SHELL-OUT DI RUMAH SAJA

SHELL-OUT DI RUMAH SAJA - Assalamualaikum wbt. Dah lama berpekung entri ni tau. Sebenarnya macam ni, berapa minggu lepas mama ajak kami satu family pergi makan dekat One Selayang. Nama kedainya The Rack Boutique Cafe. Bila tengok review memang ramailah cakap sedap, tapi bagi orang yang selalu ada kat dapur, bagi tekak kami biasa-biasa je.

Aku malas nak buat review pasal makan haritu. Kalau korang yang pernah pergi rasa sedap, terpulang. Bagi aku satu family, memang rasa tak berbaloi pulak. Dengan seafood tak fresh dan rasa yang biasa-biasa je. Oh ya, kami makan menu dulang besar dengan Shell-Out.

Naluri seorang mak kan, kalau anak makan tak puas, dia kecewa sikit. So mama buat jela Shell-Out kat rumah. Ambik kauuuuu ! Puas makan kami 8 orang. Tapi lain sikit style mama ni, letak daun pisang kekdahnya.


Memang tersangat puas siap boleh repeat untuk beberapa hari. Menu seafood yang ada termasuklah ketam, udang harimau, kepah, kupang, lala, kerang dan sotong. Semuanya masak Spicy Sweet And Sour.

Lagipun makan kat rumah tak payah cover-cover, takde orang pun nak tengok macam mana cara kau makan. Kepuasan memang tahap maksima.

Moral of the story, kepuasan makan Shell-Out adalah bila berada di rumah. Hihi~


SHELL-OUT DI RUMAH SAJA SHELL-OUT DI RUMAH SAJA Reviewed by Tunsha Ayunie on December 27, 2016 Rating: 5

2 comments

  1. memang puas hati dapat bershell out kat rumah macam ni! :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya sha...nak bershell out kat rumah kesian kat anak nanti dia pun nak makan...nak2 si naura tu..pantang lah umi dia makan..pedas pun pedaslah...tapi lepas tu mulaceri beri..psstt..slalu kalau makan shell out kat luar je...heheh

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.