1/1/16 - Tunsha Ayunie Punya Belog

January 30, 2016

#SINOPSIS #TRAILER - The Revenant : Dibiarkan Mati... Kembali Hidup Membalas Berdendam !

2:54 AM 1
#SINOPSIS #TRAILER - The Revenant : Dibiarkan Mati... Kembali Hidup Membalas Berdendam !
anigif

TRAILER : THE REVENANT || The Revenant ni cerita yang diadaptasikan dari sebuah novel yang berjudul The Revenant iaitu karya Michael Punke... Ianya disutradara dan ceritanya ditulis oleh Alejandro Gonzalez Innaritu...

o DDdnj Hg Uk Ca KOQBDTqc Ne JNq Ub Su1 S

SINOPSIS : Kisah ini menceritakan tentang seorang pemburu bernama Hugh Glass... dimana pada tahun 1820-an, dia diserang oleh seekor beruang jenis grizzly... Masa dia bergelut dengan beruang tersebut demi menyelamatkan nyawa dia sendiri.... kawan2 dia boleh buat bodooo je dan biar si Hugh ni mati.. Kira dalam firasat kekawan dia ni... Hugh dah mati..

.. Tapi... Hugh TAK MATI ! Dia berjuang untuk hidup dan mampu bertahan... Dia dah pasang niat nak balas dendam sebab merasakan yang kekawan dia ni mengkhianati dia...

[TONTON TRAILER]

SS Web Flower Divider

Hahhh.... cerita ni dah tentu laaa ada hero... Hero dia adalah pujaan ramai... Leornardo Di Caprio uolssss.... Tetiba aku pun rasa nak tengok..... Bukan sebab hero dia... tapi jalan cerita macam bestttttttttttttttt je !!! Nanti kalau aku dah tengok... Aku review laaa... just in case aku TER-rajin nak ajak tuan suami tengok wayang... phewwwwwww...

kbai!

REVIEW FILEM - Meat Grinder : Bebola Daging Manusia Punca Rezeki !

12:09 AM 2
REVIEW FILEM - Meat Grinder : Bebola Daging Manusia Punca Rezeki !
thai film shocking horror meat grinder teaser r

REVIEW : MEAT GRINDER || Aku tahu cerita ni pun dari Kak +Suria Lekatlekit  punya entri... So gasak jugak laaa mencari cerita ni kat online... Nasib baik kat Youtube ada... Aku memang peminat setia cerita horror & thriller ni... Aku kan psycho so melayan cerita psycho jugak laaa... haha !

meat grinder5

FILEM : Meat Grinder
GENRE : Seram/Ganas
PENGARAH : Tiwa Moethaisong
PELAKON : Mai Charoenpura. Rattanaballang Tohssawat, Wiradit Srimalai & Pimchanok Luevisadpaibul

SINOPSIS
Kisah mengenai seorang wanita yang telah dibesarkan dalam keadaan yang huru hara.... Kecik2 dia dah kena rogol & kena buli.... Anak hasil rogol tu mak dia bunuh.... So dia membesar dalam keadaan tertekan...

Dia berkahwin... ada suami... ada anak... sayangnya suami dia pun curang dengan dia.... Dah laa curang, suami dia dengan perempuan simpanan suami dia tu pegi bunuh anak perempuan dia pulak.... So bertambah gila ler perempuan yang bernama Buss ni... Dia bunuh je suami dia dengan perempuan simpanan tu tadi.....

Sebab tertekan yang amat sangat... Buss ni kerap berhalusinasi... Dia rasa macam anak dia masih hidup sedangkan dia tengah hidup sorang2 je... 

Buss ni jual mee bebola daging hasil turun temurun mak dia... Satu hari tu ada laaa macam pemberontakan camtu kat tempat Buss meniaga... Ada sorang mamat ni menyorok dalam kereta sorong tempat Buss mengangkut mee dia tu... Buss ni tak sedar so mamat tu mati dalam kereta sorong tu...

