12/1/16 - DARI JARI NOVELLA

December 30, 2016

KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 4]

7:26 PM 1
KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 4]
KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 4] - Hari kedua di Langkawi, mereka hanya fokus dengan kerja-kerja lapangan. Ketika masa terluang, Sha cuba menghubungi agen kerana ingin bertanyakan tentang kondo tersebut. Ketika Sha ajak jumpa, agen tersebut memberi alasan yang dia sibuk memandangkan dia tour guide di Langkawi. Dia hanya meminta maaf dan mencadangkan mereka berpindah di tingkat 6 tetapi Sha menolak dengan baik kerana dia jumpa makcik bersabit itu di tingkat 6.

Selesai kerja lapangan sekitar jam 5:00 petang, Dr.Idham mencadangkan supaya mereka membungkus makanan dan makan di dalam bilik saja. Sekitar kondo itu ada orang jual durian. Azizi telah mengajak mereka semua untuk makan durian. 


Selesai makan durian lebih kurang jam 7:15 pm, dan ketika mereka semua menuju ke pintu lobi utama, mereka ternampak seorang budak lebih kurang berumur 5 tahun sedang menangis di tangga lobi.

Bila ditanya, budak tu cakap mak dia tinggalkan dia then dia tak tahu nak guna lif. So, mereka tanya lagi dia tinggal tingkat berapa, budak tu menjadi TINGKAT 6 ! Masing-masing rasa seram sebab jumpa makcik tu pun kat tingkat 6, tapi sebab kesiankan budak tu, mereka seramai 13 orang bersepakat untuk hantar budak tu pada mak dia balik.

Sampai je tingkat 6, baru je nak tanya nombor bilik, budak tu dah hilang !

RELATED POST :

AMANAH TERAKHIR TAN SRI SM SALIM

2:33 PM 1
AMANAH TERAKHIR TAN SRI SM SALIM
AMANAH TERAKHIR TAN SRI SM SALIM - Assalamualaikum wbt. Pemergian Allahyarham Tan Sri SM Salim memang memberi kesan kepada penggiat seni tanah air. Perginya seorang biduan yang banyak memberi nasihat melalui lagu puisinya.


Sebelum pemergian arwah, beliau memberi amanah dan berharap supaya stesen radio dan badan penyiaran tempatan tidak menyiarkan lagu-lagu dendangan arwah dalam satu tempoh selepas pemergiannya.

Sekurang-kurangnya, 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari selepas beliau meninggal, itulah pesan Allahyarham pada tahun 2001 ketika temuramah Utusan.

Semoga media dapat memenuhi amanah terakhir Allahyarham. Sekian.

AL-FATIHAH | TAN SRI SM SALIM MENINGGAL DUNIA

8:53 AM 1
AL-FATIHAH | TAN SRI SM SALIM MENINGGAL DUNIA

AL-FATIHAH | TAN SRI SM SALIM MENINGGAL DUNIA - Assalamualaikum wbt. Rasanya baru semalam tulis entri bahawa Tan Sri SM Salim sedang kritikal. Di sudut hati, terdetik bahawa arwah akan pergi. Tak sangka dalam keadaan terdetik itu, arwah benar-benar menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Ukay Perdana, Ampang kira-kira jam 5:40petang.

Arwah Tan Sri SM Salim hidup di atas kerusi roda sejak 17 tahun lalu akibat kelumpuhan saraf . 

SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Muhammad Al Mahros memulakan kariernya sebagai penyanyi pada tahun 1950-an dan lagu-lagunya kebanyakan berunsur puisi dan nasihat.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga arwah ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah.

December 29, 2016

TAN SRI SM SALIM SEDANG NAZAK

4:42 PM 0
TAN SRI SM SALIM SEDANG NAZAK
TAN SRI SM SALIM SEDANG NAZAK - Assalamualaikum wbt. Dah lama tak dengar kisah penyanyi lagenda ni kan? Aku suka suaranya yang unik dan lagu-lagunya yang puitis. Sebab dah lama tak dengar khabar, tiba-tiba naik nama beliau dekat Google Trending.

Tan Sri SM Salim dilaporkan sedang nazak kerana sakit tua. Sebelumnya beliau bernafas dengan menggunakan alat pernafasan. Kemudian alat pernafasan dibuka dan beliau kembali bernafas secara normal.


Ramai artis yang pergi menziarah beliau di Ukay Perdana, Ampang. Doktor tidak dapat berbuat apa-apa kerana beliau sudah terlalu uzur. Semoga semua ahli keluarga Tan Sri SM Salim bertabah dengan ujian ini.

Sekian.

AWAS! GAMBAR AGAK MENJIJIKKAN! : KETAHUI KESIHATAN ANDA MELALUI BENTUK NAJIS

2:08 PM 0
AWAS! GAMBAR AGAK MENJIJIKKAN! : KETAHUI KESIHATAN  ANDA MELALUI BENTUK NAJIS
AWAS! GAMBAR AGAK MENJIJIKKAN! : KETAHUI KESIHATAN ANDA MELALUI BENTUK NAJIS - Assalamualaikum wbt. Mungkin entri ini agak menjijikkan bagi sesetengah pembaca, tetapi kerana ianya secebis ilmu, aku rasa selayaknya aku kongsikan.


Membuang air besar, air kecil, buang angin, semua itu rahmat dari Allah SWT. Bayangkan kalau kita makan tapi tak membuang, hmmm.... banyak penyakit yang akan singgah tau. Fungsi pembuangan air besar dan air kecil ni adalah untuk membuang segala toksik dalam badan.

MAAF ANDAI FOTO INI MELOYAKAN TEKAK KORANG


JENIS (1) dan JENIS (2)
⚉ Korang mengalami sembelit, 
⚉ Korang perlu mengambil lebih banyak air kosong sehari.
⚉ Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan korang.

JENIS (3) dan JENIS (4)
⚉ Najis korang normal.

JENIS (5)
⚉ Normal bagi mereka yang membuang air besar sekerap 2 hingga 3 kali sehari.
⚉ Kemungkinan kekurangan fiber, maka perbanyakkan makan nasi, pasta, pisang atau oat.

JENIS (6) dan JENIS (7)
⚉ Korang mengalami cirit-birit. Sentiasa lebihkan minum air bagi menggantikan air yang banyak hilang akibat cirit-birit tu.
⚉ Jika disertai dengan demam dan muntah-muntah, segera berjumpa doktor.

----------------------------------------------------

Dah tahu kan sekarang? Walaupun menjijikkan, tetapi perkara macam ni perlu jugak ambil tahu. Tak boleh sewenangnya buat tak tahu. Bentuk najis ini termasuklah untuk kanak-kanak. So kalau dah tahu bolehlah mencegah kan?

Semoga bermanfaat.

December 28, 2016

10 KEGUNAAN LISTERINE SELAIN DARIPADA BERKUMUR

10:36 AM 3
10 KEGUNAAN LISTERINE SELAIN DARIPADA BERKUMUR
10 KEGUNAAN LISTERINE SELAIN DARIPADA BERKUMUR - Assalamualaikum wbt. Pelbagai bahan kumur antiseptik yang terjual di luar tu. Tapi aku lebih suka guna Listerine. Bukan sekadar membantu menyegarkan bau mulut, tapi membantu jika mengalami bengkak gusi. Cepat je kecut.

Tahukan korang selain berkumur, Listerin juga mempunyai kegunaan lain yang efektif.  Mungkin korang boleh cuba petua-petua ni. Jom aku share sikit petua-petua menggunakan Listerine ni. Manalah tahu bermanfaat buat korang jugak kat? 


