RESEPI TURON NA SAGING (POPIA PISANG BERKARAMEL) - Monolog Aku Cuma Di Kiri

November 01, 2016

RESEPI TURON NA SAGING (POPIA PISANG BERKARAMEL)

RESEPI TURON NA SAGING (POPIA PISANG BERKARAMEL) - Assalamualaikum wbt. Bersua lagi dalam akak gojes punya resepi. Hihi. Sebenarnya kan, jenis aku memang suka sangat cuba makanan dari negara lain. Tapi mama selalu cakap aku suka masak benda pelik-pelik, padahal taklah pelik sangat! hahahhahaa --- ok hyperactive plak tetibe.

Pernah dengar nama Turon Na Saging? Kalau aku translate kat Google maksud dia adalah 'Pisang Tur'. Pisang tu aku tahu laaa. 'Tur' tu apa maksud dia? So aku andaikan ianya sejenis Popia Pisang Berkaramel based on bahan-bahan dia. Sangat mudah dan sedap. Boleh buat sebagai sarapan pagi atau minum petang. Oh ya, ini resepi Pinoy. Ada yang letak buah peach tapi aku tak letak.


RESEPI TURON NA SAGING (POPIA PISANG BERKARAMEL)
Bahan-bahan :
Kulit popia
Pisang - aku belah empat, tapi terpulang pada korang lah ye?
Gula perang @ brown sugar
Sedikit air sebagai pelekat

Cara-cara :
Susun seketul pisang dalam kulit popia, selepas itu taburkan gula perang di atas pisang. Gulung dan goreng. Makan panas-panas memang layan................

Tu je? A'ah... itu je. Senang sangat nak buat kan? Budak tadika pun mampu buat. Pisang yang aku guna tak tahulah pisang apa tapi ada rasa masam sikit-sikit. So bila letak gula perang tu, rasa masam pisang tu jadi balance dan sedap.

Selamat mencuba!

2 comments:

  1. manisnya .... saya pantang manis2 skrg ni tp nampak sedap rangup2

    ReplyDelete
  2. Simple je resepinya.. boleh cuba ni nanti.. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.