RESEPI LEMPENG KENTANG ALA KOREA (GAMJAJEON) - Monolog Aku Cuma Di Kiri

December 23, 2016

RESEPI LEMPENG KENTANG ALA KOREA (GAMJAJEON)

RESEPI LEMPENG KENTANG ALA KOREA (GAMJAJEON) - Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat. Sejak air ada takde ni nak masak beria pun risau je, takut sat lagi tengah syok masak tiba-tiba pulak air takde. Punahhhh !

Malam tadi memang memasing kelaparan, aku pun macam takde mood nak masak. Tapi kesian pulak dengan tuan suami. So, sebagai isteri baik, comel dan gojes, aku pun tetiba ada idea nak buat lempeng kentang ni. Sedap gak, rasa hashbrown. Tapi tekstur kentang lebih halus la.

Meh la nak share resepi mudah ni, semua orang boleh buat. Asalkan ada kentang kat rumah. Sesuai untuk sarapan pagi, makan petang atau supper.


RESEPI LEMPENG KENTANG ALA KOREA (GAMJAJEON)
Bahan-bahan (untuk seorang atau dua orang) :
2 biji kentang saiz besar - kupas dan potong dadu
1/2 labu bawang holland
1/3 cawan air
sedikit garam
3 sudu besar tepung gandum / tepung kentang

Cara-cara :
Masukkan kentang, bawang dan air dalam pengisar dan kisar hingga halus. Kemudian masukkan dalam bekas, letakkan secubit garam dan tepung. Gaul hingga sebati dan biarkan setengah jam.

Panaskan sedikit minyak dalam pan  dan masukkan adunan. Saiz lempeng adalah terpulang pada kreativiti. Kalau nak buat kecik-kecik masukkan satu senduk saja, kalau nak buat besar pizza, masukkan semua adunan.

Biarkan adunan garing di kedua-dua permukaan. Masak dalam api sederhana.

Bahan-bahan (pencicah) :
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula perang
1/2 labu bawang holland - mayang kasar
3 biji cili api - hiris kasar

Cara-cara :
Masukkan semuanya dalam mangkuk dan perap setengah jam. Siap untuk dicicah dengan lempeng. Selamat mencuba!

NOTE : Resepi asal guna cili jalapeno. Aku takde so ganti jela dengan cili padi. Resepi asal kentang dengan bawang disagat, tapi sebab malas, aku kisar je. Peace !

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.