MEMBANTU MENGHILANGKAN KELEMUMUR
Basahkan rambut dengan sedikit air dan tuangkan Listerine secukupnya. Kemudian urut dan usap Listerine tu ke seluruh rambut hingga terasa kepala korang sejuk. Balut kepala selama 20 minit. Kemudian, bilas rambut korang.

HILANGKAN BAU BUSUK PADA KETIAK
Ambil seputik kapas atau kain putih dan letakkan sedikit Listerine. Sentalkan di ketiak. Listerine berfungsi untuk menghilangkan bau tengik di bahagian ketiak korang dan memberi bau yang lebih segar.

MEMBERSIH MUKA YANG BERJERAWAT
Sapukan Listerine ke seluruh muka pada waktu pagi dan malam. InsyaAllah jerawat korang yang degil tu akan mengecut dan hilang.

MELEGAKAN MASALAH KAKI
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campur dengan sedikit air dan cuka putih. Rendam kaki korang selama lebih kurang 30 minit dalam besen tersebut. Efeknya, kaki korang lebih cantik dan sihat.

HILANGKAN KEGATALAN AKIBAT GIGITAN SERANGGA
Sapukan sedikit Listerine di bahagian yang terkena gigitan. Ianya mampu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan menjadi lebam.

MENGHILANGKAN HAMA DAN KUTU DI BULU HAIWAN
Campurkan listerine dengan air dan spray ke bulu kucing. Boleh juga campur dengan syampu mandian kucing tersebut. (Kalau was-was, jangan buat ye? Boleh tanya pakar dulu).

MEMBERSIH SKRIN TV ATAU MONITOR KOMPUTER
Spray sedikit Listerine ke atas kain bersih dan sapukan ke atas skrin TV dan monitor komputer. Berkesan menghilangkan habuk sekelip mata !

MEMBASMI KUMAN DI MANGKUK TANDAS
Selain berkesan membasmi kuman di mulut, Listerine juga membantu membasmi kumas di jamban tau. Tuangkan sedikit Listerine dan sental saja mangkuk tandas korang tu. Berkesan me-nyah-bau tandas yang busuk.

MENGHILANGKAN BAU BUSUK TONG SAMPAH
Kadang-kadang memang malas nak basuh tong sampah kan? Ambil kain yang tidak dipakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Tutupkan tong sampah dengan meletakkan kain yang ada Listerine tadi ke atasnya. Listerine bertindak menyerap bau busuk dari tong sampah tu.

Banyak kan kegunaan Listerine ni, aku paling suka Listerine warna biru tu. Macam menyegarkan seluruh pernafasan aku. Ehhh.... aku buka duta Listerine! Kbai~

KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 3]

12:08 AM 0
KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 3]
KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 3] -  : Reaksi Sha dan kawan-kawannya tadi menimbulkan tanda tanya antara Dr.Idham dan pelajar-pelajar lelaki. Mereka bertanya apa yang berlaku. Rupa-rupanya, Dr.Idham dan pelajar-pelajar lelaki terbabit sudah melalui peristiwa yang sama sebelum itu, iaitu bertembung dengan makcik bersabit tadi.

Niat nak makan terbantut disitu. Mereka balik ke bilik masing-masing. Malam tu Sha bersepakat dengan kawan-kawannya untuk tidur di depan TV di ruang tamu. Jam menunjukkan pukul 12:30am dan ketika itu masing-masing berdengkur kecuali Sha dan sahabatnya, Shida. Cubaan mereka untuk tidur gagal kerana terlalu takut.


Pukul 2:00am, Sha dan Shida masing-masing hanya menutup mata. Tiba-tiba Sha terdengar bunyi air paip dari singki dapur.

"Kau dengar tak bunyi air tu Sha?" tanya Shida pada Sha.

Sha menjawab dia dengar tapi dalam nada berbisik. Mereka berdua mencuri pandang ke arah dapur. Dan mereka terkejut makcik bersabit tadi ada disitu!

Mereka menyambung menutup mata dan air paip tadi sudah tidak kedengaran. Yang mereka dengar cuma bunyi tapak kaki yang menuju ke pintu. Oleh kerana masih takut, Sha dan Shida hanya menutup mata hingga ke pagi.

Sebenarnya, bukan Sha dan Shida je yang mendengar kejadian bunyi air paip tu, tapi kawan-kawan mereka yang lain pun dengar jugak, tapi masing-masing buat tak tahu je sebab tak berani nak buka mata.

[bersambung]

RELATED POST :

December 27, 2016

SHELL-OUT DI RUMAH SAJA

6:35 PM 2
SHELL-OUT DI RUMAH SAJA
SHELL-OUT DI RUMAH SAJA - Assalamualaikum wbt. Dah lama berpekung entri ni tau. Sebenarnya macam ni, berapa minggu lepas mama ajak kami satu family pergi makan dekat One Selayang. Nama kedainya The Rack Boutique Cafe. Bila tengok review memang ramailah cakap sedap, tapi bagi orang yang selalu ada kat dapur, bagi tekak kami biasa-biasa je.

Aku malas nak buat review pasal makan haritu. Kalau korang yang pernah pergi rasa sedap, terpulang. Bagi aku satu family, memang rasa tak berbaloi pulak. Dengan seafood tak fresh dan rasa yang biasa-biasa je. Oh ya, kami makan menu dulang besar dengan Shell-Out.

Naluri seorang mak kan, kalau anak makan tak puas, dia kecewa sikit. So mama buat jela Shell-Out kat rumah. Ambik kauuuuu ! Puas makan kami 8 orang. Tapi lain sikit style mama ni, letak daun pisang kekdahnya.


Memang tersangat puas siap boleh repeat untuk beberapa hari. Menu seafood yang ada termasuklah ketam, udang harimau, kepah, kupang, lala, kerang dan sotong. Semuanya masak Spicy Sweet And Sour.

Lagipun makan kat rumah tak payah cover-cover, takde orang pun nak tengok macam mana cara kau makan. Kepuasan memang tahap maksima.

Moral of the story, kepuasan makan Shell-Out adalah bila berada di rumah. Hihi~


December 26, 2016

PENYANYI POP BRITISH, GEORGE MICHAEL MENINGGAL DUNIA

10:02 PM 0
PENYANYI POP BRITISH, GEORGE MICHAEL MENINGGAL DUNIA
PENYANYI POP BRITISH, GEORGE MICHAEL MENINGGAL DUNIA - Assalamualaikum wbt. Tidak terkejut sebenarnya bila menerima kematian artis Hollywood ni lagi-lagi sebab aku bukan jenis alert sangat dengan kisah kehidupan depa.



Tapi aku minat dengan lagu Careless Whisper. Lagu ni banyak version sebenarnya. Aku pulak dibesarkan dengan lagu Careless Whisper sebab abah memang suka nyanyi lagu tu. Memang aku tangkap feeling kalau dengar lagu ni dalam bilik disaat hujan ditengah malam. Ada sejenis "hantu" yang buat aku gila bayang bila dengar lagu ni.

*pause* ---- ini bukan ceritanya,


George Michael, penyanyi Pop British yang terkenal dengan lagu Careless Whisper, meninggal dunia seusai menyambut Hari Krismas. Dia dikatakan mengalami serangan jantung dan meninggal ketika usianya 53 tahun.

Rest in peace, George Michael.

K'HONEY BEAUTY GOLD SCRUB : SCRUB ORGANIK DAN HOMEMADE YANG TERBAIK!