Nak jadi cerita, Buss mengawet mayat lelaki tu dan seterusnya membuat bebola daging dan teruskan perniagaan seperti biasa... Dari guna kereta sorong, Buss sudah mampu bukak kedai makan... betapa sedapnya daging manusia... mihmih



Lepas tu dia jumpa dengan seorang lelaki... diorang bercinta... Tak lama lepas tu boyfriend dia find out yang Buss ni gila... So diorang putus.... Buss jadi bengang sebab ex-boyfriend dia ni bercinta dengan perempuan lain pulak... 

Buss jadi tak siuman balik... Dia jemput perempuan tu datang rumah lepas tu dia kurus dalam tempat dia rendam mangsa2 dia.... Ex-boyfriend dia yang takut girlfriend dia diapa-apakan, terus pergi ke rumah Buss...

Akhir cerita... ex-boyfriend dia yang dipersalahkan dalam cubaan membunuh sebab Buss menghilangkan diri dalam air dan tidak dijumpai polis...

meat grinder thai 393x500

SS Web Flower Divider

REVIEW --» Walaupun cerita ni agak ngeri sebab ada adegan potong memotong sampai kau rasa nak tutup mata... tapi bagi aku ada pengajaran... so ianya bukanlah cerita bodoh.... Akhir cerita, pengarah telah highlight kepada kita supaya kita tidak berlaku kejam ata mendera kanak2... Kalau awal2 kita dah ajar dia dengan kekejaman, dia akan jadi lebih kejam bila dah dewasa kelak... Salah satu sebab terwujudnya kaum yang psiko ni sebab tu lah... PENDERAAN,,,

Cerita ni agak pening sikit sebenarnya... Aku tengok dua kali baru faham apa yang berlaku sebenarnya... entah... itu dari aku lah... aku tak tahu lah kalau orang lain tengok sekali je dah faham ... haha ! maklumlah aku ni memang lambat catch-up sikit...

Ok itu je...bye.

January 29, 2016

Ditahan Polis Gara-Gara Pakai "Seat Belt"

1:39 PM 2
Ditahan Polis Gara-Gara Pakai "Seat Belt"
cantas pdrm police 2 600 398 100

Hahhahaa tak proper langsung laaa tajuk entri.... pakai rojak je laaa ye... Kisahnya bermula mulut orang kampung --------------- ehh salah !

Kisahnya bermula apabila selama ni aku dengan tuan suami boleh2 elak dari roadblock.. Sebab apa mengelak?? Sebab kes nak dapatkan lesen full (P) tergendala gara2 tuan suami kena usulkan pelbagai procedure... dia kan OKU so memacam la JPJ nak...

... kenapa elak polis??

Ehh tak cukup lagi ek jawapan...? Oklah... tuan suami difahamkan kalau hanya ada lesen (L) dan kalau polis tahan, lesen akan digantung selama dua tahun dan selama dua tahun tu tak boleh ambil lesen.. phewwww.... bukan cuak dengan polis sangat tapi lebih cuak kalau lesen digantung... merana wooooo....

krikkk....krikkk....krikkkk
-
-
-

Dalam pada beberapa bulan dok mengelak roadblocks dan kereta polis... akhirnya kami tersungkur jua.... mwahahahaha !! Malam tadi laaa... tuan suami bawak aku jenjalan.... selalu kawasan tu selamat dari roadblocks... tapi malam tadi plak depa boleh buat kerja kat situ... Sebab suspen punya pasal... tuan suami pi berhenti kereta tengah2 jalan lepastu pakai seatbelt... apalagi.... perkara itu menjadi kecurigaan pada polis...

Aku dah gigil dah bila polis suruh berhenti kat tepi... habis satu kereta dia geledah... dah rasa macam diri sendiri ni umpama penjenayah berjaya plak dah.... hahahhaa ... tuan suami watlek watpis... dia dengan polis dah macam member dah.....

Lastly kena bebel dengan encik Sarjan Polis....

....Lainkali kalau ada roadblock awak lalu je... pakai tali pinggang ke tak pakai lalu ke... Awak tahu tak bahaya berhenti tengah jalan macam tu?? Cara awak tu pulak buat kami curiga... bla bla bla bla... ❞ 

Tuan suami balas... ..... Saya risau lesen saya kena gantung je Encik...

..... .... Kami pun ada timbangrasa sebab awak OKU... lain kali jangan buat lagi macam ni... ..... kata encik Sarjan Polis dengan muka garang....

