RESEPI BIHUN GORENG PALING SEDAP DI DUNIA - Monolog Aku Cuma Di Kiri

November 02, 2016

RESEPI BIHUN GORENG PALING SEDAP DI DUNIA

RESEPI BIHUN GORENG PALING SEDAP DI DUNIA - Assalamualaikum wbt. Wahhhh tajuk resepi tu macam masuk bakul angkat sendiri je lagi. Sebenarnya kan, sepanjang hidup aku makan bihun goreng, versi mama aku je la yang aku rasa paling sedap. Sebab mama punya bihun goreng lain sikit dari yang aku biasa makan.

Rahsia resepi ni mungkin stok kulit udang.. Mama rebus kulit udang dan campur sekali ke dalam bihun. Aku tak suka bihun yang bertaugeh, dan mama memang jenis tak letak taugeh dalam bihun goreng. So aku saja nak share resepi sebab aku rasa ianya sedap. Hihi


RESEPI BIHUN GORENG PALING SEDAP DI DUNIA
Bahan-bahan :
1 paket bihun - rendam dalam air biar lembut dan toskan
Stok udang secukupnya - lebih kurang 2 mangkuk
Udang
Daging - potong kecil
Lobak merah - potong kecil
---------------------------------------------
Bahan kisar :
1 senduk nasi cili boh
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil taucu
Sedikit udang kering
---------------------------------------------
Bahan perasa :
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Gula & garam secukupnya

Cara-cara :
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan udang, daging, stok udang, sos dan perasakan dengan garam dan gula. Setelah mendidih, masukkan bihun, masak sehingga air menyerap pada bihun. Siap!

Variasi rasa dalam bihun goreng versi mama ni ada manis, pedas, & secukup rasa. Aku memang suka bihun goreng ada rasa manis pedas ni. Sayur korang boleh letak kobis atau sawi. Tapi kami adik beradik memang kurenggg sikit sayur hijau.

Selamat mencuba!

3 comments:

  1. Wah..sedap ni. Akak nak cubalah..

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba nanti ya. Sejujurnya Reen tak pandai masak meehun goreng. :)

    ReplyDelete
  3. Akak kalau masak bihun suka sayur lebih tapi anak2 tak gemar.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.