AL-FATIHAH BUAT AYAH UDE JEFRIN BADARUDDIN - Monolog Aku Cuma Di Kiri

November 03, 2016

AL-FATIHAH BUAT AYAH UDE JEFRIN BADARUDDIN

AL-FATIHAH BUAT AYAH UDE JEFRIN BADARUDDIN - Assalamualaikum wbt. Dalam pada aku bergelak ketawa, tanpa diduga bapa saudara aku terlibat dalam kemalangan ngeri di Batu 9, Simpang 3, Jalan Sitiawan-Taiping.


Kemalangan itu melibatkan motosikal, kereta dan lori. Ayah Ude dikatakan berlanggar dengan kereta jenis Honda dan terpelanting, dan terus digilis lori mengakibatkan badan dan kepala Ayah Ude cedera parah.

Kami semua sebenarnya tidak sempat tengok jasad arwah tapi aku jumpa dalam Facebook. Allahuakbar.... Sedih tak terungkap bila melihat tubuh yang separa hancur itu. Selalu aku tengok orang lain yang mengalami kemalangan ngeri ni. Tapi tak sangka, perkara terjadi pada darah daging sendiri.

Dah tiba masa Allah SWT mengambil Ayah Ude kembali. Semoga arwah tenang disana. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa Ayah Ude.


Rehatlah dengan tenang, Ayah Ude.
Jefrin Badarudin
1976 - 2016 .

Al-fatihah.

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.