11:32 AM 0
K'HONEY BEAUTY GOLD SCRUB : SCRUB ORGANIK DAN HOMEMADE YANG TERBAIK!
K'HONEY BEAUTY GOLD SCRUB : SCRUB ORGANIK DAN HOMEMADE YANG TERBAIK! - Assalamualaikum wbt. Zaman sekarang ni masing-masing nak cari skincare yang bebas kimia. Korang tahu tak wujudnya scrub dari bahan organik yang didatangkan secara homemade, bukan dari kilang? Maknanya bahan digunakan fresh tau !


Perkenalkan produk terbaru dari K'Honey Beauty iaitu K'Honey Gold Scrub. Bahan yang digunakan sememangnya organik.

BAHAN ASAS DALAM K'HONEY GOLD SCRUB ADALAH :
♣ Madu Kelulut Asli
♣ Oat
♣ Beras Merah
♣ Minyak Kelapa Dara

KEBAIKAN K'HONEY GOLD SCRUB WITH OATS & TRIGONA HONEY :
♣ Kaya dengan aktioksidan supaya kulit kekal awet muda.
♣ Memberikan nutrisi pada kulit serta membuat kulit terasa lebih lembut & halus secara semulajadi.
♣ Menanggalkan sel-sel kulit amti dan menjadikan kulit lembab dan cerah berseri.
♣ Merawat kulit kusan dan menyeimbangkan tahap kelembapan kulit.
♣ Mengandungi vitamin A, vitamin D, vitamin E dan vitamin K untuk merawat masalah kulit.
♣ Anti-bakteria dan membuang segala kekotoran dari kulit muka.
♣ Menghilangkan garis-garis halus.
♣ Menegangkan kulit.
♣ Memulihkan kulit dari SUNBURN.
♣ Mengandungi kolagen semulajadi dan menyerap lebihan minyak di kulit wajah.

Paling best, K'Honey Gold Scrub ni mempunyai DUA KEGUNAAN dalam SATU CAMPURAN iaitu boleh dijadikan SCRUB & MASKER !


CARA PENGGUNAAN K'HONEY GOLD SCRUB :
♣ 1 sudu campuran SCRUB dicampurkan dengan air biasa atau susu.
Urutkan SCRUB tadi di muka selama 1 minit. Urutan secara membulat dan menaik.
♣ Bilas dan basuh muka dengan K'HONEY SOAP.

CARA MEMBUAT MASKER MENGGUNAKAN K'HONEY GOLD SCRUB :
♣ 1 sudu YOGURT ASLI + 1 sudu campuran K'Honey Gold Scrub.
♣ Lumurkan dan ratakan MASKER diseluruh bahagian muka dan leher.
♣ Biarkan selama 15-20minit.
♣ Cuci muka dengan K'HONEY SOAP.

NOTE : Gunakan SUDU PLASTIK sahaja kerana campuran adalah menggunakan campuran HOMEOPHATY iaitu campuran secara semulajadi.


========================================

BERMINAT NAK CUBA K'HONEY GOLD SCRUB?

WHATSAPP : 017-346 8490

HARGA : RM45/pcs
POSTAGE : + RM7

(POSTAGE DIBUAT HARI ISNIN hingga KHAMIS)

=========================================

JOM CANTIK SECARA SEMULAJADI !

December 25, 2016

SINOPSIS DAN REVIEW | FILEM FRIEND REQUEST (2016) : JANGAN BERANI BUANG KAWAN DI FACEBOOK!

7:21 PM 0
SINOPSIS DAN REVIEW | FILEM FRIEND REQUEST (2016) : JANGAN BERANI BUANG KAWAN DI FACEBOOK!
SINOPSIS DAN REVIEW | FILEM FRIEND REQUEST (2016) : JANGAN BERANI BUANG KAWAN DI FACEBOOK! - Assalamualaikum wbt. Dah lama dah aku nak layan filem ni tapi tak berkesempatan. Mula-mula aboy bagitau aku, cerita ni persis filem Unfriended. Gamaknya aku layan terlalu banyak filem so aku lupa nak menonton filem Friend Request ni.

Alkisah sebab family aku semua pergi holiday ke Pulau Pangkor, maka aku dengan seronoknya membazir masa melayan filem-filem yang adik aku download. Mihmih


JUDUL : FRIEND REQUEST (2016)
TARIKH TAYANGAN : 7 Januari 2016
GENRE : Seram, Misteri, Suspen
PENGARAH : Simon Verhoeven
PELAKON : Alycia Debnam-Carey, William Moseley, Connor Paolo, Brit Morgan

SINOPSIS
Seorang gadis bernama Marina yang belajar di sebuah kolej sangat obses dengan rakan sekelasnya, Laura. Bermula daripada "add friend" di Facebook, Marina cuba untuk mendekati Laura. Perkara ini membuat Laura kurang selesa dan membuang Marina dari senarai kawan di Facebook.


Laura menganggap itu perkara biasa namun perkara yang tragis terjadi apabila pensyarah memberitahu bahawa Marina sudah mati kerana membunuh diri,

Bukan itu saja, kawan-kawan yang rapat dengan Laura, seorang demi seorang mati dalam keadaan misteri. Siapakah Marina? Kenapa dia obses sangat dengan Laura? 


Korang kena tengok baru korang faham perjalanan cerita ni.

REVIEW
1) Keseraman cerita ini memang ternyata jugak sebab aku asyik menjerit je bila babak terkejut.

2) Part kelakar bagi aku adalah bila aku fikir logik. Hantu pandai main Facebook tau!

3) Overall, aku boleh bagi 4/5 . Sebab cerita boleh diterima akal dan ending korang boleh buat konklusi sendiri.

Kalau korang jenis obses dengan Facebook, mohon berhati-hati ye. Manalah tau jadi macam dalam filem Friend Request ni. *trauma* haha !

December 23, 2016

YOU NEED A HOLIDAY LAH Traveloka Online Contest | Percutian Impian Ke Tokyo, Japan

12:03 PM 1
YOU NEED A HOLIDAY LAH Traveloka Online Contest | Percutian Impian Ke Tokyo, Japan
YOU NEED A HOLIDAY LAH Traveloka Online Contest | Percutian Impian Ke Tokyo, Japan - Assalamualaikum wbt. Siapalah yang tak suka bercuti kan? Especially kalau dapat tiket free. Orang macam aku ni nak bercuti berbulan-madu susah sikit memandangkan bajet sentiasa lari. Tak sempat nak menabung dah kena keluarkan semula. Paling sedih, selama berkahwin kami tak pernah berbulan madu secara berdua.

Di TRAVELOKA, ada 10 tempat percutian yang mungkin menjadi idaman korang seperti :
💧 EL NIDO
💧 HONG KONG
💧 LANGKAWI
💧 BALI
💧 LONDON
💧 TOKYO
💧 NEPAL
💧 SABAH
💧 MELBOURNE
💧 SOUTH KOREA


#MyTravelokaEscapade
PERCUTIAN IMPIAN KE TOKYO, JAPAN



TOKYO - Salah satu destinasi impian yang aku ingin pergi untuk berbulan madu dengan tuan suami. Aku memang dah lama menyimpan impian untuk ke Jepun sebab seperti ada 'sesuatu' yang menarik aku untuk ke sana. Boleh jugak la aku belajar kehidupan di negara orang pulak. Jepun kan bersih dan maju.

