TUDUNG BERZIP NORA DANISH SANGAT KELAKAR - Monolog Aku Cuma Di Kiri

November 22, 2016

TUDUNG BERZIP NORA DANISH SANGAT KELAKAR

TUDUNG BERZIP NORA DANISH SANGAT KELAKAR - Assalamualaikum wbt. Kalau adik ipar aku tak bagitahu, aku pun tak tahu pasal tudung terbaru rekaan kakak kepada Nora Danish yang diberi nama Owl EZip ni. Memang sekali pandang kelakar jugaklah design tudung ni, tapi bila perati, cantik jugak sebenarnya.

Cuma biasalah netizen, membahan atau troll tu seolah wajib je kan?


Bagi aku best jugak design ni. Contoh kalau korang ada kat tempat public ke atau dalam public transport, senang la nak tido tanpa rasa terganggu atau malu. Ada setengah orang bila dia tido terus hilang kecantikan dia, dengan ternganga bagai kan? Atas sebab itulah yang menjadi inspirasi dalam penciptaan design ini.

Walaupun macam tu, kalau jenis muka tak berapa semenggah macam aku ni, seriously aku takde keyakinan nak pakai. Aku rasa kalau aku pakai nampak macam tak berapa lawa. Nora Danish pakai nampak cantik je sebab dia memang cantik. Hihi

Kalau korang sudi ke pakai? Meh komen meh....

2 comments:

  1. desingan ngan warna dah cantik tp aku tak gamak nk zipkan .. haahhaha

    ReplyDelete
  2. Ada juga baca tentang tudung berzip ND ni. Kalau akak pun, tak sangguplah nak zip habis. Biarlah tidur ternganga mulut. Lain macam pulak bila kena tutup semua. Dah macam dalam cerita cult omputih pulak!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.