PETUA KECUTKAN JERAWAT HANYA DENGAN BEDAK SEJUK

PETUA KECUTKAN JERAWAT HANYA DENGAN BEDAK SEJUK - Assalamualaikum wbt. Jerawat sememangnya musuh ketat bagi kaum wanita kan? Baru seketul tumbuh dah riuh sekampung. Aku ni memang dari muda zaman first period dulu jenis wajah yang tidak berjerawat. Malu sangat depa nak tumbuh atas muka aku ni. Disaat kekawan sekolah sibuk picit jerawat, aku hanya sibuk tengok je.

Sampailah aku dah kawin. Hormon suami isteri katanya. Lepas kawin je, jerawat mula aktif disana sini. Siap pakej blackhead & whitehead lagi. Perghh........ baru aku faham kenapa kekawan aku dulu meroyan bila jerawat tumbuh. Selain sakit, kita ni pulak bernafsu nak picit-picit. Lepas tu tinggallah parut jerawat disitu.


Zaman arwah opah masih hidup, dia memang tepek bedak sejuk je. Lepas mandi, solat subuh, dia akan tepek bedak sejuk. Sebelum tidur pun tepek bedak sejuk lagi. Memang licinlah kulit arwah. Aku tak pernah praktikkan bedak sejuk ni sampailah keadaan memaksa aku.

Bermula dari ruam panas yang hinggap ke muka, sehinggalah kisah jerawat tumbuh melata pada muka. Alhamdulillah, aku hanya campur bedak sejuk dengan air je. Tepek kat muka sampai tertido. Esok pagi bangun jerawat dah start kecut, muka pun licin semacam je.


Aku suka pakai tebal-tebal macam ni. Lepas kering tu habis berdebu atas katil. Haha ! Yang seronoknya sekarang aku obses gila dengan budak sejuk. Tuan suami yang belikan waktu aku down teruk sebab naik ruam satu muka haritu. Berkat kot suami belikan.

CARA AKU PAKAI BEDAK SEJUK
4 biji bedak sejuk (saiz besar) + beberapa titis air = biar pekat sikit.

Sapu pada muka dan biarkan kering. Lepas kering tu ratakan bedak seadanya. Kalau muka macam tepung komak pun takpe, dah nak tidur kan? So tidur jela dengan bedak sejuk tu. Bangun pagi nak mandi tu basuhlah, rasa refresh je muka korang. 

Ada orang tambah kulit kayu manis, tapi aku tak campur pun jerawat tetap kecut. Semoga entri ini memberi manfaat ye?

Cheers~
PETUA KECUTKAN JERAWAT HANYA DENGAN BEDAK SEJUK PETUA KECUTKAN JERAWAT HANYA DENGAN BEDAK SEJUK Reviewed by Tunsha Ayunie on November 19, 2016 Rating: 5

1 comment

  1. dulu2 rajin pakai skrg ni mls ... ank2 tkt haha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.