Lebih kurang 13 tempat yang menarik wajib dikunjungi bila berada di Tokyo. Aku sangat teruja melihat keindahan di Tokyo, alangkah indahnya jika impian menjadi kenyataan.


SHINJUKU GYOEN NATIONAL GARDEN -  Ianya adalah taman tradisional yang tertua di Jepun. Kira 'legend' la tempat ni. Pelbagai tarikan yang berada di taman ini seperti tasik kecil, jambatan tradisional dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Aku memang suka tengok keindahan pokok tau! Taman ini juga menjadi tarikan masyarakat Jepun untuk bersantai pada musim bunga sakura dan paling best, bila musim luruh, taman ini akan berubah warna menjadi kuning keemasan. Wahhh ! Bestnya kalau boleh cipta memori dengan keindahan alam yang agung ni kan?


TOKYO DISNEYLAND - Aku peminat kartun Disney. Tokyo Disneyland merupakan sebuah taman tema berdasarkan filem-filem Walt Disney. Ianya dibina pada tahun 1983 dan merupakan taman tema Disneyland yang pertama yang berada di luar Amerika Syarikat. Taman tema ini lebih menarik minat kanak-kanak dan penggemar kartun Walt Disney. Tapi disebabkan aku takde anak dan aku bersikap keanak-anakan, maka aku memang teruja kalau berada disini.


TOKYO DISNEYSEA - Jika Tokyo Disneyland dicipta untuk menarik kanak-kanak, Tokyo Disneysea juga mungkin dapat menjadi tarikan bagi golongan dewasa. Ianya dibina berdasarkan lagenda laut. Tengok gambar pun dah best kan? Cantiknya! 


ROPPONGI - Ianya sebuah daerah yang terkenal dengan kawasan hiburan malam yang paling popular dalam masyarakat Tokyo. Ianya juga ada tarikan tersendiri kerana banyak tempat menarik yang ada disekelilingnya. Antara tempat menarik yang ada disini adalah Museum Seni Mori dan Tokyo Midtown. Tempat ini juga menjadi tuan rumah dalam acara tahunan Festival Filem International Tokyo. Disebabkan aku minat dengan seni dan fotografi, disini mungkin adalah tempat yang terbaik untuk aku lawati.


RIKUGI-EN - Untuk sesi merehatkan minda yang serabut lagi stress, Taman Rikugi-en mungkin juga menjadi pilihan aku. Rikugi-en adalah sebuah taman metropolitan yang berada di Bungyo-ku. Nama Rikugi bermaksud Enam Prinsip Puisi dan En bermaksud taman. Keindahan Rikugi-en adalah berbeza mengikut musim. Disini juga terdapat kolam yang dipenuhi ikan Koi. Disisi kolam pula terdapat pulau-pulau kecil yang menambah artistik taman warisan zaman Edo ini. 


FUJI MOUNTAIN - Tipulah kalau tak teringin nak pergi tempat yang menjadi tumpuan pelancong ni. Uniknya Gunung Fuji ni, kerana ianya terkenal dengan bentuk puncak gunung yang hampir membentuk sebuah kon dan piramid. Sekeliling Gunung Fuji terdapat 5 tasik yang cantik iaitu  Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko

Terlalu banyak tempat yang menarik yang ada di Tokyo. Ini adalah sebahagian yang bagi aku memang menarik minat aku untuk ke sana.


Kenapa korang perlu memilih #MyTravelokaEscapade? Sebab ianya salah satu laman web yang bukan saja menyediakan percutian, malah laman web ini menyediakan kemudahan tiket penerbangan dan penempahan hotel dengan mudah! Tak payah pening kepala nak cari mana-mana hotel, Traveloka dah tolong dah.


Bukan itu saja, Traveloka sentiasa menawarkan harga promosi yang lumayan untuk para traveller. Korang hanya perlu memilih destinasi yang telah disediakan oleh Traveloka. Jadi, apa tunggu lagi, jom join Traveloka Online Contest ! Mana tahu rezeki korang kan? Boleh save budget .

So, all the best semua. Jom travel ! Ingat --- Only #MyTravelokaEscapade .

RESEPI LEMPENG KENTANG ALA KOREA (GAMJAJEON)

8:12 AM 0
RESEPI LEMPENG KENTANG ALA KOREA (GAMJAJEON)
RESEPI LEMPENG KENTANG ALA KOREA (GAMJAJEON) - Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat. Sejak air ada takde ni nak masak beria pun risau je, takut sat lagi tengah syok masak tiba-tiba pulak air takde. Punahhhh !

Malam tadi memang memasing kelaparan, aku pun macam takde mood nak masak. Tapi kesian pulak dengan tuan suami. So, sebagai isteri baik, comel dan gojes, aku pun tetiba ada idea nak buat lempeng kentang ni. Sedap gak, rasa hashbrown. Tapi tekstur kentang lebih halus la.

Meh la nak share resepi mudah ni, semua orang boleh buat. Asalkan ada kentang kat rumah. Sesuai untuk sarapan pagi, makan petang atau supper.


RESEPI LEMPENG KENTANG ALA KOREA (GAMJAJEON)
Bahan-bahan (untuk seorang atau dua orang) :
2 biji kentang saiz besar - kupas dan potong dadu
1/2 labu bawang holland
1/3 cawan air
sedikit garam
3 sudu besar tepung gandum / tepung kentang

Cara-cara :
Masukkan kentang, bawang dan air dalam pengisar dan kisar hingga halus. Kemudian masukkan dalam bekas, letakkan secubit garam dan tepung. Gaul hingga sebati dan biarkan setengah jam.

Panaskan sedikit minyak dalam pan  dan masukkan adunan. Saiz lempeng adalah terpulang pada kreativiti. Kalau nak buat kecik-kecik masukkan satu senduk saja, kalau nak buat besar pizza, masukkan semua adunan.

Biarkan adunan garing di kedua-dua permukaan. Masak dalam api sederhana.

Bahan-bahan (pencicah) :
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula perang
1/2 labu bawang holland - mayang kasar
3 biji cili api - hiris kasar

Cara-cara :
Masukkan semuanya dalam mangkuk dan perap setengah jam. Siap untuk dicicah dengan lempeng. Selamat mencuba!

NOTE : Resepi asal guna cili jalapeno. Aku takde so ganti jela dengan cili padi. Resepi asal kentang dengan bawang disagat, tapi sebab malas, aku kisar je. Peace !

December 22, 2016

KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 2]

11:31 PM 0
KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 2]
KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 2] - Hari pertama mereka sepatutnya sudah memulakan kajian lapangan di Gunung Raya, tetapi ianya dibatalkan dan ditunda pada keesokan hari. Mereka berkumpul di kedai makan dan masing-masing berasa tidak sedap hati dengan keadaan kondo tersebut. Masing-masing bersepakat untuk mencari tempat penginapan yang lain tetapi semua motel dan hotel sudah penuh.

7:30 petang : Mereka pulang ke kondo dan menemui seorang makcik menyiram rumput dan lalang di kawasan berdekatan parkir kereta. Kepelikan melanda sebab makcik tu menyiram lalang tanpa sebab. Dr.Idham pesan awal-awal, jangan ditegur jika nampak sesuatu yang pelik. 


Semasa menaiki lif dari tingkat 11, lif sentiasa berhenti di setiap tingkat. Setiapkali lif terbuka, mereka  melihat koridor gelap dan sunyi. Kepelikan bercampur sedikit seram apabila lif berhenti di setiap tingkat tetapi tiada orang. Tiba di tingkat 6, makcik yang menyiram lalang tadi berdiri depan lif sambil memegang sabit. Dia hanya menunduk.

