PEMUDA YANG DITANGKAP AKIBAT SINDIKET ORGAN SEBENARNYA SEORANG PENAGIH DADAH ! - Monolog Aku Cuma Di Kiri

November 06, 2016

PEMUDA YANG DITANGKAP AKIBAT SINDIKET ORGAN SEBENARNYA SEORANG PENAGIH DADAH !

PEMUDA YANG DITANGKAP AKIBAT SINDIKET ORGAN SEBENARNYA SEORANG PENAGIH DADAH ! - Assalamualaikum wbt. Bila dah jadi viral, maka berebutlah orang macam aku nak buat cerita sensasi.  Hahaha! Ok, awal-awal aku minta maaf walahpun aku sahkan berita itu mungkin tidak betul.

Ini berkenaan post aku yang sebelum ni. Dikatakan sebuah lori ayam ditahan di sempadan Thailand dan polis menemui mayat kanak-kanak yang sudah ada kesan jahitan di tubuh mereka. Aku dengar kes tu berlaku kat Indonesia. Tak tahu lah apa cerita sebenarnya pasal kanak-kanak tu. Aku cuma harap ibubapa lebih berhati-hati sebab tak mustahil perkara sebegitu berlaku di kalangan kita.



Harini pulak aku tengok ramai share pasal pemuda yang kononnya ada kena mengena dengan kes sindiket pengambilan organ tempoh hari yang melibatkan kanak-kanak yang malang itu.

Alkisah lelaki ni adalah seorang penagih dadah yang cuba mencari kereta @ motosikal dan melarikan diri dari polis kat MRR2. Itulah alkisahnya, aku tak tahu lah kenapa muka pemuda tu macam kena pukul dengan teruk. Kesahihan cerita ni pulak macam ramai dah sahihkan. Wallahualam.

Sekian.

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.