RESEPI SOTONG GORENG LADA HITAM BERCILI - Tunsha Ayunie Punya Belog

November 29, 2016

RESEPI SOTONG GORENG LADA HITAM BERCILI

RESEPI SOTONG GORENG LADA HITAM BERCILI - Assalamualaikum wbt. Apa habaq semua? Lama dah tak share resepi kan? Aku kebuntuan sampai hari-hari aku hanya dihuni dengan masakan masak lemak cili api dengan bendi goreng belacan je. Itu je yang sangat menyelerakan aku.

Tapi sebab nak masak untuk orang, takkan la nak ikut tekak kita. Oh lupa, hari Sabtu hingga Isnin aku ada dekat rumah Mama di Rawang. So kalau Mama malas masak, akulah yang ditugaskan untuk memasak. So, Isnin tu mama suruh je aku masak apa-apa. Tiba-tiba terjumpa sotong, apalagi........ jomlah projek masak sotong !


RESEPI SOTONG GORENG LADA HITAM BERCILI
Bahan-bahan :
5 ekor sotong saiz besar - siang, potong kecil, basuh, perap dengan garam & tos
1 labu bawang holland - belah 8
2 tangkai daun kari
6 biji cili kering - gunting kecil
2 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar
Sos tiram
Sedikit gula

( Kalau malas sangat, boleh je guna rempah instant BlackPepper Maggi)

Perhatian, sotong yang diperap dengan garam tadi sila basuh kembali dan tos semula. Tujuan taknak bagi masakan terlalu berair.

Cara-caranya :
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang holland, daun kari dan cili kering. Bila dah naik bau, terus masukkan sotong diikuti dengan lada hitam, sos tiram dan sedikit gula. Biar sehingga sotong masak. Siap.

*******************************************************************

Sebenarnya ada kisah sedih sikit waktu aku masak sotong ni. Aku lupa nak bilas semula sotong yang bergaram tu, lastly masakan aku terjadi terlalu masin. Dah rasa macam sotong jeruk dah. Haha ! So jangan lupa bilas kembali sotong tu dan tos ye?

Ini bukanlah kali pertama aku buat sotong ni. Sebelum ni buat memang marveles. Makan dengan nasi panas-panas. Kalau rasa nak kuah, buatlah sup kosong. Hihi.......... Selamat mencuba !

3 comments:

  1. Amboi masak! hihihihi...Sally dah lama x masak ni...manjang buat chinese food je...selera kearah sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun ilham dari kedai chinese Sha makan berkurun lama dulu... hihi

      Delete
  2. boleh try utk hubby ai tak suka sotong ...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.