARI LAJU-LAJU PADA IBUBAPA dan seterusnya BUAT LAPORAN POLIS!

Ada jenis bangsa kita sendiri, jika perkara ini melibatkan saudara sendiri, takut nak buat laporan polis. Takut sangat kalau putus silaturrahim. Yang trauma, anak sendiri. Ehh.. mana boleh macam tu? Keadilan perlulah dilaksanakan. Jangan gunakan alasan bersaudara. Kesian pada anak-anak jika keadilan tidak dituntut.


Sedih bila baca, ada diantara ibubapa yang tidak mempercayai anak-anak mereka. Sehinggakan mereka mengadu kemaluan sakit, nak buang air pun susah, tapi sikap ibubapa mereka hanya sekadar sambil lewa seolah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Tolonglah jangan bersikap endah tak endah macam ni. Yang trauma nanti, anak kita juga! Trauma ini satu penyakit jiwa yang kekal, boleh membawa kepada bunuh diri. Sanggupkah?

Pantau juga jika ada anak-anak yang sudah dewasa jika mereka ada menyimpan video lucah. Sebagai ibubapa, anak-anak adalah amanah. Jagalah mereka sebaik-baiknya. Didiklah mereka, sayangi mereka, peluklah mereka jika mereka kesedihan. Banyakkan mengambil tahu masalah anak-anak.

Akhir kata, gunalah pancaindera yang Allah SWT sebaiknya. Moga perkongsian ini bermanfaat. Sumber asal : Akhi Fairuz
~ Dari Jari Novella ~

October 10, 2017

SELAMAT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA

8:54 AM 4
SELAMAT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA
SELAMAT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA - 10 OKTOBER merupakan tarikh bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia. Jangan salah faham ya, hari ini bukanlah hari meraikan orang yang sakit mental atau gila, tetapi ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang masalah kesihatan mental.


Hari ini diadakan kerana ingin memberi peluang kepada sesiapa yang mempunyai depressi, untuk berkongsi tentang permasalahan mereka dan apa yang perlu mereka lakukan untuk kesihatan mental mereka. 

Depressi sangat tak elok untuk kesihatan minda kan? Korang boleh jadi pendengar yang baik jika ada kawan yang mempunyai masalah depressi atau tekanan.

Terima kasih sudi baca.
~ Dari Jari Novella ~

October 08, 2017

SINOPSIS WISH UPON : HAJAT MENGANCAM NYAWA

7:15 PM 2
SINOPSIS WISH UPON : HAJAT MENGANCAM NYAWA
SINOPSIS WISH UPON : HAJAT MENGANCAM NYAWA - Punyalah lama nak tunggu cerita ni. Sebelum ni nak ajak tuan suami tengok dekat cinema je tapi disebabkan asyik hold, maka tamatlah tayangannya. So tunggu je lah adik Auni upload.


Hmm.. not bad jugak jalan ceritanya. Menariklah untuk mereka yang suka genre seram dan aksi ganas. Tapi takdelah ganas sangat cuma boleh dilabelkan sebagai 18SG jugak lah since kanak-kanak sekarang cepat betul terpengaruh.




JUDUL : WISH UPON (2017)
GENRE : Seram, Aksi, Ngeri
PENGARAH : John R.Leonetti
PENULIS : Barbara Marshall
PELAKON : Joey King, Ryan Philippe, Ki Hong Lee, Mitchell Slaggert, Shannon Purser, Sydney Park, Elisabeth Rohm, Josephine Langford & Alice Lee


SINOPSIS WISH UPON (2017)
Jonathan merupakan seorang bekas pemuzik dan mempunyai keluarga bahagia yang penuh dengan kasih sayang. Kebahagiaan keluarganya menjadi mimpi ngeri apabila isterinya, Johanna, membunuh diri. Kejadian yang menimpa isterinya itu berlaku di depan mata anaknya, Clare, yang ketika itu masih kecil. Kerana trauma dengan kejadian itu, Clare sering dihantui dengan bayangan peristiwa ibunya membunuh diri.

17 tahun kemudian, Clare membesar menjadi seorang gadis yang cantik. Malangnya, dia sering dibuli di sekolah. Sungguhpun begitu, Clare mempunyai dua orang teman baik iaitu Meredith dan Jun.

Jonathan pula, telah bekerja sebagai pengutip barangan terpakai di tempat pembuangan sampah. Pada satu hari, dia menjumpai sebuah kotak muzik yang penuh dengan tulisan Cina. Kotak muzik itu kemudian dihadiahkan kepada Clare.

Clare mendapat tahu bahawa dia boleh membuat 7 hajat melalui kotak muzik itu, namun dia tidak tahu apa yang akan berlaku selepas dia berhajat. Clare tidak sedar, selepas hajatnya dituruti, orang-orang disisinya akan mati.

Sinopsis pun macam best kan? Bagi Auni best lah daripada layan cerita cintan cintun. Kalau nak tengok, korang boleh download online aje.

Terima kasih sudi baca.
~ Dari Jari Novella ~