11/1/16 - DARI JARI NOVELLA

November 29, 2016

RESEPI SOTONG GORENG LADA HITAM BERCILI

6:11 PM 3
RESEPI SOTONG GORENG LADA HITAM BERCILI
RESEPI SOTONG GORENG LADA HITAM BERCILI - Assalamualaikum wbt. Apa habaq semua? Lama dah tak share resepi kan? Aku kebuntuan sampai hari-hari aku hanya dihuni dengan masakan masak lemak cili api dengan bendi goreng belacan je. Itu je yang sangat menyelerakan aku.

Tapi sebab nak masak untuk orang, takkan la nak ikut tekak kita. Oh lupa, hari Sabtu hingga Isnin aku ada dekat rumah Mama di Rawang. So kalau Mama malas masak, akulah yang ditugaskan untuk memasak. So, Isnin tu mama suruh je aku masak apa-apa. Tiba-tiba terjumpa sotong, apalagi........ jomlah projek masak sotong !


RESEPI SOTONG GORENG LADA HITAM BERCILI
Bahan-bahan :
5 ekor sotong saiz besar - siang, potong kecil, basuh, perap dengan garam & tos
1 labu bawang holland - belah 8
2 tangkai daun kari
6 biji cili kering - gunting kecil
2 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar
Sos tiram
Sedikit gula

( Kalau malas sangat, boleh je guna rempah instant BlackPepper Maggi)

Perhatian, sotong yang diperap dengan garam tadi sila basuh kembali dan tos semula. Tujuan taknak bagi masakan terlalu berair.

Cara-caranya :
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang holland, daun kari dan cili kering. Bila dah naik bau, terus masukkan sotong diikuti dengan lada hitam, sos tiram dan sedikit gula. Biar sehingga sotong masak. Siap.

*******************************************************************

Sebenarnya ada kisah sedih sikit waktu aku masak sotong ni. Aku lupa nak bilas semula sotong yang bergaram tu, lastly masakan aku terjadi terlalu masin. Dah rasa macam sotong jeruk dah. Haha ! So jangan lupa bilas kembali sotong tu dan tos ye?

Ini bukanlah kali pertama aku buat sotong ni. Sebelum ni buat memang marveles. Makan dengan nasi panas-panas. Kalau rasa nak kuah, buatlah sup kosong. Hihi.......... Selamat mencuba !

November 28, 2016

GEGAR VAGANZA 3 : SENARAI LAGU KONSERT AKHIR

10:00 PM 1
GEGAR VAGANZA 3 : SENARAI LAGU KONSERT AKHIR
GEGAR VAGANZA 3 : SENARAI LAGU KONSERT AKHIR - Assalamualaikum wbt. Lama sungguh hakakkk tak menaip. Sekarang musim demam so aku jenis demam on-off. Oklah, back to basic, sekarang Gegar Vaganza dah sampai konsert kemuncak tau. Kira yang penghabisan la kan.


Para peserta tinggal 6 orang dan masing-masing berjaya mara ke konsert akhir. Nora telah tersingkir, mungkin sebab kes dia tukar-tukar lagu kot? Kesian pulak dekat Nora bila terkenangkan perangai netizen yang lebih sudu dari kuah ni. Takpelah, Nora pun dah lama berada dalam industri, semoga tabah menangani tohmahan dari netizen fanatik yang ntah hape-hape tu.

Oh ya, untuk konsert akhir, peserta akan menyanyikan dua buah lagu. Jom tengok senarai lagu yang akan mereka nyanyikan!


LAGU YANG BAKAL DINYANYIKAN PESERTA GEGAR VAGANZA 2016

Siti Sarah
1) I Will Always Love You (Dolly Parton)
2) Matahariku (Agnes Monica)

Azharina
1) Mama Aku Ingin Pulang (Nike Ardilla)
2) Izinkanlah (Nike Ardilla)

Zarul Umbrella
1) Gerhana (Kembara)
2) Dendangan Laguku (Carefree)

Gmie Screen
1) Bila Bulan Berwarna Biru (Arab & Aidit)
2) Salam Terakhir (Sudirman)

Ameng Spring
1) Bourgavilla (Spring)
2) Romantis (Spring)

Intan Sarafina
1) Sedetik Lebih (Anuar Zain)
2) Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain)

=================================================

November 25, 2016

PAKEJ PERCUTIAN KE KOREA DI MUSIM BUNGA 2017 MENGIKUT BUDGET

10:01 AM 13
PAKEJ PERCUTIAN KE KOREA DI MUSIM BUNGA 2017 MENGIKUT BUDGET
PAKEJ PERCUTIAN KE KOREA DI MUSIM BUNGA 2017 MENGIKUT BUDGET - Assalamualaikum wbt. Siapa kaki travel kat sini? Aku bukanlah kaki travel even aku memang tak pernah travel pun. Keinginan ada tapi sangat membataskan aku. Duit dan masa adalah masalah utama. Sedih!

Haaa! Berita baik untuk korang yang sangat suka travel, lagi-lagi peminat cerita Korea. Bila dah minat cerita, mestilah minat pelakon. Kalau dah minat pelakon, mestilah ada hati nak ke Korea kan? Tapi memikirkan fulus didalam poket, sedih pulak.

Jangan risau, korang boleh travel ke Seoul, Korea dengan HARGA YANG MURAH ! Yang paling best, percutian korang akan ditemani dengan MUSIM BUNGA !!! Perghhh.... seronoknya. Alangkah seronoknya kalau aku boleh join..............


Oklah, percutian ke Korea ni ada dua pakej iaitu 5 HARI 4 MALAM dan 6 HARI 5 MALAM. Pakej ni dengan harga yang berlainan lah ye? Diingatkan sekali lagi, jangan risau dengan budget, korang boleh buat kira-kira dari sekarang.


Tempat yang bakal korang lawati adalah seperti Nami Island, Gyeongbokgung Palace, Seoul Tower, King Sejong, Myeongdong, Hongdae, Insa-dong, Ladies Street dan banyak lagi tempat menarik. Tak teringin ke awak-awak semua ni? Oh lupa nak bagitahu, kalau korang nak join, make sure la memory card korang penuh, simpan segala kenangan, nanti cuci buat album terus. Ehhh hakakkk pulak yang eksaited tau !