"Going down?", tanya salah seorang pelajar tetapi tidak berjawab. Mereka bertanya lagi jika makcik itu ingin turun ke bawah tetapi makcik tersebut tetap membisu. Tiba-tiba dia mengangkat tangan yang memegang sabit itu dan meluru ke arah mereka dan nasib menyebelahi pelajar-pelajar itu apabila lif tertutup dengan cepat. Masing-masing menjerit di dalam lif hingga keluar lif.

[Bersambung]

RESEPI SAMBAL IJO VERSI KISAR

4:32 PM 0
RESEPI SAMBAL IJO VERSI KISAR
RESEPI SAMBAL IJO VERSI KISAR - Assalamualaikum wbt. Ya Allah, lamanya tak update blog. Bila dekat rumah mak ni memang rasa malas nak dekat dengan lappy. Aku lebih suka buang masa depan TV je kekdahnya. Well, kalau kat rumah mertua memang aku tak dapat tengok TV. Hihi

Haritu takde air kat rumah, memang stress gila la. Hajat hati nak makan sambal ijo terhenti sebab tetiba je takde air. Semalam aku balas dendam la sebab ada air. Tapi versi kali ni aku kisar je sebab takde mood nak guna lesung. Tapi, kalau lenyek guna lesung lagi sedap laa kekdahnya.


RESEPI SAMBAL IJO VERSI KISAR
Bahan-bahan :
10 biji cili hijau
Segenggam cili padi hijau
1 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
Garam dan gula
1 keping asam gelugur

Cara-cara :
Kukus semua bahan kecuali garam, gula dan asam gelur. Kukus sehingga layu kemudian kisar tanpa menggunakan air. Panaskan sedikit minyak dan goreng bahan hingga garing, perasakan dengan garam, gula dan asam gelugur.

Taknak guna asam boleh skip. Kalau korang suka tekstur cili tu kasar-kasar boleh je gesek dalam lesung batu. Selamat mencuba!

December 16, 2016

KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 1]

11:11 PM 3
KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 1]
KONDOMINIUM DI LANGKAWI, BILIK 1107 BERHANTU [PART 1] - Sekumpulan pelajar dan seorang pensyarah, Dr Idham,  ke Langkawi untuk membuat kajian lapangan di sekirar Gunung Raya dan Pantai Chenang. 

Sha, salah seorang pelajar ditugaskan untuk memilih tempat pengidapan. Sesampainya pelajar dan pensyarah tersebut ke tempat yang dinyatakan, mereka jadi terkejut. 

Tempatnya adalah indah khabar dari rupa. Lobi kosong, tak ada kaunter daftar pertanyaan, dan tak ada penyambut tetamu. Yang hanya cuma chandelier yang hampir runtuh serta lantai berhabuk dipenuhi dedaunan kering dan juga tampalan iklan di setiap sudut dinding lobi. Manusia jangan cakaplah... langsung tak kelihatan.


Dr. Idham menyuruh pelajarnya melihat bilik terlebih dahulu. Sebelum ke lif, mereka melalui sebuah kolam renang di bahagian kiri. Keadaan kolam agak kotor dan berlumut, daun kering berselerak dan berlalang di sekitarnya. Di sebelah kanan pula ada sebuah gym yang juga penuh dengan daun kering dan habuk tebal. Di sebelah lif pula terdapat sebuah cafe usang dengan cermin yang kotor dan dedaunan kering berselerakan. Bagaimana daun kering boleh ada di dalam cafe itu sedangkan cerminnya tertutup rapat? Ianya menimbulkan tanda tanya.

Lif juga sangat usang dan hanya berhenti di tingkat yang tertentu. Mereka ke tingkat 10 untuk melihat bilik 1005. Biliknya jauh daripada lif. Sha dan rakan-rakan perempuannya yang lain memilih bilik 1107 di tingkat 11 kerana dekat dengan lif.

Sebaik memasuki bilik 1107, mereka terbau seakan bau bunga cempaka diselangi dengan bau hanyir ikan yang meloyakan. Lantainya berhabuk seperti tiada sesiapa yang menginap sebelum mereka. Mempunyai 1 master bedroom dan dua bilik tidur bersaiz sederhana. Lengkap juga dengan dapur dan dua bilik mandi tetapi ada kesan darah di dalam tab mandi.

[Bersambung]

December 15, 2016

SINOPSIS SIRAT AL-MUSTAQEEM [MAYA HD]

5:59 PM 0
SINOPSIS SIRAT AL-MUSTAQEEM [MAYA HD]
SINOPSIS SIRAT AL-MUSTAQEEM [MAYA HD] - Assalamualaikum wbt. Sempena Maulidur Rasul haritu, Astro Maya ada menayangkan satu drama khas bertajuk Sirat Al-Mustaqeem. Skrip dan idea asal adalah daripada abang saudara aku sendiri iaitu Ikhwan Sha. Pengarah pula adalah Osman Ali.

Bagi aku cerita ni korang perlu tengok dalam keadaan yang sedar dan normal. Aku masa layan drama ni adalah dibawah pengaruh ubat, so aku tak berapa nak faham. Yang aku tahu konsep cerita itu je.


JUDUL : SIRAT AL-MUSTAQEEM
GENRE : Drama, Islamik
PENGARAH : Osman Ali
SKRIP / IDEA ASAL : Ikhwan Sha
PENERBIT : NUANSA
PELAKON : Beto Kusyairy, Izara Aishah, Namron, Hasnul Rahmat & Talha

SINOPSIS
Kisah yang mempunyai pelbagai konflik. Raden (Beto Kusyairy), pelajar dari aliran Syariah Islam telah memasuki kelas Profesor Adam (Hasnul Rahmat), dimana Profesor Adam mengajar tentang Falsafah Kemanusiaan. Di kelasnya, Profesor Adam hanya bercerita tentang logik akal manusia, dimana konsep pembelajarannya seolah telah "membuang Tuhan". Raden yang tidak setuju dengan konsep itu mencabar dirinya untuk menyedarkan Profesor Adam tentang konsep ketuhanan. Namun, setelah Raden berjaya, dia telah riak tanpa sedar.

Disebalik kisah Raden dan Adam, timbul kisah dimana Eka (Izara Aishah) dan Megat (Talha) yang menghantar ibu mereka ke rumah orang-orang tua. Megat terlalu sibuk dengan urusan dunia dan langsung tidak mempercayai kewujudan Allah SWT. Eka yang merupakan pelajar kelas Profesor Adam rupanya telah menjalinkan hubungan sulit dengan Adam sehingga dia mengandung.


Ustaz Muhammad pula, seorang ustaz terkenal yang sentiasa mengenakan bayaran yang mahal setiapkali ada panggilan untuknya memberi ceramah. Di mulutnya, Ustaz Muhammad mengatakan tujuannya berceramah adalah kerana Allah, namun hakikatnya, Ustaz Muhammad telah tersasar dari niat murninya. Oleh kerana kealpaannya, Ustaz Muhammad telah diuji.

Cerita ni hanya highlight betapa besarnya kita, kita hanya hamba Allah SWT. Bila Allah SWT dah berikan kesenangan dan ilmu, jangan teruk takbur. Itulah yang dapat aku rungkai sikit. Sekian.