-
-
-

Itulah penangan asyik mengelak dari polis... Sepandai2 tupai melompat akhirnya kena tahan polis jua... hahahaha ! ehh salah ekkk?? Apapun bagi aku ni kira pengalaman berharga laaa... Polis pun dah explain anything everything so takdelah kami ni gabra nampak polis hanya kerana lesen tak complete lagi... Lepas ni nampak polis boleh laaa senyum2 siap buat PEACE !


#NotaKaki

January 27, 2016

Kalau Dato Vida Jadi Perdana Menteri Malaysia

5:38 PM 4
Kalau Dato Vida Jadi Perdana Menteri Malaysia
image

KALAU DATO VIDA JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA || Siapa sangat yang setuju dengan keputusan ni?? APEEEEEE..........?? Dato Seri Vida jadi Perdana Menteri Malaysia?? ... Haaaa boleh bayangkan kalau satu Malaysia berwarna pink?? hihi

12631288 249077088756768 5876517152339435859 n

Terbaca post ni dekat SiakapKeli.... kelakar pun ye jugak... kekadang rasa macam rakyat dah terdesak sangat menginginkan pemimpin yang baru... yang berjiwa besar... yang berjiwa rakyat... yang menyayangi rakyat.... yang membantu rakyat..... ntah laa.... semua2 tu laaa kekdahnya...



Namun hakikatnya... seorang pemimpin haruslah berjiwa khalifah... Bila dah sebut khalifah, of coz laaa kaum Adam.... antara kriteria seorang pemimpin termasuklah....


Syidiq
iaitu kesungguhan dan kebenaran dalam bersikap, berucap dan bertindak dalam melaksanakan tugasnya...

Amanah
iaitu kepercayaan yang diberi padanya untuk dipelihara dan dijaga sebaik-baiknya..

Fathonah
iaitu kecerdasan dalam penyampaian... dan mampu menghadapi segala persoalan..

Tabligh
iaitu penyampaian secara jujur dan bertanggungjawab atas segala tindakan yang diambilnya...


Apapun, mengundilah dengan bijak !
sekian...

Bila Diam Itu Lebih Baik

7:54 AM 2
Bila Diam Itu Lebih Baik
BNAD3 IH5os

BILA DIAM ITU LEBIH BAIK || Assalamualaikum wbt... selamat pagi... Mukadimah bermula....... haha ! Oklah... aku dulu seorang yang kepoh dan kecoh... mulut aku ni kalau start bercakap... tak boleh nak berhenti... tapi biasalah kan... bila kau banyak cakap...  90% apa kau cakap tu banyak yang merapu.. banyak yang terumpat... tersindir... sama ada sedar atau tidak...


--------------------- Dewasa kini mengajar aku------------------------


Sejujurnya... tahun ini aku berumur 26 tahun... Takde apa yang berbeza kecuali nombor... Yang membezakan adalah aku semakin suka mendiamkan diri... Aku elak dari berkata buruk orang.. Banyak intai keburukan diri sendiri...


                        E.N.T.A.H !


.... Tapi kesudahan DIAM itu memang indah... aku rasa satu ketenangan yakni aku tak perlu risau apa2... Perasaan yang bersih... Perasaan yang buat kau rasa yang kau tidak lagi "berhutang" dosa sesama manusia.... WALAUPUN.... betapa banyak dosa aku mengata buruk pasal orang -------

Hadis5

Aku rasa terlalu banyak noda kot dalam jiwa aku... Tu sebab dulu aku acapkali mengeji manusia lain padahal...................... diri sendiri yang bernoda titik hitam ni tak disedarkan,,, betapa aku dikalangan mereka yang rugi... haihhhh

Sekadar coretan marhaenis di pagi hari,
sambil bersiap-siap nak teman tuan suami pi Rehabiliti yang tak settle2 dari itu hari...

kbai.

January 26, 2016

Gem Glass Corn... Jagung Pelik Bermanik-Manik...