Travelling Buddies Seoul Budget Spring Trip

Types of package :
⚈ 5D4N - RM 1499
⚈ 6D5N - RM 1650 (Entrance to Theme Park)

Couple package  (To those who came as couple @ with child)
*price depends on package chosen

Include :
⚈ Airport Pick Up & Drop
⚈ Transport (Subway/Bus/Taxi)
⚈ Meals (Breakfast, Lunch & Dinner)
⚈ Entrance Fee
⚈ Accommodation
⚈ Malay Cute Muslim tour guide (LOLzzzz)

Exclude :
⚈ Flight Ticket
⚈ Personal Expenses

Proposed Date :
(5D4N)
⚈ 4th April - 8 April 2017
⚈ 8th April - 12th April 2017
⚈ 20th April – 24th April 2017 
⚈ 26th April - 30th April 2017

(6D5N)
⚈ 29th March - 3th April 2017
⚈ 1st April - 6th April 2017
⚈ 13th April -  18th April 2017

Deposit :
RM400 - 
(Deposit will not be given back if cancel, balance must be settle 1 month before travel date) 

WhatsApp/SMS :
⚈ HIDAYAH : 010-2098918 | ⚈ SALLY : 013-6727520

Facebook Page : ⚈ Travelling Buddies Seoul

Oh ya, sebelum aku terlupa, konsep travelling ke Korea ni adalah secara BACKPACKER. So selain daripada berjalan-jalan, bolehlah beramah-mesra dengan warga-warga tempatan di Korea. Ya Allah.... kalaulah aku ada rezeki ke sana.. 

TERINGIN SANGAT !

Kalau sesiapa yang berminat, bolehlah contact Hidayah ataupun Sally, okay? Lepas tu boleh lah share pengalaman korang tu. Hakakkk tumpang membaca. Hihi

Cheers.

November 24, 2016

ARTIS POPULAR TAK PAKAI SABUN DAN SYAMPU KETIKA MANDI

5:53 PM 3
ARTIS POPULAR TAK PAKAI SABUN DAN SYAMPU KETIKA MANDI
ARTIS POPULAR TAK PAKAI SABUN DAN SYAMPU KETIKA MANDI - Assalamualaikum wbt. Dulu sehingga sekarang memang aku minat dengan lakonan seorang pelakon lelaki ni. Walaupun tuan suami cakap dia banglaheyy, aku tetap minat.

Tapi cerita baru ni buat aku tergelak jugaklah alkisahnya. Kemain tau hero malaya ni perasan badan dia berbau buah-buahan. Tu sebab dia tak payah pakai sabun ke syampu ke. Sebab dia dah wangi! Sungguhpun gitu, dia akui akan mengambil masa 2 jam hanya untuk mandi! Perghhhh... Lemau weh lama-lama mandi gitu.


Shah Rukh Khan ni nama yang tidak asing bagi peminat hindustan macam aku kan? Dia bukanlah seorang hero yang hensem, tapi lakonan dia selalu meninggalkan kesan especially lakonan airmata. So far, Shah Rukh Khan antara pelakon hindustan yang aku masih follow selain Salman Khan dan Aamir Khan.


Actually, ramai tetamu yang terkejut bila Shah Rukh Khan keluarkan statement camtu semasa diwawancara. Katanya, tubuhnya itu memang semulajadi wangi dan berbau buah-buahan. Jadi, dia tidak perlukan sabun dan syampu. Hmm... sabun tu aku faham la.. tapi syampu?? Tak gatal kepala ke?? Haha!

Tak kisahlah dengan bau badan, kan? Pedehal? Bukan korang nak pi cium Shah Rukh Khan ni pun. Tak tahulah kalau jenis fanatik dan kemaruk sanggup pegi peluk cium Shah Rukh Khan ni kalau dia ada depan mata. Bagi aku, cukuplah sekadar minat sahaja. 

Cheers.

PROGRAM DIET HCG BERSAMA DR.MALINDA MOHD ALI : ALTERNATIF PENGIDAP OBESITI KEMBALI KURUS

10:00 AM 1
PROGRAM DIET HCG BERSAMA DR.MALINDA MOHD ALI : ALTERNATIF PENGIDAP OBESITI KEMBALI KURUS
PROGRAM DIET HCG : ALTERNATIF PENGIDAP OBESITI KEMBALI KURUS - Assalamualaikum wbt. Ramai yang memandang remeh dengan masalah obesiti. Ada yang tak hairan pun dengan masalah obesiti ni. Bagi mereka, ianya sekadar berbadan besar. Ada yang mengambil alternatif untuk untuk kurus dengan berdiet, tetapi tidak konsisten. Maka mereka terus didatangi obesiti.



Jangan pandang rendah dengan masalah OBESITI kerana ianya adalah sejenis PENYAKIT. Jika korang tidak mencegah dari awal, jangan menangis kalau korang diserang dengan penyakit lain akibat obesiti seperti :

➧ Kanser Payudara
➧ Diabetes (Kencing manis)
➧ Hipertensi (Darah Tinggi)
➧ Kolestrol Tinggi
➧ Penyakit jantung koronari
➧ Stroke (Angin Ahmar)
➧ Batu hempedu
➧ Kanser Prostat
➧ Kanser kolon (usus besar)
➧ Masalah pernafasan (respiratori)
➧ Masalah muskuloskeletal
➧ Vena varikos
➧ Masalah kulit
➧ Osteoarthritis
➧ Penyakit Alzheimer’s
➧ Gout
➧ Sleep Apnea
➧ Infertility (Ketidaksuburan)
➧ Masalah psikologi (kurang keyakinan diri)
➧ Depressi



Dengan Program Diet HCG, insyaAllah masalah obesiti korang dapat diselesaikan dalam masa 23 hari sahaja. Menarik kan?

PENGENALAN : APA ITU HCG?
HCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita). Ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, dan ianya untuk memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus dalam memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga,

HCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana HCG akan menggunakan lemak yang tersimpan di dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Ianya sama sekali bukan ‘sex hormon’. HCG mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita yang bertindak sebagai 'kunci' untuk menggerakkan lemak yang tersimpan di dalam badan.

Image result for HCG


BAGAIMANA HCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?
Rawatan HCG untuk Obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting  dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.

Hipothalamus pula berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan.

Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal  berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.

Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet.

Dengan rawatan ini, HCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival stratergy’

Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.


APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?
HCG akan kombinasikan bersama-sama dengan diet rendah kalori dan prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan ‘trick’ kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan ‘lemak jenis 3’ atau lemak abnormal digerakkan. Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 – 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.


APAKAH KEBAIKAN PROGRAM INI BERBANDING PROGRAM DIET YANG LAIN?
Perbezaan rawatan HCG adalah ia bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tetapi ia akan membantu untuk badan menjadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus). Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa menggangu tulang dan otot.  Selain penurunan berat badan, kesan yang lebih ketara adalah ‘Inch Loss’. Saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil.


BAGAIMANA RAWATAN HCG INI?
Setiap Kitaran Program HCG adalah 23 hari. Ia mempunyai 3 Fasa iaitu : Loading Phase, Burning Phase dan Maintainence Phase. Jangan risau!  Kerana ada pakar yang akan membantu korang!


