THE CRUCIBLE @ SILENCED (KOREA) : SEBUAH KISAH BENAR TENTANG MANGSA JENAYAH PEDOPHILIA

SILENCED (KOREA) : SEBUAH KISAH BENAR TENTANG MANGSA JENAYAH PEDOPHILIA - Assalamualaikum wbt. Sebelum ini, ramai yang update mengatakan cerita Train To Busan adalah filem yang menyedihkan. Lepas tu timbul pulak cerita Sunk Into The Womb yang mengisahkan tentang dua beradik yang ditinggalkan ibu di dalam rumah sendiri tanpa makanan yang cukup.

Aku tak tengok Train To Busan so aku tak boleh nak judge apa-apa. Tapi cerita Sunk Into The Womb bagi aku tak berapa sedih sebab jalan ceritanya teramat slow sampai aku jadi blur dan terpaksa skip sehingga 10 minit terakhir.

Satu hari aku terbaca komen kat Facebook yang mention tentang cerita Silenced. Dan cerita ini berjaya buat aku jadi sebab dan bergenang airmata. It's based on a true story tau.


FILEM : THE CRUCIBLE @ SILENCED
GENRE : Asibility, Law & True Story
PENGARAH : Hwang Dong-Hyuk
PELAKON : Gong Yoo, Jung Yu-Mi, Kim Hyun Soo, Jung In-Seo, & Baek Seung-Hwan

SINOPSIS
Mengisahkan tentang kehidupan di sebuah sekolah yang bernama Ja Ae yang terletak di sebuah kawasan Gwangju, Korea Selatan.

Sekolah tersebut bukanlah sebuah sekolah biasa, tetapi ianya sekolah berasrama yang menempatkan kanak-kanak bisu dan pekak.

Sekolah itu adalah sekolah warisan turun temurun dan telah diwariskan kepada ahli keluarga dan dia telah menjadi pengetua di sekolah terbabit. Dia juga mempunyai seorang kembar yang menjadi penolong kanan.

Pengetua terbabit terkenal dengan sikap suka menderma dan baik hati manakala adiknya lebih pendiam. Disamping itu, seorang pemuda bernama Kang In Ho diundang untuk mengajar Pendidikan Seni kerana beliau memahami bahasa isyarat.

Awalnya, Kang In Ho menyangkakan bahawa sekolah itu mendapat reputasi terbaik namun sangkaannya meleset apabila dia mendapati ada dikalangan pelajar yang menghadapi trauma yang teruk.


Kang In Ho cuba menyiasat dan mendapat tahu bahawa Yoo Ri telah dirogol berulangkali oleh Pengetua dan kembarnya, serta seorang lagi guru kaki pukul. Yoo Ri tidak memahami apa-apa dan menurut saja dengan diberi upah duit untuk membeli biskut. Namun dia trauma kerana kemaluannya sentiasa berasa sakit.

Yeon-Do pula telah dirogol oleh Pengetua sekolah dalam keadaan terpaksa. Walaupun dia melarikan diri, dia tetap menjadi mangsa. Dia juga menyaksikan sahabatnya Yoo Ri menjadi mangsa rogol oleh pengetua mereka yang kejam.


Manakala seorang pelajar lelaki, iaitu Min-Soo, menjadi mangsa liwat dan pukul oleh Park Bo-Hyun. Bukan itu saja, adiknya juga turut diliwat dan mati. Min-Soo ingin menuntut bela atas kekejaman yang dilakukan oleh Park Bo-Hyun.


Kang In Ho yang mengetahui perkara itu berjanji akan membantu kanak-kanak malang itu untuk menuntut bela. Konflik berlaku kerana kuasa yang ada pada Pengetua sangat hebat dan dia mampu membayar orang-orang didalam mahkamah untuk menyelamatkan dirinya dan yang terlibat dalam penganiayaan kanak-kanak itu.

====================================================

Seriously aku tengok dua kali cerita ni masih rasa sebak. Sehingga 2011, mereka cuba untuk menuntut bela tetapi menemui jalan buntu. Penjenayah Pedofil terbabit masih bebas dengan gembira. Korang tengoklah, kot-kot aku je touching lebih kan?

Sekian.
THE CRUCIBLE @ SILENCED (KOREA) : SEBUAH KISAH BENAR TENTANG MANGSA JENAYAH PEDOPHILIA THE CRUCIBLE @ SILENCED (KOREA) : SEBUAH KISAH BENAR TENTANG MANGSA JENAYAH PEDOPHILIA Reviewed by Tunsha Ayunie on November 07, 2016 Rating: 5

3 comments

  1. Train to Busan dah tengok daaa... Cerita ni pun macam best jgk, nnti nak tengok lah.. Thanks for sharing (^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
  2. Cerita mcm ni kdg2 rasa mcm tak sanggup nak tengok.. klu cite hantu tu kdg2 lebih berani nk tengok dari cerita2 jenayah... tp mcm best ni....

    ReplyDelete
  3. baca sipnosis mcm best ....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.