11:08 AM 3
Gem Glass Corn... Jagung Pelik Bermanik-Manik...
UGdd23z

JAGUNG PELIK BERMANIK-MANIK || Korang suka makan jagung?? Jagung kalau direbus atau dibakar memang perghhh... Aku suka makan jagung kat Daily Fresh... Ada perisa garlic, chili, and apa ntah lagi... Tapi kalau jagung yang rare cenggini korang sanggup tak?? Aku sanggup je walaupun rasa macam.... sayangnya nak makan sebab.. CANTIK !! heee ~

1

2

Glass Gem Corn berjaya menghasilkan sebiji jagung yang unik dengan warna yang seakan pelangi... Carl Barnes, seorang warga Amerika berketurunan Indian Cherokee , terkenal dengan bakat dan kemampuan dalam memilih dan mengolah benih jagung...

Asalnya Carl Barnes mencuba menyilangkan jagung yang memiliki biji2 berwarna.. Selama bertahun2 Carl cuba silang menyilang sampailah jagung tu memproses warna yang cantik...

3

4

Sebelum meninggal, Carl menurunkan ilmu untuk memproses jagung tersebut kepada Greg Schoen dan kemudian menyerahkan kepada Bill McDorman untuk memperkembangkan baka jagung tu...

Sekian.

Google Icon | John Logie Baird

2:16 AM 1
Google Icon | John Logie Baird
download

GOOGLE ICON - JOHN LOGIE BAIRD | Bukak je new tab, ada kisah pasal dia ni... Aku memang selalu curious nak tahu tokoh/watak/ atau insan yang sentiasa menjadi model dalam Google doodle ni...


John Logie Baird00.jpg

John Logie Baird dilahirkan pada 14 Ogos 1888 di Helensburgh, Dunbartonshire, Scotland dan beliau seorang jurutera Scotland, dan salah seorang pereka cipta televisyen mekanikal.. Kejayaan awal Baird dan peranannya dalam praktikal siaran televisyen untuk hiburan di rumah telah menjadikan beliau seorang yang penting dalam sejarah televisyen !


Pembangunan televisyen adalah hasil daripada ramai pencipta.. Antaranya adalah Baird.. Beliau merupakan perintis terkemuka.. Ahli sejarah memberi kepujian kepada Baird.. Walaubagaimanapun, ciptaan awal Baird tidak berjaya sepenuhnya... Baird juga pernah mencipta pisau cukur kaca yang tahan karat, tapi malangnya berkecai...

Beliau meninggal dunia pada tahun 1946 Jun 1946 selepas mengalami strok.. Dia dikebumikan bersama dnegan ibu, bada dan isterinya di Helensburgh Cemetery.

Panjang sebenarnya kisah hayat hidup si Baird ni... Kalau berminat bolehlah baca kat wikipedia ye... 

kbai.

January 25, 2016

Penggemar Dessert.. Inilah Instagram Yang Harus Korang Follow !

7:50 AM 1
Penggemar Dessert.. Inilah Instagram Yang Harus Korang Follow !
macaron

INSTAGRAM YANG HARUS KORANG FOLLOW | Masa aku pergi makan kat The Manhattan Fish Market dulu, staff dia cakap kat aku... "Perempuan dengan dessert tak dapat pisahkan... Apapun mesti wait for a dessert!"... The thing yang aku memang tak tahu sambil buat muka blur... tanya pada hati... "Ye ke?".. Sebab apa tau... Sebab aku takdelaaa attract sangat dengan dessert... Aku lebih suka makan main course atau yang heavy2... Dessert sekadar kalau teringin sangat....

Guys... walaupun manis tidaklah begitu elok sangat untuk tubuh badan... tapi kekadang membawa kebaikan jugak ... contohnya...

  • Boleh melindungi daripada terkena strok..
  • Ada pulak kajian yang mengatakan ambil dessert sebagai sarapan pagi boleh menurunkan berat badan... errr... MUNGKIN !
  • Menstabilkan tekanan darah rendah..
  • Korang akan mendapat tidur yang lena !
Itu hanyalah sebahagian fakta... korang yang suka dessert ▶MEMANG WAJIB FOLLOW INSTAGRAM NI ◀ .... Aku yang tak minat dessert ni pun jatuh cinta.... warna warni sangat sampai nafsu serakah mula membisik2.... eceyyyy

oklah... salam Isnin !

REVIEW FILEM - Unfriended : Dendam Gadis Mangsa Buli Siber !