ADAKAH RAWATAN HCG INI SELAMAT?
Rawatan ini selamat. Wanita boleh mempunyai tahap HCG yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif. HCG juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O&G. Selain untuk menurunkan berat badan dengan program HCG, korang juga sebenarnya dapat meningkatkan tahap kesuburan korang dimana ada diantara client yang mengalami masalah kesuburan telah mengambil program ini dan berjaya hamil.

Pada tahun 2004, Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr.Belluscio yang melibatkan 6.540 patient telah membuktikan bahawa HCG sememangnya effectif dan selamat dalam rawatan obesiti.


TESTIMONI PENGIDAP OBESITI YANG BERJAYA KURUS
Banyak testimoni yang berjaya tau! Jom kita tengok pulak testimoni-testimoni daripada mereka yang berjaya kurus.



TESTIMONI #1
(Puan Farah)
==============================

Setelah sekian lama...aku kini bersedia berkongsi dgn rakan2 tntang apa yg aku telah lalui utk beberapa bulan ni...

OBESITI....
Satu istilah yg menjadi kengerian buat aku ketika ini...telah berpuluh tahun aku hidup dlm kesilapan, kealpaan dan kezaliman pada tubuh badan yg Allah kurniakan...

Pengalaman menjaga suami yg tak sihat menyedarkan aku akan pentingnya menjaga tekak dan perut kite...makan bukan ikut tekak tp ikut keperluan...

Tapi ini bukanlah BIG WHY aku yg pertama...ini sebenarnya BIG WHY aku kenapa aku tak nak lgi hidup dlm obesiti...

Satu impian aku ialah nak dipanggil IBU....hati wanita mane yg xde impian tu selepas berkahwin...1 day....aku sembang ngan adik aku yg doktor...

"Long, aku nk cite sket.  Aku tgk kt wad aku skrg...ramai pompuan yg big size pegnen...kesian dorg sbb bru 6,7 bulan pegnen dh kene warded sbb gula tinggi, darah tinggi...pastu kene paksa bersalin awal..."

Aku jadi ngeri plak bile adik ckp cmtu...trus fikir...aku cikgu sains...aku blajr ttg fisiologi manusia dr sekolah lg...ilmu klu pemakanan tak seimbang dan kesannya mmg dh tau dh...tp knp aku x apply dlm life aku ???

Aku tringat ms keguguran aku tny doktor knp aku boleh gugur sedangkan aku jaga sgt2 pergerakan...

"Sbnrnya kandungan puan ni dia x menjadi sbb kdgkala klu kandungan gula atau garam atau ap2 shja yg x sepatutnya tinggi dlm darah menjadi tinggi, atau terlalu rendah...pembentukan bayi boleh terganggu..mcm org buat kek...klu terlebih tepung, terkurang soda ke...kek tu bantat kan...jadi umpama cmtu la..."

Aku muhasabah diri...combinekan ap yg angah ckp, ap yg gynea ckp dan ilmu2 yg aku tau...aku gugel, tny org2 tua.. satu yg aku dpt simpulkan....bila nk pregnen...badan mesti ready...baik zahir atau batin...kesihatan no 1...ap yg masuk dlm bdn kite akan effect pd baby...aku tahu Allah dh tentukan anak syurga aku bukan utk temani aku di dunia...aku rs 8 sbb x jaga dia baik2...makan ikut tekak...konon mengidam...huhu...

Paling tragis...
Ad istri spupu suami...kami xpernah jmp sjak kawen..ms kami makn kt meja...dia ckp ngan suami...

"X sgka awak kawen dgn farah ye....akak ingat awak cari yang......hmmm"

"Adik bradik farah semua mmg gemuk2 eh?"

Klu korg kt tmpat aku...ape korg rasa? 

****************************************************

Selepas semua ini...Allah bukak luas2 hati ini utk berubah...Allah temukan aku dengan Izzah Razak, Dr Malinda Mohd Ali dan Elzura Basirun...duit boleh cari...kesihatan?...so ni yg aku buat for these few months:

*join 1st cycle hcg program under doc malinda

*menang contest doc malinda and won 2nd cycle hcg.. (best giler kot...hahaha...)

*cut down carbo and oily food, no more sugar but sometimes cheat day is must..hehehe...

*avoid 3 in 1....tak kira la ko letak ape dlm tu...sgala kacip dan tongkat skalipun...xnak dah...

*variation of exercises...kene rajin...the best early morning...

*consume best suplement suggested by doc malinda.

*do my best eat clean food and istiqomah

*stay positive, avoid stress thing and people

*always keep in touch with our support group

*of course beli, tempah dan alter baju2 sluar2 kain2 dlm wardrobe..

****************************************************

Skrg aku jadi pemilih...cerewet...bijak...semuanya dr segi apa yg nak masuk dlm bdan aku...baik makanan baik minuman baik suplement...sukar awalnya tapi hati kene cekal sebab aku dh nmpk perubahan besar dan positif dalam hidup...

* kebas tangan hilang

* gegata langsung hilang (klu dl seminggu paling2 skali wajib kene)

* berat hampir 16kg turun

* inch loss sgt ketara

* kulit makin cerah dan muda

* hidup makin happy

* even belum capai berat ideal tp mcm doc malinda ckp.. tak perlu tunggu  jadi sempurna utk inspire org lain.

* even masih belum ad rezeki pregnen...aku dpt jaga suami tersayang Mirza Mohamed dgn baik dan guide dia utk healthy life jg.

****************************************************

#hcgdrmalinda
#ldl
#jihadsihat




TESTIMONI #2
(Puan Ruslina)
==============================

Rezeki bukan hanya wang ringgit tetapi masa, ilmu….dan KESIHATAN adalah rezeki yg tidak ternilai.
Usia..jantina..siapa kita bukan faktor penentu kejayaan..

Semua orang boleh berubah kepada yang lebih baik..
It’s start with your BIG WHY..
(Nak lagi jelas tanya sifu.. DR MALINDA MOHD ALI)

Terima kasih sahabatku Dr Fakriyah Abdullah kerana perkenalkan saya kepada insan istimewa iaitu Dr Malinda Mohd Ali pengasas Program Latih Diri Langsing @ LDL1060 yang sangat komited membantu sesiapa sahaja menangani masalah berat badan dan mencapai kesihatan yg lebih baik.

