REVIEW TRAIN TO BUSAN : KISAH ZOMBIE YANG MENYEDIHKAN

REVIEW TRAIN TO BUSAN : KISAH ZOMBIE YANG MENYEDIHKAN - Assalamualaikum wbt. Dulu kalau layan cerita Korea mesti kisah pasal cinta cintun je. Cerita cinta antara sikaya dan simiskin. Itu DULU la. Lepas tu macam dah lama tak layan cerita Korea.

Then tetiba melonjak cerita Train To Busan sampai jadi viral. Walaupun viral, aku tak ambik kisah pun sebab aku bukan minat sangat cerita zomba zombi ni. Seriously awalnya aku tak ambil tahu langsung pasal filem ni, sampailah satu tahap bila adik ipar aku cerita, aku jadi blurry. Maka, tercabar la ego aku lalu aku layankan. 

Bila dah start layan, terus rasa nak tengok sampai habis. Macam best je cerita ni. Memang best la pada pandangan aku. Sebab dari awal pun dah nampak dia punya trill.


FILEM : TRAIN TO BUSAN
GENRE : Horror, Thriller & Adventure
PENGARAH : Yeon Sang-Ho
PELAKON : Gong Yoo, Kim Su-Ahn, Jung Yu-Mi, Ma Dong-Seok, Kim Eui-Sung, Choi Woo-Sik, Ahn So-Hee, Jang Hyuk-Jin & Shim Eun-Kyung

SINOPSIS
Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Seok-Woo, seorang Pengurus Kewangan yang menetap di Seoul, Korea. Dia telah berpisah dengan isterinya. Sebagai hadiah harijadi, anaknya Soo-An telah meminta untuk bertemu ibunya. Tanpa menolak, Seok-Woo bersetuju dan keesokan harinya mereka menaiki keretapi ke Busan.

Namun kejadian tidak disangkakan berlaku di dalam keretapi apabila muncul seorang gadis yang telah diracuni dengan virus yang menyebabkan orang yang dijangkiti akan menjadi zombie. Perkara menjadi lebih huru hara apabila pembantu keretapi itu pula yang dijangkiti setelah digigit. Seorang demi seorang mangsa dijangkiti virus itu sehingga merebak ke seluruh bandar Seoul.

REVIEW
Seriously dari beginning aku tak rasa bosan menonton cerita ni. Aku pernah juga baca review tentang babak sedih yang wujud dalam filem Train To Busan. Dan aku akui, memang ada babak sedih yang buat aku sebak.

Dalam cerita ni ada dua hero tau. Gong-Yoo adalah watak utama, disamping hero kedua adalah watak yang dipegang oleh Ma Dong-Seok. Cuma bagi aku watak Ma Dong-Seok yang cuba menyelamatkan penumpang dan terlalu sayangkan isteri tu merupakan kredit untuk filem ni. Sebab aku start sedih part yang tu.

Dan aku rasa macam nak repeat tengok lagi. So siapa yang rasa cerita tu bosan sebab tajuk dia TRAIN TO BUSAN, sebenarnya cerita dia taklah bosan pun. Selamat menonton!
REVIEW TRAIN TO BUSAN : KISAH ZOMBIE YANG MENYEDIHKAN REVIEW TRAIN TO BUSAN : KISAH ZOMBIE YANG MENYEDIHKAN Reviewed by Tunsha Ayunie on November 17, 2016 Rating: 5

1 comment

  1. Kahkahkah! Nak gelak akak kalau ada orang kata cerita ni bosan sebab tajuknya ada 'Busan'.

    Akak suka apa cerita zombie ni. Zombie ni walaupun dungu tapi seronok ditonton! Tapi zombie Korea memang hebatlah, siap ada simpan perasaan lagi sebelum betul-betul jadi zombie! Nak mati pun tak payah susah-susah nak aim. Sekeh aje, jatuhlah tergolek ^_^

    Anyway, akak rasa cerita ni memang best. Memang belum pernah lagi tengok cerita zombie boleh fefeeling sedih di akhirnya!

    Bak kata anak akak yang 5 tahun tu ~ kesiaannnnnn Daddy dia...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.