KISAH ALA MONA FANDEY BERULANG KEMBALI? - Tunsha Ayunie Punya Belog

November 07, 2016

KISAH ALA MONA FANDEY BERULANG KEMBALI?

KISAH ALA MONA FANDEY BERULANG KEMBALI? - Assalamualaikum wbt. Terbaca satu kisah ala-ala Mona Fandey. Sedih pulak, Mona Fandey dah arwah tapi masih dikaitkan akibat kes potong memotong yang terbaru kali ni.

Dah lama takde kisah kerat banyak-banyak ni. Terbaru di Muar, polis menerima sebuah panggilan dan bergegas ke lokasi. Pemilik rumah katanya terbau sesuatu yang busuk. Sepasukan polis menjumpai sekurang-kurangnya 5 plastik yang mengandungi keratan manusia dan kepala yang ditanam di berhampiran rumah terbabit.

Mungkin ada unsur cemburu dalam kes ini. Mangsa berkemungkinan seorang remaja lelaki berumur bawah 20 tahun. Wallaualam. Semoga si pelaku menerima balasan.


Bila kes macam ni, ramai yang kaitkan kembali dengan kes Mona Fandey. Pelbagai spekulasi yang timbul di ruangan komen Harian Metro tu. Apa yang sebenarnya terjadi, hanya Tuhan yang tahu kebenarannya.

Satu yang aku tertarik, kes Mona Fandey ni akibat nak test ilmu yang dia belajar. Dia kerat dengan harapan dia dapat sambungkan balik, tapi tak jadi pulak. Dah alang-alang terkerat tu, dia kerat je la terus. Itu yang aku baca je la.

Apapun, kita semua ada khilaf antara sedar atau tidak. Tapi, aku semakin takut hidup di dunia ini sebab makin hari, banyak sangat kes kejam yang berlaku. Semoga ianya tidak terjadi pada aku dan orang-orang yang aku sayang.

Sekian.

4 comments:

  1. Ya Allah kejam dunia skarang. Bahaya πŸ˜“
    https://mellyacrayola.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Adoii ! menakutkan... apalah yang tak kena tu kan

    ReplyDelete
  3. manusia semakin kejam ... hmmmm

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.