December 14, 2016

Giveaway Hand & Body Lotion By Suriaamanda

7:20 PM 1
Giveaway Hand & Body Lotion By Suriaamanda
GIVEAWAY HAND & BODY LOTION by SURIAAMANDA - Assalamualaikum wbt. Dah lama tak join giveaway mana-mana. Almaklumlah kesibukan plus sekarang TM bermasalah sikit. Streamyx hampir seminggu tak berfungsi dengan baik tau. Hanginnnn jugak la hakakkk. So, bila Kak Suria a.k.a Kak Parizan dah buat giveaway, tiba-tiba rasa nak join walaupun dah last minute. Good luck for me!


Klik banner untuk join ye sayang-sayang hakakkk :)

KENALI SIAPAKAH LIZZIE VELASQUEZ

6:46 PM 0
KENALI SIAPAKAH LIZZIE VELASQUEZ
KENALI SIAPAKAH LIZZIE VELASQUEZ - Assalamualaikum wbt. Siapa kenal dengan Lizzie Velasquez? Dia ni seorang insan istimewa yang mempunyai ibubapa yang normal. Sungguhpun begitu, ibubapa Lizzie tidak pernah mengabaikan Lizzie malah sentiasa memberikan sokongan moral.

Kenapa tiba-tiba Lizzie ni jadi popular? Jujurnya aku pun tak kenal dengan insan bernama Lizzie ni sampailah ramai share pasal meme/poster troll menggunakan nama beliau. Kesian Lizzie ni, kerana wajahnya yang tidak berapa sempurna, orang jadikan ianya sebagai bahan jenaka.


Pada 2012, kisah Lizzie Velazques pernah menjadi sebuah kisah inspirasi. Dia pernah mendapat nama jolokon "Wanita Terhodoh Di Dunia" ketika masih bersekolah di sekolah menengah. Bukan itu saja, di dalam media sosial, ramai menggesa Lizzie untuk membunuh diri dan memanggilnya raksasa. Tetapi itu tidak mematahkan semangatnya.

Lizzie ada cita-cita, dia ingin menjadi pakar motivasi, ada karier dan keluarga sendiri.


Lizzie Velasquez dilahirkan secara pra-matang pada 13 mac 1989 di Austin, Texas, dan diagnosis sebagai Sindrom Marfan , satu gangguan genetik dari jaringan ikat. Ianya salah satu penyakit yang sangat-sangat jarang berlaku.

Lizzie juga tidak mempunyai lemak malah sukar untuk menyimpan tenaga di dalam tubuh badannya. Segala kejadian yang menimpa Lizzie tidak membuatnya putus asa.

Dia kini bergelar seorang penulis buku dan pakar motivasi! Hebat kan?

Kisah Lizzie Velasquez ni memberi inspirasi pada aku yang selalu down bila aku rasa aku ni tak lawa especially bila aku berdiri dikalangan yang lawa-lawa. Baru aku tahu nikmat bersyukur, tubuh aku sempurna, cuma cacat sikit di tangan. Kalau Lizzie boleh menghadap dunia, kenapa tidak aku?

Semoga Lizzie Velasquez ini makin berjaya sebab dia sangat positif orangnya.

December 11, 2016

PELAKON VETERAN ZAKARIA YUSOF MENINGGAL DUNIA

3:25 PM 2
PELAKON VETERAN ZAKARIA YUSOF MENINGGAL DUNIA
PELAKON VETERAN ZAKARIA YUSOF MENINGGAL DUNIA - Assalamualaikum wbt. Pelakon veteran yang terkenal dalam drama 80an - 90an, Zakaria Yusof atau ada yang menggelarnya Zakaria Cina (65), telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 6:45pagi tadi di HKL.


Arwah mengalami komplikasi jangkitan paru-paru, buah pinggang dan jantung. Sebelumnya arwah baru pulang dari mengerjakan umrah pada Rabu lepas. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi isterinya.

Semoga arwah ditempatkan bersama hamba-hamba yang dikasihi Allah SWT. Al-Fatihah.

December 07, 2016

RESEPI TELUR SOTONG GORENG KUNYIT MUDAH

6:18 PM 2
RESEPI TELUR SOTONG GORENG KUNYIT MUDAH
RESEPI TELUR SOTONG GORENG KUNYIT MUDAH - Assalamualaikum wbt. Ada satu hari tu mama beli telur sotong dengan telur ikan mayong. Tapi aku rasa bersalah sebab aku masak tak sedap. Well, aku tiada kemahiran dalam memasak telur-telur haiwan ni kecuali telur ayam. So, apa yang aku masak tu macam terbuang begitu saja. Dah tak boleh alter lagi dah.

Then, baru-baru ni Mama repeat beli telur ikan mayong dengan telur sotong. Aku memang angkat tangan awal-awal untuk masak. Telur mayong tu mama buat kari, telur sotong pulak goreng kunyit. Kedua-dua jenis telur ni mama perap dengan asam keping, kalau tak perap hanyir dia lain macam. Itulah kesalahan aku sebenarnya. Lupa nak perap dengan asam. So, rasa hanyir.

Lepas tu, telur sotong ni kalau basuh, jangan kasar-kasar, cepat sangat pecah.. stress hakakkk..

MANA NAK BELI TELUR SOTONG & TELUR IKAN MAYONG? 
MAMA ORDER KAT SINI : NUR JANNAH ABDULLAH


RESEPI TELUR SOTONG GORENG KUNYIT MUDAH
Bahan-bahan :
Telur sotong - diperap dengan asam keping seketika, basuh dan toskan
Bawang besar - mayang kasar
Cili merah - mayang kasar
Garam
Serbuk kunyit

Cara-cara :
Perap telur sotong yang ditoskan bersama garam dan serbuk kunyit sebentar. Kemudian panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang dan cili merah. Biarkan sehingga sedikit layu dan masukkan telur sotong.

Walaupun simple sangat masak telur sotong ni, tapi kesabaran harus tinggi. Hadoiiilaaa.. Selamat mencuba !

INILAH WAJAH KEMBAR ILYA SENARIO

3:08 PM 4
INILAH WAJAH KEMBAR ILYA SENARIO
INILAH WAJAH KEMBAR ILYA SENARIO - Assalamualaikum wbt. Aku membesar dengan lawak-lawak Senario sebenarnya. Kumpulan ini dikenali selepas pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan. Siapa ingat lagi cerita tu?

Dulu takde undi-undi SMS , segalanya hak mutlak seorang juri. Oh ya, siapa kenal dengan Pak Ya atauy Ilya Senario? Last aku tengok Pak Ya ni masa join Maharaja Lawak Mega (MLM). Lepas tu Pak Ya tarik diri.

Rupa-rupanya, Pak Ya ada saudara kembar yang seiras dengannya. Kalau sekali tengok memang confused mana satu Pakya. Saudara Pakya adalah seorang guru.



Agak-agak korang boleh teka mana satu Pak Ya tak?

Nak tergelak baca komen bila cakap yang muka serius tu mesti kembar Pak Ya sebab dia seorang guru. Guru kan jenis muka serius je. Amboiiii confident bebenar kau ye? hihi.. Bestnya kalau ada saudara kembar kan??

Cheers.

ARNICA COMP GEL : BANTUAN MENYURUTKAN BENGKAK FISTULA

9:39 AM 2
ARNICA COMP GEL : BANTUAN MENYURUTKAN BENGKAK FISTULA
ARNICA COMP GEL : BANTUAN MENYURUTKAN BENGKAK FISTULA - Assalamualaikum wbt. Tak selalu pun aku buat entri pasal medical ni sebab aku tak berapa minat. Tapi, saja nak share sebab taknak lah tangan orang senasib dengan aku jadi membengkak macam bumper jalan.

