November 11, 2016

RESEPI BENDI GORENG BELACAN YANG SEDAP DI HATIKU

RESEPI BENDI GORENG BELACAN YANG SEDAP DI HATIKU - Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat. Baru beberapa hari tak update entri rasa macam suram je blog aku ni. Tengok template pun rasa jemu tapi takde mood pulak nak tukar-tukar. Coding memeningkan kepala.

Bendi goreng belacan ni, sedia tahu bahawa aku suka makan dengan ayam masak lemak cili api. Ada dua lauk ni aku makan memang bertambah. Haritu aku buat agak banyak sebab tuan suami memang gila bendi. Aku pun sama! hihi.

Tajuk begitu sebab aku rasa aku masak sedap. Aku memang suka show off dan perasan banyak, maafkanlah aku ye? Mehla aku nak ulang-tayang resepi ni.


RESEPI BENDI GORENG BELACAN YANG SEDAP DI HATIKU
Bahan-bahan :
20 batang bendi - dipotong kecil
(kisar @ tumbuk)
3 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
2 cubit ikan bilis
secubit belacan
sedikit garam dan gula
sedikit air

Cara-caranya :
Panaskan lebih kurang 5 sudu besar minyak, kemudian tumiskan bahan kisar tadi. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan bendi. (Jika tumbuk, letakkan sedikit air ke dalam bahan tumis).

Kecilkan api tutup sebentar dengan penutup kuali. Lebih kurang seminit, buka penutup dan gaul rata. Jika dah sedikit kering maka dah siap !

Hati-hati dengan garam, sebab belacan & ikan bilis dah masin. Selamat mencuba!

1 comment:

  1. Betul...memang sedap ni. Sy pernh masak macamni... Tp dah lama x mkn sayur bendi ni, terliur lah plak...

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.