3:07 AM 2
REVIEW FILEM - Unfriended : Dendam Gadis Mangsa Buli Siber !
1

REVIEW - UNFRIENDED | Apa perasaan bila ada "orang luar" atau stranger yang mengganggu korang saat korang tengah syok berchatting?? Mesti gabra kan?? Kisah ni more to thriller... Tak berapa horror sangat....

Blaire Lily tengah syok main Skype dengan boyfriend dia, Mitch Roussel.. Tengah depa syok2 bercinta... datang pulak member2 diorang join online sekali... member2 diorang ni termasuklah Jess Felton, Adam Sewell, Ken Smith dan Val Rommel.. Kekawan dia ni kemain gelak laa sebab si Blaire ni kantoi nak "manja2" dengan boyfriend dia...

Tengah diorang nak berborak, muncul satu user id tanpa gambar yang menggunakan nama billie227... so sahabat2 ni jadi pelik laaa sebab diorang tak invite pun ID ni untuk join diorang chatting... Berapa kali diorang cancel chat & sambung balik tapi ID ni still ada.... masing2 dah gabra...

maxresdefault

Sementara tu, Blaire Lily mendapat satu inbox dari Laura Barns kat Facebook dia.... Nak jadi cerita, sebenarnya Laura Barns ni dah mati sebab bunuh diri akibat pembulian siber... Sebab semua takut, diorang tuduh kawan diorang si Val Rommer yang menyamar sebagai Laura Barns & curious siapa; billie227.. Tak lama lepas tu Val mati.. tapi id Laura & billie227 tersebut masih mampu menaip.... So semakin suspen laaa kisahnya...

Jadi mereka yakin... billie227 ini adalah kemunculan hantu Laura Barns yang ingin membalas dendam... Sebab apa Laura nak balas dendam?? Sebab bebudak ni ada post video tentang Laura dan video itu sangat memalukannya dan membuat Laura berada dalam keadaan tertekan lalu membunuh diri...

ok itu je serba sikit pasal sinopsis ye.... meh nak review pulak....

SS Web Flower Divider

REVIEW --» Permulaan korang tengok mungkin agak bosan... Bagi aku tak sesuai untuk korang yang suka tengok action movie atau jenis yang kurang sabar... Penggambaran cerita ni agak statik sebab hanya berlandaskan Skype semata2... Ramai yang kata filem ni berbajet rendah tapi pengajaran cerita ni agak tinggi laa especially untuk gadis2 supaya jangan buat benda bodoh ikut kepala otak sendiri... kelak makan diri tak pasal2 rasa nak bunuh diri...

Yang kelakar, aku gigih search Facebook id2 yang ditayang dalam filem ni... termasuklah Laura Barns tu.... actually Laura Barns hanyalah kewujudan watak khas untuk cerita ni....

NotaKaki
Sebenarnya cerita ni based on true story tau... 
If korang search cyber-bullying, kes paling popular tentang ni adalah Amanda Todd... 

kbai.

TAK ADA HATI NAK TENGOK AJL 30!

1:07 AM 2
TAK ADA HATI NAK TENGOK AJL 30!


TAK ADA HATI NAK TENGOK AJL30 | Sebelum ni kemain eksaited laaa kalau nak layan AJL... Masa pengacara2 yang jenis tak merapu meraban... Aku ingat Azwan Ali je... haha ! Pengacara lain aku lupa...

Sekarang ni semakin lagu sampah disiarkan... selagi tu laaa aku bosan nak tengok... haih... Nampak sangat aku ni retro kan...?? Seriously aku tak boleh hadam lagu2 depa bawak... Entahlah... aku rasa kosong je... Cuba gak melayan tadi... Lagu Elizabeth Tan yang Knock Knock tu catchy aku suka... tapi still tak boleh angkat.... Lagu Hazama pun.... ehhh aku ni dah jadi buta seni ke??

Last aku layan Hazama nyanyi je lepas tu terus tukar citer Ahmad Albab.... baru tak rasa stressssss.... Rasa macam takde apa pun yang special dengan AJL tahun ni dan 2-3 tahun lepas... takde yang gempak pun.... ini just komen aku arrr sebagai penonton...