Aku derita tau bila fistula aku membengkak. Bila membengkak, kulit jadi nipis. Semalam, kulit aku terkoyak sikit, seterusnya bleeding agak teruk selepas dialisis. Down jugak aku bila darah tak berhenti. Jadi, siapa-siapa yang ada keluarga atau diri sendiri yang pakai fistula, mungkin info ini boleh membantu.

Arnica adalah sejenis tumbuhan seperti bunga daisy yang tumbuh banyak di Eropah, Utara United State dan Asia Timur. Ianya digunakan dengan sangat meluas di negara-negara barat sebagai salah satu Kit Kecemasan untuk merawat hampir segala jenis kecederaan.

KEBAIKAN ARNICA COMP GEL (50g)
💧 Menghentikan darah pada luka dengan cepat
💧 Menyurutkan bengkak
💧 Terseliuh @ arthritis
💧 Ekzema
💧 Jerawat
💧 Bibir pecah
💧 Melecur, melepuh dan melecet
💧 Sunburn dan lain-lain lagi 

*Juga sesuai digunakan untuk bayi (penggunaan luar SAHAJA)

HARGA : RM45

Aku memang ada rasa kesal dan terkilan sikit la sebab aku baru tahu kewujudan Arnica ni. Which mean, aku punya bengkak kat tangan dah jadi sangat teruk baru aku tahu tentang Arnica. Aku cuba pakai, alhamdulillah surut sikit bengkak. Aku tak expect lebih dan mustahil tangan aku akan kembali normal sebab dah memang terjadi kecacatan disitu sebab aku mencegah agak lambat.

Oh ya, Arnica Gel ni agak mahal jugak kat farmasi. Memang berkira sangat nak beli setiap bulan. Harga dia boleh buat makan dua hari. Tapi dah terdesak, aku korbankanlah jugak sikit duit untuk beli Arnica Gel.

Semoga bermanfaat.

December 05, 2016

RESEPI TELUR BISTIK SANGAT SIMPLE

5:35 PM 1
RESEPI TELUR BISTIK SANGAT SIMPLE
RESEPI TELUR BISTIK SANGAT SIMPLE - Assalamualaikum wbt. Aku kembali lagi! Haha.. tadi masak ayam lemak cili api lagi, sekali dengan bendi goreng belacan. Aku tengok pun dah jemu tapi itu je yang buat aku selera untuk makan.

Untuk adik-adik aku, aku masakkan depa Telur Bistik. Adik-adik aku yang hero tak berapa gemar masak lemak, so sebab aku ni jenis kesian punya manusia, aku masak je la lauk simple tu untuk adik-adik aku.


RESEPI TELUR BISTIK SANGAT SIMPLE
Bahan-bahan :
2 biji telur - digoreng mata kerbau

Bahan-bahan sos :
1 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 bawang besar - dimayang halus
2 batang sosej - dipotong kecil
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

Cara-cara :
Panaskan 2 sudu minyak dan tumiskan bawang, kemudian masukkan sosej dan air. Diikuti dengan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pekat sedikit. Tuangkan sos atas telur. Siap.

Selamat mencuba !

AZHARINA JUARA GEGAR VAGANZA 2016

8:58 AM 4
AZHARINA JUARA GEGAR VAGANZA 2016
AZHARINA JUARA GEGAR VAGANZA 2016 - Assalamualaikum wbt. Dah tutup tirai dah Gegar Vaganza 2016. Dengar cerita tahun depan ada lagi.............. eh betul ke? Tengokkan jelah kan? Harap kalau ada pun janganlah wujud drama-drama murahan. Orang nak tengok pertandingan, bukan drama bak kata Kak Ogy.

So, siapa pemenang bagi musim ni? Sedia tahu, juara bagi Gegar Vaganza 2016 adalah Azharina. Tapi ramai yang tak puas hati sebab Azharina dapat lagu yang memang 'makanan' untuk dia. Apapun, mungkin rezeki Azharina sebagai ibu tunggal. Sama nasib macam Siti Nordiana dulu. Kekuatan mereka adalah anak mereka. Tahniah diucapkan pada Azharina.


HADIAH PERTAMA
(Azharina)
Wang tunai RM100,000,
Sebidang tanah lot banglo
Pakej percutian ke Eropah
Trofi dan peluang rakaman sebuah single terbaru terbitan Astro.


Siti Sarah pula berjaya memenangi tempat kedua serta Anugerah Persembahan Pilihan Penonton dengan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM5000.

Zarul Umbrella pula ditempat ketiga, Ameng ditempat keempat, Intan Sarafina ditempat kelima dan Gmie Screen ditempat yang keenam.

**********************************

HADIAH KEDUA
(Siti Sarah)
Wang tunai bernilai RM50,000 
Sebidang tanah lot
Trofi serta pakej percutian

**********************************

HADIAH KETIGA
(Zarul Umbrella)
Wang tunai berjumlah RM30,000
 sebidang tanah lot
Trofi  serta pakej percutian

**********************************

HADIAH KEEMPAT
(Ameng Spring)
Wang tunai bernilai RM15,000
Trofi dan pakej percutian

**********************************

HADIAH KELIMA
(Intan Sarafina)
Wang tunai bernilai RM10,000
Trofi

**********************************

HADIAH KEENAM
(Gmie Screen)
Wang tunai bernilai RM5,000
Trofi

**********************************

Tahniah kepada pemenang. Untung tau nyanyi pun dapat tanah lot. *mood dengki is ON* .. Haha! Dah rezeki kan? Rezeki manusia ni takde siapa yang tahu. Apapun, mujur dah habis Gegar Vaganza 2016 ni, kalau tak adik aku asyik cerita pasal G-mie je. Hahhahaa! Peminat tegar mat jowo tau!

Sekian.

December 02, 2016

SINOPSIS DAN REVIEW | FILEM TAG (RIARU ONIGOKKO) : DNA DIAMBIL UNTUK DIJADIKAN WATAK GAME

11:09 PM 2
SINOPSIS DAN REVIEW | FILEM TAG (RIARU ONIGOKKO) : DNA DIAMBIL UNTUK DIJADIKAN WATAK GAME
SINOPSIS DAN REVIEW | FILEM TAG (RIARU ONIGOKKO) : DNA DIAMBIL UNTUK DIJADIKAN WATAK GAME - Assalamualaikum wbt. Sedari bosan bila takde job, memang melayan movie je la kalau ada masa. Movie yang baru aku tengok ni agak rare dan jarang orang buat filem seumpama ni.

Kalau kaki game Jepun, mungkin faham lah jalan cerita filem ni kot? Aku dengan tuan suami hampir naik angin sebab tak sampai-sampai klimaks filem ni, tapi gigih jugak menonton sehingga akhir. Puas nak faham betul-betul especially kenapa watak utama itu bunuh diri.


JUDUL : TAG (RIARU ONIGOKKO)
TARIKH TAYANGAN : 11 July 2015
GENRE : Seram, Misteri, Suspen
PENGARAH : Sion Sono
PELAKON : Reina Triendl, Mariko Shinoda, Erina Mano & Yuki Sakurai

SINOPSIS TAG (RIARU ONIGOKKO)
Di dalam sebuah bas, seorang gadis bernama Mitsuko (Riena Triendl) sedang menulis puisi. Selain Mitsuko, turut bersama ada di dalam bas adalah pelajar-pelajar dari sekolah perempuan. Ketika Mitsuko tengah kusyuk menulis puisi, kawan sekolahnya menarik buku puisi Mitsuko dan pen dia terjatuh. Mitsuko ingin mengambil semula pen yang jatuh itu, dan apabila dia bangun, dia sedar bahawa separuh tubuh dan bas telah hilang!