Saya bermula dengan berat 71 kg..
Selepas 2 bulan ikut program LDL turun 8 kg..
After 6 months capai berat 50 kg (ideal weight)….
still maintain ideal weight

21 kg = 2 kampit beras 10 kg lemak berjaya disingkirkan

#hcgdrmalinda
#ldl
#jihadsihat


Banyak lagi pengalaman mereka-mereka yang berjaya tau. Jangan risau tentang bahaya. By the way, rezeki dan duit boleh dicari, tapi kesihatan tu untuk jangka masa panjang. Tak best kan kalau sakit-sakit? Nak bergerak pun susah. So, apalagi? Jom join PROGRAM MUDAH KURUS MENGGUNAKAN DIET HCG BERSAMA DR.MALINDA MOHD ALI !



BAGAIMANA NAK BERMULA?

WHATSAPP @ CALL : 0175084430 (Dr.Malinda)
E-MAIL : drmalinda@gmail.com

 #DrMalinda #MudahKurus20 #JomKurusCepat

November 22, 2016

TUDUNG BERZIP NORA DANISH SANGAT KELAKAR

5:34 PM 2
TUDUNG BERZIP NORA DANISH SANGAT KELAKAR
TUDUNG BERZIP NORA DANISH SANGAT KELAKAR - Assalamualaikum wbt. Kalau adik ipar aku tak bagitahu, aku pun tak tahu pasal tudung terbaru rekaan kakak kepada Nora Danish yang diberi nama Owl EZip ni. Memang sekali pandang kelakar jugaklah design tudung ni, tapi bila perati, cantik jugak sebenarnya.

Cuma biasalah netizen, membahan atau troll tu seolah wajib je kan?


Bagi aku best jugak design ni. Contoh kalau korang ada kat tempat public ke atau dalam public transport, senang la nak tido tanpa rasa terganggu atau malu. Ada setengah orang bila dia tido terus hilang kecantikan dia, dengan ternganga bagai kan? Atas sebab itulah yang menjadi inspirasi dalam penciptaan design ini.

Walaupun macam tu, kalau jenis muka tak berapa semenggah macam aku ni, seriously aku takde keyakinan nak pakai. Aku rasa kalau aku pakai nampak macam tak berapa lawa. Nora Danish pakai nampak cantik je sebab dia memang cantik. Hihi

Kalau korang sudi ke pakai? Meh komen meh....

November 21, 2016

GEGAR VAGANZA 3 (SEPARUH AKHIR) : SENARAI LAGU KONSERT KE-7

6:14 PM 0
GEGAR VAGANZA 3 (SEPARUH AKHIR) : SENARAI LAGU KONSERT KE-7
GEGAR VAGANZA 3 (SEPARUH AKHIR) : SENARAI LAGU KONSERT KE-7 - Assalamualaikum wbt. Tahun ni Gegar Vaganza penuh dengan drama. Netizen pulak masing-masing seolah naik gila dengan drama ciptaan dari Astro ni. Sampai Dato Vida, Datuk Ramli MS, Jihan dan Nabil kena tempiasnya.

Pejam celik dah sampai minggu Separuh Akhir minggu hadapan. Semalam, Zur Eda dan G-Mie sepatutnya tersingkir, tetapi G-Mie mendapat imuniti daripada Dato Vida. Rezeki dia lah kan? Lagipun suara dia kan unik. Maka Zur Eda yang tersingkir.

Untuk minggu seterusnya iaitu minggu Separuh Akhir, peserta perlu menyanyi secara berduet dan solo. Maknanya dua persembahalah la.


AGU YANG BAKAL DINYANYIKAN PESERTA GEGAR VAGANZA 2016


LAGU VERSI DUET
**********************
Ameng ft. Aris Ariwatan
Kepadamu Kekasih (M.Nasir)

Siti Sarah ft. Misha Omar
Bunga-Bunga Cinta (Misha Omar)

Nora ft. Aizat Amdan
Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)

Azharina ft. Black
Fantasia Bulan Madu (Search)

Zarul ft. Marsha Milan
Salahkah (Rossa ft Hafiz)

Intan Sarafina ft. Ezad Lazim
Pulangkan (Misha Omar)

Gmie ft. Tomok 
Sejarah Mungkin Berulang (Newboyz)




LAGU VERSI SOLO
**********************
Ameng
Keasingan Dalam Luka (Jay Jay)

Siti Sarah
Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor)

Nora
Sandiwara (Nora)

Azharina
I Wanna Dance With Somebody (Whitney Houston)

Zarul
Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)

Intan Sarafina
Siapa Sangka Siapa Menduga (Liza Hanim)

Gmie
Andai Dapat Ku Undur Masa (AXL's)


Semoga tiada lagi drama daripada artis atau netizen. Ramai jugak tak puas hati bila peserta nyanyikan lagu yang memang "makanan" mereka. Ada juga yang nyanyikan lagu sendiri. Semua netizen naik gila dan masing-masing bertelagah sesama sendiri.

Hmm....

RESEPI POPIA CRABSTICK CHEESE MUDAH DAN SEDAP

3:24 PM 3
RESEPI POPIA CRABSTICK CHEESE MUDAH DAN SEDAP
RESEPI POPIA CRABSTICK CHEESE MUDAH DAN SEDAP - Assalamualaikum wbt. Setelah sekian lama tengok orang asyik post makan popia cheese, hakakkk pun terpanggil untuk mencuba. Kisahnya viral dah lama, tapi sebab aku bukan dapat makan hari-hari, so masa aku limited sikit kat dapur.

Breakfast tadi ada peluang nak buat. Alhamdulillah, sedap sangat. Ehh terpuji diri sendiri plak. Kebetulan harini birthday Aboy dan dia memang penggemar cheese tegar, maka dialah yang makan paling banyak. Aku dah la buat sikit je, nak halang dia makan macam tak sampai hati pulak. So makanlah sayang... haha!


RESEPI POPIA CRABSTICK CHEESE MUDAH DAN SEDAP
Bahan-bahan :
Kulit popia - saiz sederhana
Cream cheese secukupnya
Crabstik - potong kecil atau cincang je
Daun bawang - hiris halus

*Optional
Serbuk cili @ black pepper seasoning

Cara-cara :
Lembutkan cream cheese. Kemudian masukkan crabstick dan daun bawang. Nak tambah ayam ke cendawan ke, pun boleh. Gaul bahan sampai rata. Ambil satu sudu inti, bungkus dalam kulit popia.

Kemudian, panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Disyorkan masa goreng api slow je ye? Nanti tak masak pulak isi dalam tu.

Dah goreng tu boleh tabur dengan serbuk cili atau black pepper seasoning. Makan dengan sos cili pun best. Selamat mencuba!

