KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 1]

KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 1] - Sekumpulan pelajar dan seorang pensyarah, Dr Idham,  ke Langkawi untuk membuat kajian lapangan di sekirar Gunung Raya dan Pantai Chenang. 

Sha, salah seorang pelajar ditugaskan untuk memilih tempat pengidapan. Sesampainya pelajar dan pensyarah tersebut ke tempat yang dinyatakan, mereka jadi terkejut. 

Tempatnya adalah indah khabar dari rupa. Lobi kosong, tak ada kaunter daftar pertanyaan, dan tak ada penyambut tetamu. Yang hanya cuma chandelier yang hampir runtuh serta lantai berhabuk dipenuhi dedaunan kering dan juga tampalan iklan di setiap sudut dinding lobi. Manusia jangan cakaplah... langsung tak kelihatan.


Dr. Idham menyuruh pelajarnya melihat bilik terlebih dahulu. Sebelum ke lif, mereka melalui sebuah kolam renang di bahagian kiri. Keadaan kolam agak kotor dan berlumut, daun kering berselerak dan berlalang di sekitarnya. Di sebelah kanan pula ada sebuah gym yang juga penuh dengan daun kering dan habuk tebal. Di sebelah lif pula terdapat sebuah cafe usang dengan cermin yang kotor dan dedaunan kering berselerakan. Bagaimana daun kering boleh ada di dalam cafe itu sedangkan cerminnya tertutup rapat? Ianya menimbulkan tanda tanya.

Lif juga sangat usang dan hanya berhenti di tingkat yang tertentu. Mereka ke tingkat 10 untuk melihat bilik 1005. Biliknya jauh daripada lif. Sha dan rakan-rakan perempuannya yang lain memilih bilik 1107 di tingkat 11 kerana dekat dengan lif.

Sebaik memasuki bilik 1107, mereka terbau seakan bau bunga cempaka diselangi dengan bau hanyir ikan yang meloyakan. Lantainya berhabuk seperti tiada sesiapa yang menginap sebelum mereka. Mempunyai 1 master bedroom dan dua bilik tidur bersaiz sederhana. Lengkap juga dengan dapur dan dua bilik mandi tetapi ada kesan darah di dalam tab mandi.

[Bersambung]
KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 1] KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 1] Reviewed by Tunsha Ayunie on December 16, 2016 Rating: 5

3 comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.