Mitsuko


Mitsuko yang ketakutan berlari sehingga ke dalam hutan. Selepas itu Mitsuko terhenti di Sekolah Jenis Perempuan dan sahabat baiknya Aki (Yuki Sakurai) menyapanya. Dalam ketakutan dan keliru, Mitsuko bertanya Aki adakah dia bersekolah di sana? Bagi sahabatnya yang lain, Mitsuko telah hilang ingatan.

Konflik terus terjadi apabila guru-guru di sekolah itu menembak semua murid-murid yang ada. Mitsuko terus berlari dan tiba di sebuah bandar. Di situ, dia berjumpa dengan seorang wanita dan wanita tersebut memanggilnya dengan nama Keiko (Mariko Shinoda). Dia semakin keliru. Pada masa yang sama, Mitsuko telah bertukar rupa menjadi Keiko dan pada hari itu, Keiko akan berkahwin.

Keiko

Semasa memasuki gereja, Keiko berhadapan dengan wanita-wanita yang tiba-tiba membulinya, dan pasangannya untuk berkahwin adalah seorang lelaki berkepala babi. Ketika ini, Keiko menjadi kejam dan membunuh lelaki berkepala babi itu dan semua wanita yang berada di dalam gereja. Kemudian dia terus berlari dan seterusnya ada seorang wanita memanggilnya dengan nama Izumi (Erina Mano).


Izumi

Mitsuko semakin tidak keruan siapakah dirinya yang sebenar. Dalam diri seorang Izumi, dia adalah seorang pelari. Izumi meneruskan pelarian dan dia menyedari bahawa guru-guru sekolahnya serta lelaki berkepala babi tadi mengejarnya. Izumi berlari sehingga menuju ke sebuah gua. Di dalam gua tersebut , Izumi ternampak Aki memanggilnya. Aki membawa Izumi kepada sekelompok pelajar yang sebenarnya telah mati. Kemudian, seorang lagi wanita menyerupai Aki ingin membantu Izumi untuk sedar bahawa dia bukan Izumi tetapi Mitsuko!

Setelah pelbagai adegan, akhirnya Mitsuko berjumpa dengan orang yang memporak-perandakan keadaan dirinya. Disitu, Mitsuko diberitahu bahawa dirinya dan kawan-kawannya telah mati dan sampel DNA mereka diambil untuk mewujudkan watak dalam GAME.


REVIEW TAG (RIARU ONIGOKKO)
Cerita ni agak complicated dan memeningkan jugak sebenarnya. Korang akan jadi confuse dan tension kalau korang bukan jenis penyabar.

Berdasarkan filem ini, yang aku faham adalah apa yang kita tonton itu sebenarnya sebuah GAME! Maknanya kes dalam bas tu adalah Level 1, kena tembak kat sekolah adalah Level 2, jadi Keiko di Level 3, dan jadi Izumi di Level 4.

Filem ni macam anti-klimax, kena tengok banyak kali baru macam faham.

AMARAN : 
KALAU KORANG JENIS CEPAT SAKIT KEPALA, DILARANG MENONTON.

BERKONGSI ILMU DAN REZEKI AMALAN MULIA

11:01 AM 1
BERKONGSI ILMU DAN REZEKI AMALAN MULIA
BERKONGSI ILMU DAN REZEKI AMALAN MULIA - Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat. Semoga hari-hari kita seterusnya sentiasa diberkati. Aku terdetik nak berkongsi tentang perkongsian ilmu dan rezeki. Ada antara kita hanya suka 'menyimpan' rezeki dan ilmu hanya untuk dia. Sedangkan semuanya milik Allah SWT.

BAB ILMU
Alhamdulillah, sepanjang aku menjadi blogger, ramai blogger-blogger berpangkat 'kakak' yang sudi memberi aku ilmu. Dari ilmu yang mereka curahkan pada aku, rezeki aku bertambah. Mereka tidak kedekut langsung. Semoga pahala mencurah-curah pada mereka yang tidak kedekut ilmu ini.

Yang kedua, aku sangat mengkagumi etika Maklang aku, Puan Mahanom Mohammad. Walaupun dulu aku ada krisis dengan dia, tetapi dia banyak membantu aku. Dia suka berkongsi ilmu bermanfaat mengenai storytelling  atau penulisan pada aku. Aku bersyukur Allah SWT hantar orang-orang begini pada aku.

Untuk pengetahuan, yang memberi aku ilmu adalah orang-orang yang sentiasa tak sependapat dengan aku. Tapi aku terima, sebab aku percaya semua ada hikmah.


BAB REZEKI
Seorang blogger, sentiasa membantu aku. Walaupun pageview aku takdelah kencang sangat, tapi dia tidak lokek berkongsi rezeki. Dia tahu aku susah untuk kerja, maka dia sentiasa memberi aku ruang andai dia ada 'job'.

Semoga Allah SWT sentiasa memuliakan mereka-mereka yang banyak membantu dalam berkongsi ilmu dan rezeki pada aku, juga orang-orang yang memerlukan.

Sekian.

December 01, 2016

SINOPSIS KALIFORNIA (1993) : PEMBUNUH BERSIRI YANG PSIKO

6:58 PM 1
SINOPSIS KALIFORNIA (1993) : PEMBUNUH BERSIRI YANG PSIKO
SINOPSIS KALIFORNIA (1993) : PEMBUNUH BERSIRI YANG PSIKO - Assalamualaikum wbt. Aku ni jarang la jugak nak layan citer omputeh lama-lama ni kecuali kalau pelakon dia macam comel ke macam ensem ke, barulah ada hati nak tengok.

Selalu layan cerita yang ada Bruce Willis je. By the way, aritu aku sempat tengok cerita Kalifornia. Lama cerita ni, Brad Pitt pun masa ni macam tak ensem je, serabai. Filem ni released pada 1993, which that time aku baru berumur 3 tahun !


JUDUL : KALIFORNIA (1993)
PENGARAH : Dominic Sena
GENRE : Jenayah, Drama, Aksi
PELAKON : Brad Pitt, Juliette Lewis, David Duchovny & Michelle Forbes

SINOPSIS
Brian Kessler (David Duchovny), adalah seorang wartawan penyelidikan tentang pembunuh bersiri dan mempunyai seorang teman wanita bernama Carrie Laughlin (Michelle Forbes), yang merupakan seorang jurugambar. Mereka berdua ditugaskan untuk membuat penyilidikan tentang lokasi pembunuhan di California.

Sementara itu, seorang banduan psiko yang telah dibebaskan dari penjara iaitu Early Grayce (Brad Pitt), telah kehilangan pekerjaan. Disamping itu, dia memiliki seorang teman wanita yang bersifat kebudak-budakan, Adele Corners (Juliette Lewis).


Pasangan wartawan tadi berjumpa dengan Early dan mereka berkongsi kenderaan ke California. Tanpa Brian dan Carrie sedar, yang bersama mereka adalah seorang pembunuh. Sepanjang perjalanan, Early telah membunuh sekurang-kurangnya 4 orang.

************************************************

REVIEW
Bagi aku, filem ni memang menarik dan takdelah macam thrill sangat. Cuma tak puas hati dengan klimaks cerita je. Especially bila girlfriend si Early ni mati. Aku suka watak dia yang manja-manja comel-comel tu.

Sekian.