November 21, 2016

RESEPI POPIA CRABSTICK CHEESE MUDAH DAN SEDAP

RESEPI POPIA CRABSTICK CHEESE MUDAH DAN SEDAP - Assalamualaikum wbt. Setelah sekian lama tengok orang asyik post makan popia cheese, hakakkk pun terpanggil untuk mencuba. Kisahnya viral dah lama, tapi sebab aku bukan dapat makan hari-hari, so masa aku limited sikit kat dapur.

Breakfast tadi ada peluang nak buat. Alhamdulillah, sedap sangat. Ehh terpuji diri sendiri plak. Kebetulan harini birthday Aboy dan dia memang penggemar cheese tegar, maka dialah yang makan paling banyak. Aku dah la buat sikit je, nak halang dia makan macam tak sampai hati pulak. So makanlah sayang... haha!


RESEPI POPIA CRABSTICK CHEESE MUDAH DAN SEDAP
Bahan-bahan :
Kulit popia - saiz sederhana
Cream cheese secukupnya
Crabstik - potong kecil atau cincang je
Daun bawang - hiris halus

*Optional
Serbuk cili @ black pepper seasoning

Cara-cara :
Lembutkan cream cheese. Kemudian masukkan crabstick dan daun bawang. Nak tambah ayam ke cendawan ke, pun boleh. Gaul bahan sampai rata. Ambil satu sudu inti, bungkus dalam kulit popia.

Kemudian, panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Disyorkan masa goreng api slow je ye? Nanti tak masak pulak isi dalam tu.

Dah goreng tu boleh tabur dengan serbuk cili atau black pepper seasoning. Makan dengan sos cili pun best. Selamat mencuba!

3 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.