November 20, 2016

RUAM BAYI POWDER : PENAWAR SEMUA JENIS PENYAKIT KULIT DARIPADA TANAH LIAT BERKUALITI TINGGI

5:33 PM 0
RUAM BAYI POWDER : PENAWAR SEMUA JENIS PENYAKIT KULIT DARIPADA TANAH LIAT BERKUALITI TINGGI
RUAM BAYI POWDER : PENAWAR SEMUA JENIS PENYAKIT KULIT DARIPADA TANAH LIAT BERKUALITI TINGGI - Assalamualaikum wbt. Kita selalunya terganggu dengan penyakit kulit yang menyerang, terutamanya di tubuh badan. Yang ada anak, pastilah risau dan sedih bila melihat anak tergaru-garu akibat penyakit eczema kan? Aku faham kerimasan jika berlaku penyakit kulit seperti ruam ni.

Merawat penyakit kulit dengan mengikut cara Rasulullah SAW adalah sunnah. Aku nak perkenalkan satu produk yang berasaskan tanah liat putih kaolin yang berkualiti tinggi dan terbaik di dunia. Ianya ditambah dengan air bertapis tanpa klorin.


TENTANG RUAM BAYI POWDER
Ruam Bayi Powder dihasilkan sebagai ikhtiar untuk penyakit kulit seperti Proriasis,  Eczema, Ruam dan semua jenis penyakit kulit. Terhasilnya produk ini berikutan sunnah Rasulullah SAW yang menggunakan tanah liat untuk mengubati penyakit kulit.


Dalam sebuah hadith Sahih Bukhari, Aishah ra berkata : 

(Maksudnya) "Bismillah, tanah bumi kami dengan campuran air liur di kalangan kami,
disembuhkan orang sakit di kalangan kami dengan izin Tuhan kami."

Kata Ibn Qayyim :

"Manusia diciptakan dari Nabi Allah Adam a.s dan Adam pula dijadikan dari tanah,
Maka sebaik-baik penawar untuk segala jenis penyakit kulit juga insyaAllah daripada tanah."


Produk ini adalah homemade warisan semulajadi turun-temurun dan diiktiraf oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL dan ianya selamat digunakan dari bayi sehinggalah dewasa. Sudah tentu ianya dijamin HALAL, BERSIH dan SUCI.


KELEBIHAN RUAM BAYI POWDER
✔ Bedak ini dihasilkan daripada 100% tanah liat yang mengandungi mineral semulajadi.

✔ Mengandungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap segala kekotoran dan toksik yang ada pada kulit.

✔ Cepat meresap dalam kulit dan kulit akan berasa sejuk dan lembut.

✔ Satu bekas tahan lama. Selalunya ianya akan digunakan beberapa bulan.

✔ Bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya.

✔ Selamat untuk anak-anak terutama bayi kerana kandungannya bahan 100% bahan semulajadi seperti tanah liat dan air galian yang ditapis.


PRODUK ORIGINAL DAN TIRUAN
Seperti kebanyakan produk, Ruam Bayi Powder juga tidak lari dari masalah diciplak. Untuk pengesahan, produk ini tidak pernah menukar label. Pastikan beli yang original!


TESTIMONI PENGGUNA
Pelbagai respon daripada pengguna yang sangat berpuas hati dengan Ruam Bayi Powder. Ruam dan eczema semakin pulih. Alhamdulillah. Jom baca sikit testimoni.




Untuk mengetahui lebih tentang Ruam Bayi Powder,
boleh layari website yang disediakan.

[ WEBSITE ]

[ FACEBOOK ]
Penawar Psoriasis Dengan Ruam Bayi Powder

[ NO.TELEFON ]
013-480 6787
HQ Encik Hafis (Bahagian Pemasaran)

017-623 9935
Puan Nurul (Produk Owner)

November 19, 2016

PETUA KECUTKAN JERAWAT HANYA DENGAN BEDAK SEJUK

12:55 PM 1
PETUA KECUTKAN JERAWAT HANYA DENGAN BEDAK SEJUK
PETUA KECUTKAN JERAWAT HANYA DENGAN BEDAK SEJUK - Assalamualaikum wbt. Jerawat sememangnya musuh ketat bagi kaum wanita kan? Baru seketul tumbuh dah riuh sekampung. Aku ni memang dari muda zaman first period dulu jenis wajah yang tidak berjerawat. Malu sangat depa nak tumbuh atas muka aku ni. Disaat kekawan sekolah sibuk picit jerawat, aku hanya sibuk tengok je.

Sampailah aku dah kawin. Hormon suami isteri katanya. Lepas kawin je, jerawat mula aktif disana sini. Siap pakej blackhead & whitehead lagi. Perghh........ baru aku faham kenapa kekawan aku dulu meroyan bila jerawat tumbuh. Selain sakit, kita ni pulak bernafsu nak picit-picit. Lepas tu tinggallah parut jerawat disitu.


Zaman arwah opah masih hidup, dia memang tepek bedak sejuk je. Lepas mandi, solat subuh, dia akan tepek bedak sejuk. Sebelum tidur pun tepek bedak sejuk lagi. Memang licinlah kulit arwah. Aku tak pernah praktikkan bedak sejuk ni sampailah keadaan memaksa aku.

Bermula dari ruam panas yang hinggap ke muka, sehinggalah kisah jerawat tumbuh melata pada muka. Alhamdulillah, aku hanya campur bedak sejuk dengan air je. Tepek kat muka sampai tertido. Esok pagi bangun jerawat dah start kecut, muka pun licin semacam je.


Aku suka pakai tebal-tebal macam ni. Lepas kering tu habis berdebu atas katil. Haha ! Yang seronoknya sekarang aku obses gila dengan budak sejuk. Tuan suami yang belikan waktu aku down teruk sebab naik ruam satu muka haritu. Berkat kot suami belikan.

CARA AKU PAKAI BEDAK SEJUK
4 biji bedak sejuk (saiz besar) + beberapa titis air = biar pekat sikit.

Sapu pada muka dan biarkan kering. Lepas kering tu ratakan bedak seadanya. Kalau muka macam tepung komak pun takpe, dah nak tidur kan? So tidur jela dengan bedak sejuk tu. Bangun pagi nak mandi tu basuhlah, rasa refresh je muka korang. 

Ada orang tambah kulit kayu manis, tapi aku tak campur pun jerawat tetap kecut. Semoga entri ini memberi manfaat ye?

Cheers~

November 18, 2016

DORÁNGEL VARGAS : SI PEMBUNUH MEMAKAN MANUSIA

10:06 PM 1
DORÁNGEL VARGAS  : SI PEMBUNUH MEMAKAN MANUSIA
DORÁNGEL VARGAS  : SI PEMBUNUH MEMAKAN MANUSIA - Dia dilahirkan pada 1957 dalam keluarga yang miskin. Sebelum ini dia pernah ditahan kerana kesalahan mencuri ayam dan lembu.

