PETUA TANGGALKAN BULU BAWAH LENGAN TANPA KESAN HITAM - Monolog Aku Cuma Di Kiri

December 01, 2016

PETUA TANGGALKAN BULU BAWAH LENGAN TANPA KESAN HITAM

PETUA TANGGALKAN BULU BAWAH LENGAN TANPA KESAN HITAM - Assalamualaikum wbt. Rimas tak kalau Cik Keti kita tu berambut? Aku memang dah boleh jadi adik beradik beruk matyeh dah kalau Cik Keti tu dah start naik rambut, gatal ! macam alergik pun haderrr..

Bila dah selalu guna pencukur, kekadang cik keti @ bawah lengan kita jadi hitam. Betul tak? Meh la aku nak share petua yang mungkin berkesan pada orang-orang yang rajin nak buat. Macam aku, pemalas. Orang yang nak cantik kenalah rajin kan?

Gelak sakan depan lappy tengok gambar ni.
Hahhahaha !

PETUA (1) : LEMON DAN GULA
Campurkan 2 sudu besar jus lemon dengan 1 sudu besar gula dan jadikan pes. Kemudian sapukan pada Cik Keti masing-masing dan biarkan pes tadi bekerja untuk beberapa minit. Kemudian bolehlah tanggalkan menggunakan kain yang bersih atau mandi je terus. Ulang proses tersebut dua kali seminggu.

PETUA (2) : TELUR DAN JAGUNG
Campurkan 1 biji telur dengan setengah sudu besar tepung jagung. Kemudian sapukan bancuhan tadi dan biarkan sehingga kering. Bilas dengan air suam.

PETUA (3) : SUSU DAN KUNYIT
Campurkan 1 sudu besar serbuk kunyit dan 2 sudu besar susu, kemudian sapukan pada Cik Keti korang dan biarkan dalam 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air suam.

*
**
***

Bahan-bahan senang dan mudah didapati di dapur kan? Aku dulu rajin jugak pakai petua sana-sini. Tapi sejak kawin dan hidup menumpang ni, pergerakan terbatas sikit so takdelah rajin. Semoga bermanfaat untuk korang ye?

Cheers.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.