November 11, 2016

PEMINAT ELLY MAZLEIN YANG TAKSUB

PEMINAT ELLY MAZLEIN YANG TAKSUB - Assalamualaikum wbt. Minggu lepas sediamaklum bahawa Elly Mazlein telah menarik diri daripada meneruskan pertandingan kerana terasa hati dengan komen Datuk Ramli MS yang baginya agak keterlaluan. Bagi aku biasa jela, perkataan belas ehsan tu pernah je Datuk Ramli pakai sebelum ni, tak silap aku kat Kilauan Emas ke kat Gegar Vaganza ntah.

Disebabkan hal demikian, peminat Elly Mazlein mula naik hantu dan menyerang akaun Datuk Ramli MS secara bertubi-tubi. Habis semua pekung yang tersimpan rapi menjadi intipati dalam komen maki-memaki tersebut. Hampir 3000+ jugaklah komen maki hamun Datuk Ramli MS disamping ada yang menyokong Datuk Ramli MS ni.


Mula-mula aku sangka kejap je, rupanya peminat masih tak boleh move-on sehingga semalam. Harini aku stalker nampak macam sendu laa ruangan komen di IG Tokram.

Kelakar pun ada, terlalu taksub dengan artis sampai tak boleh terima kenyataan walaupun kritikan itu membina. Aku bukanlah peminat atau haters Elly Mazlein, tapi kalau Elly ambil sudut yang positif, perkara macam ni takkan berlaku. Bukannya Tokram hentam kromo, ada jugak positif side yang dia komen sebenarnya. Takkanlah hari-hari nak mintak puji kan? Macam tak aci je pulak.....

Apapun, sudah-sudahlah peminat Elly Mazlein. KEMBALI KE DUNIA REALITI dari terus-terusan hidup di alam fantasi. Korang bukan dapat apa pun. Minat jangan sampai taksub, buruk padahnya tau !

1 comment:

  1. serius tak paham...hahahaha...Sally pun tak menangkan mana-mana pihak...tp...mmg over la situasi macam ni...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.