Apapun tahniah Akim & The Majistret sebab menganugerahi Anugerah Juara Lagu 30 kali ni... Memang seperti yang diduga lah kan... Sebab dalam Meletops pun korang gak yang No.1 ... haaaa lagu2 Akim & The Majistret ni hakakkk masih boleh hadam laaa..... boleh lahhh terima walaupun hakakkk retro... (I am 26 y o. by the way.....) retrooo sangatttt laaaa kan...

kbai. 

January 24, 2016

Ikan Bilis RM18.90 Seekor !

1:54 PM 2
Ikan Bilis RM18.90 Seekor !
Ikan bilis

IKAN BILIS RM18.90 SEEKOR | Hakikatnya ikan bilis memang mahal pun.... Ikut gred jugak laa kan.... aku dulu niaga nasi lemak... part beli ikan bilis ni la berkira2 sikit.. Kadang beli nasi lemak kat luar pun tak jumpa ikan bilis...

Tapi ini lagilah terkejut.... Sempena promosi Tahun Baru Cina... Ikan bilis berharga RM18.90... Bayangkan nasi lemak akan naik harga !! Yelaa... dalam sambal ada ikan bilis... ikan bilis goreng lagi.... haha !

12509693 195743337447069 2346623535840055797 n

Sebenarnya ini typo yang biasa berlaku kat mana2 supermarket pun... depa tak alert apa yang depa gantung tu... alang roti ikan bilis pun boleh jadi ROTI IBLIS ! haaaaaaaaaaa ko mampooooo??

kbai.

January 23, 2016

SYATILLA MELVIN SOROK HUBUNGAN SULIT DENGAN BAKAL BAPA MERTUA?

7:47 PM 1
SYATILLA MELVIN SOROK HUBUNGAN SULIT DENGAN BAKAL BAPA MERTUA?

SYATILLA MELVIN SOROK HUBUNGAN SULIT | Ambikkk panjang pulak tajuk haaaa.... Malam2 ni ada mood taip pasal gosip je... Haha ! Syatilla Melvin ni nama dia tetiba naik lepas announchment pasal nak kawin dengan Shaheizy Sam kan...  Actually dia berlakon best gak... Aku suka watak antoganis dia... Tapi sejak dia bertudung ni macam makin suka je aku tengok dia... Walaupun mata dia liar tapi bagi aku dia cantik...

Yang tak syok dengar pasal dia sebab dia dah nak kawin dengan Shaheizy Sam.... tapi ada hubungan pulak dengan bakal pak mertua dia... ehh ni bukan gosip... Syatilla sendiri mengaku uolssss...

12507136 10153397837638100 6705568002378358091 n


Apa kata Mummy Kathy Fauziah??

12541033 10153397837148100 3285242401359919857 n

Haha !! Sporting gila arr Mummy Kathy ni kan.... Rasa macam best je dapat mertua sporting cenggini... Mertua aku sporting gak sebenarnya cuma aku ni malu segan... Mungkin sebab aku tak pernah bercampur dengan Cina so aku jadi kekok...

Jangan marah ye... kbai..

NAK DAPAT TIKET WAYANG PERCUMA??

Streamyx Atau Unifi... Mana Lebih Laju??

10:41 AM 4
Streamyx Atau Unifi... Mana Lebih Laju??
maxresdefault

STREAMYX ATAU UNIFI | Aku sejak abah guna P1max... kalau aku balik Rawang memang aku malas gila nak guna... Kekadang tu guna laaa tapi dia punya lembab.... aku rasa siput babi lagi laju kot... haha !

.. Last week aku balik.... gatal jari nak guna internet.... slow gilaaaaaa..... Lepas tu adik kecik aku tanya arr... "... Laju tak internet??" ... aku pelik arrr.... laju kebenda... sama je lembab... Then aku diberitahu depa dah tukaq internet ke Unifi.... cehhhh diam2 ja ampa....

Kat rumah mertua aku still pakai Streamyx.... apa yang aku nampak.... Streamyx ni dah tak laju macam sebelum2 ni.... Baru bayaq pun sama.... Nak download apapun tak best.... Back to Unifi, masa aku guna Unifi tu... download yang kita kena tunggu 1 jam baru settle dengan menggunakan Streamyx... dengan Unifi, tak sampai 5 minit pun... So aku kembali obses sampai rasa taknak balik Ampang dah... huhu

Tapi kalau korang kaki tengok movie online... Korang boleh baca ni Korang Akan Enjoy Sangat Tengok Movie Dengan Menggunakan Benda Ni..!! 

kbai.

