SINOPSIS JEJAK KARMILA (SLOT ZEHRA TV3)

SINOPSIS JEJAK KARMILA (SLOT ZEHRA TV3) - Assalamualaikum wbt. Dah lama tak layan slot Zehra sejak aku tak tengok TV ni. Last tengok cerita Wadi. Dah berapa kurun dah tu? Tadi ternampak poster cerita terbaru arahan Murali Abdullah yang bertajuk Jejak Karmila. Tajuk pun dah macam memanggil aku supaya menonton sebab Kak Ogy ada.


JUDUL : JEJAK KARMILA
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
GENRE : Drama
TARIKH TAYANGAN : November 2016
HARI / MASA : Rabu hingga Jumaat, jam 9:00 malam
EPISOD PENUH : 13 episod
PELAKON : Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Redza Rosli dan Nasha Aziz.

SINOPSIS
Mengisahkan tentang penyatuan antara Suraya, Nonie dan Karmila. Pelbagai konflik yang menguji sejauh mana keimanan mereka dalam menghadapi ujian Allah SWT.

Kisah mengenai orang yang merana, tetapi yang hidup senang masih tidak mengsyukuri segala nikmat yang dikurniakan padanya. Kisah seorang adik yang cemburukan kakak sendiri hanya kerana seorang lelaki bernama Syed Haikal. Segalanya menjadi kacau bilau. Ketamakan Syed Haikal yang menginginkan kedua adik-beradik itu menambahkan segala konflik yang ada.

Konflik tidak berakhir di situ apabila perhubungan antara Syed Hamidi dan Karmila terbongkar.

Persoalannya siapa Karmila? Siapa wanita itu kepada gadis-gadis tadi? Dan siapa sebenarnya wanita itu dengan ayah mereka? 

Nantikan dalam slot Zehra ya?
SINOPSIS JEJAK KARMILA (SLOT ZEHRA TV3) SINOPSIS JEJAK KARMILA (SLOT ZEHRA TV3) Reviewed by Tunsha Ayunie on November 11, 2016 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.