November 18, 2016

PETUA ANTI-KEDUTAN PADA WAJAH

PETUA ANTI-KEDUTAN PADA WAJAH - Assalamualaikum wbt. Siapa yang suka muka yang berkedut kan? Aku pun walaupun baru umur 26 tahun, muka dah nampak kedutan halus. Tak flawless langsung. Adakala down jugak, adakala okay je. Tua nanti pun berkedut jugak, lagipun aku dah kawin. Hahhaa ! (Ini kes pujuk diri sendiri).

So, mana muka yang tak berkedut atau risau kedutan dah start singgah tu bolehlah mengamalkan petua yang aku nak share ni. Petua ni menggunakan Vaseline. Seperti sedia tahu la kan, kalau bibir jenis crack, pakai Vaseline ni insyaAllah bibir tu nampak mungil seksi je.


BAHAN ANTI KEDUTAN PADA WAJAH
2 sudu kecil Vaseline (petroleum jelly)
1 sudu besar minyak zaitun atau minyak badam
1 biji telur kuning
1 sudu kecil madu

CARA MENYEDIAKAN BAHAN
Cairkan Vaseline di atas dapur (sekadar biarkan ianya cair). Kemudian letak dalam bekas. Campur dengan kuning telur, minyak zaitun dan madu. Sebatikan bahan. Biarkan selama 5 minit.

CARA PAKAI
Sementara itu, basuh muka sehingga bersih dan keringkan. Setelah 5 minit bolehlah oleskan bahan tadi ke muka dengan sapuan secara bulatan. Biarkan selama 30 minit dan tanggalkan masker tadi menggunakan tuala @ tisu basah.

Amalkan petua ni 3 kali seminggu ye. Selamat mencuba!

2 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.