Pada tahun 1995 Vargas dimasukkan kedalam Istitut Psychiatric Rehabilitation Peribeca kerana telah membunuh Baltazar Cruz Moreno selain terlibat dengan kanibalisme. Namun dia berjaya melarikan diri dari istitut itu dan hidup seperti biasa didalam kemiskinan.

Kemudian dia aktif membunuh kembali diantara tahun 1998 hingga Januari 1999. Dia menyerang mangsa dengan sejenis tombak berbentuk tiub dan adakalanya dengan batu.


Setelah membunuh, dia akan menyimpan bahagian-bahagian di tubuh mangsanya yang boleh dimakan. Oleh kerana daging-daging itu tidak tahan lama, maka Vargas membunuh secara rutin.

12 Februari 1999, ahli Pertahanan Awam telah menemui dua mayat dan setelah mencari disekitar kawasan yang sama, mereka menemui lagi enam mayat disitu. Setelah ditangkap, dia mengaku bahawa dia telah membunuh 10 orang dan memakan mangsanya dalam tempoh dua tahun.

Seram kan? Tengok filem Wrong Turn pun tak sanggup rasanya diri ini dimakan. Sobsss..

PETUA ANTI-KEDUTAN PADA WAJAH

9:26 AM 2
PETUA ANTI-KEDUTAN PADA WAJAH
PETUA ANTI-KEDUTAN PADA WAJAH - Assalamualaikum wbt. Siapa yang suka muka yang berkedut kan? Aku pun walaupun baru umur 26 tahun, muka dah nampak kedutan halus. Tak flawless langsung. Adakala down jugak, adakala okay je. Tua nanti pun berkedut jugak, lagipun aku dah kawin. Hahhaa ! (Ini kes pujuk diri sendiri).

So, mana muka yang tak berkedut atau risau kedutan dah start singgah tu bolehlah mengamalkan petua yang aku nak share ni. Petua ni menggunakan Vaseline. Seperti sedia tahu la kan, kalau bibir jenis crack, pakai Vaseline ni insyaAllah bibir tu nampak mungil seksi je.


BAHAN ANTI KEDUTAN PADA WAJAH
2 sudu kecil Vaseline (petroleum jelly)
1 sudu besar minyak zaitun atau minyak badam
1 biji telur kuning
1 sudu kecil madu

CARA MENYEDIAKAN BAHAN
Cairkan Vaseline di atas dapur (sekadar biarkan ianya cair). Kemudian letak dalam bekas. Campur dengan kuning telur, minyak zaitun dan madu. Sebatikan bahan. Biarkan selama 5 minit.

CARA PAKAI
Sementara itu, basuh muka sehingga bersih dan keringkan. Setelah 5 minit bolehlah oleskan bahan tadi ke muka dengan sapuan secara bulatan. Biarkan selama 30 minit dan tanggalkan masker tadi menggunakan tuala @ tisu basah.

Amalkan petua ni 3 kali seminggu ye. Selamat mencuba!

November 17, 2016

REVIEW TRAIN TO BUSAN : KISAH ZOMBIE YANG MENYEDIHKAN

2:19 PM 1
REVIEW TRAIN TO BUSAN : KISAH ZOMBIE YANG MENYEDIHKAN
REVIEW TRAIN TO BUSAN : KISAH ZOMBIE YANG MENYEDIHKAN - Assalamualaikum wbt. Dulu kalau layan cerita Korea mesti kisah pasal cinta cintun je. Cerita cinta antara sikaya dan simiskin. Itu DULU la. Lepas tu macam dah lama tak layan cerita Korea.

Then tetiba melonjak cerita Train To Busan sampai jadi viral. Walaupun viral, aku tak ambik kisah pun sebab aku bukan minat sangat cerita zomba zombi ni. Seriously awalnya aku tak ambil tahu langsung pasal filem ni, sampailah satu tahap bila adik ipar aku cerita, aku jadi blurry. Maka, tercabar la ego aku lalu aku layankan. 

Bila dah start layan, terus rasa nak tengok sampai habis. Macam best je cerita ni. Memang best la pada pandangan aku. Sebab dari awal pun dah nampak dia punya trill.


FILEM : TRAIN TO BUSAN
GENRE : Horror, Thriller & Adventure
PENGARAH : Yeon Sang-Ho
PELAKON : Gong Yoo, Kim Su-Ahn, Jung Yu-Mi, Ma Dong-Seok, Kim Eui-Sung, Choi Woo-Sik, Ahn So-Hee, Jang Hyuk-Jin & Shim Eun-Kyung

SINOPSIS
Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Seok-Woo, seorang Pengurus Kewangan yang menetap di Seoul, Korea. Dia telah berpisah dengan isterinya. Sebagai hadiah harijadi, anaknya Soo-An telah meminta untuk bertemu ibunya. Tanpa menolak, Seok-Woo bersetuju dan keesokan harinya mereka menaiki keretapi ke Busan.

Namun kejadian tidak disangkakan berlaku di dalam keretapi apabila muncul seorang gadis yang telah diracuni dengan virus yang menyebabkan orang yang dijangkiti akan menjadi zombie. Perkara menjadi lebih huru hara apabila pembantu keretapi itu pula yang dijangkiti setelah digigit. Seorang demi seorang mangsa dijangkiti virus itu sehingga merebak ke seluruh bandar Seoul.

REVIEW
Seriously dari beginning aku tak rasa bosan menonton cerita ni. Aku pernah juga baca review tentang babak sedih yang wujud dalam filem Train To Busan. Dan aku akui, memang ada babak sedih yang buat aku sebak.

Dalam cerita ni ada dua hero tau. Gong-Yoo adalah watak utama, disamping hero kedua adalah watak yang dipegang oleh Ma Dong-Seok. Cuma bagi aku watak Ma Dong-Seok yang cuba menyelamatkan penumpang dan terlalu sayangkan isteri tu merupakan kredit untuk filem ni. Sebab aku start sedih part yang tu.

Dan aku rasa macam nak repeat tengok lagi. So siapa yang rasa cerita tu bosan sebab tajuk dia TRAIN TO BUSAN, sebenarnya cerita dia taklah bosan pun. Selamat menonton!

November 16, 2016

LOGIN MAYBANK2U DAN MENANG HADIAH!

6:40 PM 2
LOGIN MAYBANK2U DAN MENANG HADIAH!
LOGIN MAYBANK2U DAN MENANG HADIAH! - Assalamualaikum wbt. Siapa yang tak suka hadiah? Aku ni dulu tak aktif pun dengan segala giveaway bagai ni. Tapi sekarang aku addict dengan barangan berupa hadiah ni.