Keputusan Pemenang Juara Parodi 2015

3:03 AM 1
Keputusan Pemenang Juara Parodi 2015
Juara Parodi

KEPUTUSAN PEMENANG JUARA PARODI 2015 | Akhirnya berakhir sudah pertandingan Juara Parodi 2015... Aku sebenarnya tak puas hati sebab tak dapat tengok Black Dot Chey buat persembahan... Bagi aku Kobis Pedas tak kelakar manapun tapi mungkin rezeki diorang selepas Pak Yus pergi mengadap Illahi...

Ini adalah pemenangnya :-

juara

Juara
Kobis Pedas

Naib Juara
Abang Face

Tempat Ketiga
Selamber Blur

Tempat Keempat
Juri

Tempat Kelima
Righthanded

Persembahan Terbaik
Abang Face

Lirik Terbaik
Abang Face

Vokal Terbaik
Juri

Juara Pilihan Peminat (SMS Tertinggi)
Kobis Pedas

SS Web Flower Divider

 ☛ Juara memenangi wang tunai berjumlah RM300,000.00 beserta trofi.

Finalis masing2 memenangi wang tunai berjumlah RM 20,000.00 beserta trofi.

SS Web Flower Divider

Berharap sangat kalau ada tahun depan mohon ambik pengacara yang lebih profesional yang pasti plssss laaa bukan Najib Ali... rimas tau tengok cara dia punya pengacaraan... Dina pulak asyik tersasul je setiap episod... Rasa tak enjoy nak tengok......................

Apapun, tahniah kepada pemenang... !

January 22, 2016

Produk Qu Puteh Disahkan Mempunyai Bahan Bahaya Oleh KKM... Apa Kata Dato Vida?

8:47 PM 2
Produk Qu Puteh Disahkan Mempunyai Bahan Bahaya Oleh KKM... Apa Kata Dato Vida?
Qu Puteh Whitening Pro 9 1 700x700

PRODUK QU PUTEH DISAHKAN BAHAYA OLEH KKM | Gempar jugak la berita ni kan... Aku pun baru terbaca.. Tak sempat tengok news tapi sebab tak sihat... Ok back to basic.... Ntah laaa... Aku just anggap perkara ni asam garam kehidupan sebagai seorang businessman/businesswoman... Mesti ada punya kes2 macam ni...

Siapa yang pernah guna produk Whitening Pro9 & UV Block Qu Puteh ni?? KKM dah bagi keterangan bahawa produk ini mengandungi raksa atau dikenali sebagai merkuri...

51453460000 freesize

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah menerima laporan pengguna yang mengalam masalah pendengaran serta keguguran rambut selepas menggunakan dua produk berkenaan dalam tempoh tiga bulan....

Untuk info... merkuri sangat bahaya dan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, sistem saraf dan iritasi pada baby kalau terbau/hidu bahan itu...


Dato Vida bagaimanapun akur dan akan menarik semula produk itu dari dipasarkan....

... Pengguna semua tidak perlu risau menggunakan produk Qu Puteh yang lain kerana melepasi piawaian yang telah ditetapkan,❞ katanya menerusi rakaman suara yang dihantar melalui  WhatsApp kepada beberapa kumpulan WhatsApp media hari ni....

Apapun dugaan.. bertabahlah Dato Vida.... inilah ujian dalam berbisnes.... Ada naik turun... Ok... sekian laporan dari hakakkk gojesss yang gonjenggg... eceyyyy.. Apapun hakakk nak bagitau ni... Tahu Tak Korang Bahawa Barang2 Ini Boleh Buat Korang Mati Kalau Salah Guna ? Lebih baik mencegah dari dapat penyakit di kemudian hari... Sila ambil tahu !

kbai !