Tadi baca blog Kak +Suria Lekatlekit  , dialah yang bagi info pada followers dia supaya login Maybank2u sebab ada hadiah yang Maybank sediakan macam voucher Lazada, Hoverboard, Bluetooth Speaker dan macam-macam hadiah menarik lagi!

Caranya? Hanya LOGIN sebanyak 5 kali dan kalau ada rezeki, korang bolehlah menang hadiah-hadiah yang best tu!


Tapi janganlah dalam satu hari tu korang login sampai 5 kali, sebab Maybank akan kira korang login sekali je. Maksudnya, 1 hari sekali jela korang login.

Bestnya ada contest mudah macam ni kan? Selamat berjaya semua :)

RESEPI SAMBAL ALA SAMBAL PADANG

10:11 AM 2
RESEPI SAMBAL ALA SAMBAL PADANG
RESEPI SAMBAL ALA SAMBAL PADANG - Assalamualaikum wbt. Selamat pagi yang sejuk katanya. Harini mood kira duit syiling sebab JKM tuan suami sehingga sekarang dibekukan padahal dan update dua bulan lepas. Tak tahulah dengan JKM ni. Tapi malas laaa nak bising-bising, bikin stress je.

Saja nak share resepi sambal ala sambal padang ni walaupun try and error. Error bukan tak sedap tapi bahan tak cukup hancur. Bukan apa, kukus tu tak berapa nak lama, so tak berapa nak menjadi. Niat asal nak buat Sambal Ijo tapi lain pulak jadinya sebab bahan tak berapa nak culkup. Lepas tu aku tak boleh nak angkat anak lesung secara kuat, sebab tangan aku ni bermasalah sikit.

Cuma, kalau kukus bahan-bahan tu, pastikan semua bahan dikukus tu rupa dia tak macam yang asal. Maksudnya, kalau sebelum kukus tu cili masih hijau, lepas kukus tu cili dah macam pucat warnanya. Barulah boleh dilenyek dalam lesung batu.


RESEPI SAMBAL ALA SAMBAL PADANG
Bahan-bahannya :
2 biji cili hijau - potong kecil
10 biji cili padi - potong kecil
2 ulas bawang putih - belah dua
4 ulas bawang kecil - belah dua
1 biji tomato muda
Daun limau purut
Sedikit gula dan garam

Cara-caranya :
Kukus semua bahan hingga layu dan lenyekkan bahan-bahan tersebut dalam lesung hingga lumat. Kemudian panaskan lebih kurang dua sudu besar minyak dan goreng bahan-bahan yang dilenyek tadi dan masukkan daun limau purut, kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Siap.

Selamat mencuba :)

November 15, 2016

GAMBAR BULAN ALA 'SUPER MOON' DI BUKIT SAGA

10:13 PM 2
GAMBAR BULAN ALA 'SUPER MOON' DI BUKIT SAGA
GAMBAR BULAN ALA 'SUPER MOON' DI BUKIT SAGA - Assalamualaikum wbt. Semalam adik-adik termasuk adik ipar aku excited nak tengok Super Moon tapi sayangnya tak kelihatan sebab cuaca mendung dan hujan tak sudah. Maka kecewalah muka masing-masing especially Lia.

Nak tunggu Super Moon ni kena tunggu 18 tahun lagi. Perghhhh....... lama weyyyy! Lagilah kecewa adik aku yang seorang itu.

Tadi aku pergi makan atas Bukit Saga. Lepak dalam kereta je pun. Then nak balik laa alkisahnya. Dalam perjalanan nak balik tu nampak budak-budak dengan mak budak pakat tengok langit. Aku pun join laaa tengok. Subhanallah ! Cantik sangat bulan atas langit malam ni.


Aku tak pasti la kalau itu Super Moon ke Sailormoon ke hape sebab bulan tu nampak terang dan lebih besar dari saiz biasa. Aku pulak yang terlebih excited, so ajak jugaklah tuan suami pergi area-area bukit tu sebab nak tangkap gambar. Gigih tau ! Tapi guna kamera henpon jela pon. Takde kemampuan nak pakai kamera mahal-mahal lagi. Hihi!

Cantik kan? Siapa dah tengok Super Moon semalam?

November 14, 2016

SURPRISE PARCEL FROM ENCHANTEUR

10:58 PM 0
SURPRISE PARCEL FROM ENCHANTEUR
SURPRISE PARCEL FROM ENCHANTEUR - Assalamualaikum wbt. Mula-mula aku rasa curious jugak bila dapat satu bungkusan besar. Sampai mama dengan adik-adik pun eksaited nak tahu bungkusan apa yang ada di dalam tu.

Mula-mula aku ingat dari Lazada, maklumlah ramai blogger dapat so bajet-bajet surprise dari Lazada jugak, cuma sangkaan agak meleset tapi aku happy la sebab aku kan suka surprise. Hihihi


Memang surprise la cerita dia sebab aku tak tahu menahu pasal parcel ni. Lepas tu senyum sensorang la aku, thanks to my dear PR yang baik hati bagi surprise ni. 
Gudnitez !

GEGAR VAGANZA 3 - #ROCKDUT : SENARAI LAGU KONSERT KE-6

12:38 PM 0
GEGAR VAGANZA 3 - #ROCKDUT : SENARAI LAGU KONSERT KE-6
GEGAR VAGANZA 3 - #ROCKDUT : SENARAI LAGU KONSERT KE-6 - Assalamualaikum wbt. Amboiii kemain perli-memerli lagi konsert semalam ye? Opening pun kemain gasak perli Elly Mazlein. Bermuram durja muka Elly masa duduk kat bawah.

Oh ya, yang tersingkir pada konsert ni adalah Shidi Data. Persembahan Shidi tidak begitu menarik, Mungkin sebab lagu Ratuku tu ditukar key kot? Depa ambik version Awie & Adira so tak nampak tang mana yang best.

So, jom tengok lagu apa pula yang peserta akan nyanyikan bagi tema RockDut. Tema ini menggabungkan antara lagu Rock dan Dangdut tau..


LAGU YANG BAKAL DINYANYIKAN PESERTA GEGAR VAGANZA 2016

Siti Sarah
Senggol-Senggolan Cubit-Cubitan (Mas Idayu)

Azharina
Kejoraku Bersatu (Search)

Zarul Umbrella
Fantasia Musim Cinta (Iwan)

Nora
Bring Me To Life (Evanescence)

Zur Eda
Ah Rindu Lagi (Amelina)

Gmie Screen
Titian Perjalanan (Xpdc)

Ameng Spring
Gali Lobang Tutup Lobang (Rhoma Irama)

Intan Sarafina
Selamat Jalan Romeo (Ramlah Ram)

=================================================

Pengakhiran konsert semalam Elly Mazlein berbaik dengan Datuk Ramli MS. So takde masalah la kot lepas ni kan? Semoga peminat-peminat Elly tak naik hantu macam selalu dan plsssss la stop to be soooo dramatic! Ehh?

Cheers.

November 12, 2016

SARI YANTI BERCINTA DENGAN JEP SEPAHTU?

1:03 PM 1
SARI YANTI BERCINTA DENGAN JEP SEPAHTU?
SARI YANTI BERCINTA DENGAN JEP SEPAHTU? - Assalamualaikum wbt. Amboiiiii kemain kau ye puan blog? Asyik citer retissss je kebelakangan ni. Hahhaha ! Takdela, aku kan suka layan Youtube, tiba-tiba nampaklah satu video ni yang Sari Yanti sambut birthday ditemani Jep Sepahtu. Jejejengggg !


Awalnya tak ikut sangat cerita kisah pasangan ni. Maklumlah, aku bukanlah peminat Sepahtu walaupun punchline lawak mereka tu aku suka. Tapi kebelakangan ni banyak banyak pulak ternampak kisah percintaan antara Sari Yanti dengan Jep. Lagi-lagi bila baca setiap punchline si Jep ni.

Dengarnya kalau dalam konti pun, Jep acapkali diusik dengan kisah cinta oleh kawan-kawannya. tak tahulah kan?


Kalau betul apa salahnya kan? Sari Yanti pun rasanya dah lama hidup bersendirian. Semoga yang datang pada mereka yang baik-baik saja. Macam sweet pulak tengok diorang ni.

Cheers.

November 11, 2016

AMAR BAHARIN DAN AMYRA ROSLI TELAH SAH MENJADI PASANGAN SUAMI ISTERI

10:14 PM 1
AMAR BAHARIN DAN AMYRA ROSLI TELAH SAH MENJADI PASANGAN SUAMI ISTERI
AMAR BAHARIN DAN AMYRA ROSLI TELAH SAH MENJADI PASANGAN SUAMI ISTERI - Assalamualaikum wbt. Selalu kalau artis jenis show off pasangan masing-masing ni kebanyakkan tidak menjadi. Yang menjadi tu, sudah tentulah jodoh mereka, insyaAllah. 

Begitu jugak dengan Amar Baharin dan Amyra Rosli yang telah sah menjadi pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz pada 5:15 petang tadi di Grand Ballroom, Premiera Hotel, Jalan Tunku Abdul Rahman.

Amyra menerima mas kahwin RM1,111 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh kepada Amar. Wang hantaran adalah rahsia.

Jom layan gambar majlis pernikahan Amar dan Amyra !





Aku memang tak mengikuti sangat percintaan artis-artis ni melainkan ada yang menarik untuk dibaca. Pasal Amar dan Amyra ni pun depa banyak expose kat IG so aku scroll je la. Apapun, semoga perkahwinan Amar dan Amyra adalah perkahwinan yang barakah dan sentiasa dibawah rahmat-Nya.

Tahniah!

SINOPSIS JEJAK KARMILA (SLOT ZEHRA TV3)

7:33 PM 0
SINOPSIS JEJAK KARMILA (SLOT ZEHRA TV3)
SINOPSIS JEJAK KARMILA (SLOT ZEHRA TV3) - Assalamualaikum wbt. Dah lama tak layan slot Zehra sejak aku tak tengok TV ni. Last tengok cerita Wadi. Dah berapa kurun dah tu? Tadi ternampak poster cerita terbaru arahan Murali Abdullah yang bertajuk Jejak Karmila. Tajuk pun dah macam memanggil aku supaya menonton sebab Kak Ogy ada.


JUDUL : JEJAK KARMILA
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
GENRE : Drama
TARIKH TAYANGAN : November 2016
HARI / MASA : Rabu hingga Jumaat, jam 9:00 malam
EPISOD PENUH : 13 episod
PELAKON : Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Redza Rosli dan Nasha Aziz.

SINOPSIS
Mengisahkan tentang penyatuan antara Suraya, Nonie dan Karmila. Pelbagai konflik yang menguji sejauh mana keimanan mereka dalam menghadapi ujian Allah SWT.

Kisah mengenai orang yang merana, tetapi yang hidup senang masih tidak mengsyukuri segala nikmat yang dikurniakan padanya. Kisah seorang adik yang cemburukan kakak sendiri hanya kerana seorang lelaki bernama Syed Haikal. Segalanya menjadi kacau bilau. Ketamakan Syed Haikal yang menginginkan kedua adik-beradik itu menambahkan segala konflik yang ada.

Konflik tidak berakhir di situ apabila perhubungan antara Syed Hamidi dan Karmila terbongkar.

Persoalannya siapa Karmila? Siapa wanita itu kepada gadis-gadis tadi? Dan siapa sebenarnya wanita itu dengan ayah mereka? 

Nantikan dalam slot Zehra ya?

PEMINAT ELLY MAZLEIN YANG TAKSUB

6:25 PM 1
PEMINAT ELLY MAZLEIN YANG TAKSUB
PEMINAT ELLY MAZLEIN YANG TAKSUB - Assalamualaikum wbt. Minggu lepas sediamaklum bahawa Elly Mazlein telah menarik diri daripada meneruskan pertandingan kerana terasa hati dengan komen Datuk Ramli MS yang baginya agak keterlaluan. Bagi aku biasa jela, perkataan belas ehsan tu pernah je Datuk Ramli pakai sebelum ni, tak silap aku kat Kilauan Emas ke kat Gegar Vaganza ntah.

Disebabkan hal demikian, peminat Elly Mazlein mula naik hantu dan menyerang akaun Datuk Ramli MS secara bertubi-tubi. Habis semua pekung yang tersimpan rapi menjadi intipati dalam komen maki-memaki tersebut. Hampir 3000+ jugaklah komen maki hamun Datuk Ramli MS disamping ada yang menyokong Datuk Ramli MS ni.


Mula-mula aku sangka kejap je, rupanya peminat masih tak boleh move-on sehingga semalam. Harini aku stalker nampak macam sendu laa ruangan komen di IG Tokram.

Kelakar pun ada, terlalu taksub dengan artis sampai tak boleh terima kenyataan walaupun kritikan itu membina. Aku bukanlah peminat atau haters Elly Mazlein, tapi kalau Elly ambil sudut yang positif, perkara macam ni takkan berlaku. Bukannya Tokram hentam kromo, ada jugak positif side yang dia komen sebenarnya. Takkanlah hari-hari nak mintak puji kan? Macam tak aci je pulak.....

Apapun, sudah-sudahlah peminat Elly Mazlein. KEMBALI KE DUNIA REALITI dari terus-terusan hidup di alam fantasi. Korang bukan dapat apa pun. Minat jangan sampai taksub, buruk padahnya tau !