REVIEW FILEM - Bajrangi Bhaijaan .. Kasih Sayang Lelaki India Terhadap Budak Pakistan

6:14 PM 1
REVIEW FILEM - Bajrangi Bhaijaan .. Kasih Sayang Lelaki India Terhadap Budak Pakistan
1

FILEM : Bajrangi Bhaijaan
GENRE : Drama
PENGARAH : Kabir Khan
PELAKON : Salman Khan, Kareena Kapoor & Harshaali Malhotra

SINOPSIS
Shahida seorang budak kecil yang berasal dari Kampung Sultanpur, Pakistan.. Ayahnya seorang pengembala kambing dan ibunya seorang surirumah... Satu hari ketika Shahida nak balik rumah, dia tergelincir dari bukit dan tercampak hampir ke dalam sungai.. Nasib menyebelahinya kerana dia terjatuh dan tergantung di atas pokok..

Shahida juga dilahirkan bisu..Atoknya bercadang supaya Shahida berubat di Delhi.. Ayah Shahida tidak bersetuju kerana India dan Pakistan sukar untuk bersatu.. Tetapi ibunya berkeras, ingin mengubati Shahida jugak...

2

Bermulalah episod dimana satu malam tu keretapi berhenti sebab diorang nak repair something... So diorang suruh para penumpang tido.. Shahida terjaga sebab dia tengok ada anak kambing jatuh dalam lubang... Dia turun dari keretapi tu untuk selamatkan anak kambing... Malangnya nasib Shahida sebab keretapi bergerak lepas dia selamatkan anak kambing tu...

Shahida menaiki sebuah gerabak dan sampai di daerah Kurukshetra, Haryana, India... Di situ dia menemui Pawan Kumar Chaturvedi dan mengekori Pawan ni mana2 je... Pawan yang kesian dengan si Shahida ni, dia bawak Shahida mana je dia pergi... Pawan ni beragama Hindu dan dia mengajar Shahida tentang berdoa cara Hindu jugak... itu je buat Shahida ni tak selesa...

bajrangi bhaijaan salman khan wide

4

Sementara itu, Pawan ni ada kekasih bernama Rasika... diorang dah bercadang nak kawin dah... tapi sebab kemunculan budak Shahida ni, diorang terpaksa tangguh sebab nak guna duit tu untuk hantar shahida balik...

Satu malam tu Pawan hantar Shahida kat Jabatan Visa sebab pegawai dekat situ cakap ada cara senang nak hantar Shahida balik tanpa Visa... Tapi pegawai ni menipu, dia hantar Shahida kat rumah pelacuran dan hampir menjual Shahida... tapi berjaya diselamatkan oleh Pawan..

Pawan atau dikenali dengan nama Bajrangi Bhaijaan ni tadi bengang laa... terus dia bertekad nak pergi Pakistan sendiri hantar Shahida ni.. tapi dia terpaksa melalui jalan singkat tanpa visa...

3

Sesampai di Pakistan... rakyatnya menyangkakan Pawan adalah seorang perisik India.. mulalah berdua ni jadi kes polis... Polis asyik cari diorang ni dimana saja... Sepanjang perjalanan Pawan dan Shahida mengalami dugaan yang pelbagai... Mereka banyak dibantu oleh seorang wartawan bernama Chand Nawab...

5

Hampir tiba di kawasan tinggal Shahida.. polis telah menangkap Pawan tapi Chand Nawab & Shahida ni dapat melarikan diri.... akhirnya Shahida jumpa balik famili dia...

Tapi apa jadi dengan Pawan?? haaa tengok sendiri !

SS Web Flower Divider

REVIEW --» Jalan cerita yang menarik dan tak boring... penuh moral tapi ada part yang tidak berperikemanusiaan... Walaupun melibatkan perpaduan, agama dan politik... Aku harus bagi kepujian cerita ni.. Perpaduan pelbagai kaum tu penting tak kisahlah kau dari agama apapun... Cerita ni membuktikan apa saja agama kita, jika ada kasih sayang yang telus... kita boleh bersatu dan tidak racist dengan agama orang lain...

Budak yang jadi Shahida tu comel & cantik... Penceritaan dan watak agak sampai pada aku... Bergenang jugak laaa airmata aku.. aku recommend laa sesiapa nak tengok....

NotaKaki :  Ehhh aku try gak tengok Dilwale... tapi tengok starting pun aku dah rasa boring... kenapa ekkk?? kbai.