SINOPSIS UNBROKEN (2014) : DARI ATLET MENJADI HAMBA - Monolog Aku Cuma Di Kiri

October 21, 2016

SINOPSIS UNBROKEN (2014) : DARI ATLET MENJADI HAMBA

SINOPSIS UNBROKEN (2014) : DARI ATLET MENJADI HAMBA - Assalamualaikum wbt. Dah lama rasanya tak layan HBO since kalau balik Rawang, aku busy kat dapur. Kat Ampang aku macam busy kat bilik. Waktu aku bersama TV hanya di Rawang, bila malam. Tapi kejap je la sebab aku cepat letih lalu terlelap depan TV.

Sebenarnya aku nak layan cerita UNBROKEN ni sebab dekat info ada nama Angelina Jolie. Aku tak perasan rupanya dia director je. Bukan pelakon dalam filem tu. Gigih tau aku tunggu Angelina Jolie tapi macam tak muncul-muncul. Sedih hati aku~


FILEM : UNBROKEN
GENRE : Biografi
PENGARAH : Angelina Jolie
PELAKON : Jack O'Connell , Domhnall Gleeson, Miyavi, Garrett Hedlund & Finn Wittrock

SINOPSIS
Mengisahkan tentang Atlet Olimpik Lumba Lari, iaitu Louis Louie Zamperini. Beliau lahir di Torrance, California dan berasal dari keluarga Amerika-Itali. Semasa kanak-kanak, Louie seorang yang agak liar. Dia suka mencuri, minum arak serta merokok. Ianya menimbulkan kekecewaan ibubapanya.

Pada suatu hari, Louie ditangkap kerana melakukan satu kesalahan. Dia terus berlari dan saudaranya Peter kagum melihat kelajuan Louie ketika berlari. Dari situ, Peter memutuskan untuk melatih Louie menjadi seorang pelari yang berjaya.


Semakin membesar, Louie menjadi semakin berdisiplin dan menjadi atlet larian yang berjaya. Beliau mendapat nama samaran sebagai "The Torrance Tornado". Oleh kerana itu, dia layak untuk ke pertandingan Sukan Olimpik 1936 di Berlin, Jerman. Beliau mencapai rekod untuk kelajuan pusingan terakhir dalam perlumbaan 5000 meter.

Tahun 1943 ketika Perang Dunia Ke-2, Louie dan anak-anak kapal yang masih hidup dan beberapa penggantian akan dihantar dalam misi mencari dan menyelamat dengan pesawat. Semasa misi itu, dua enjin kiri pesawat gagal berfungsi dan pesawat itu terhempas di lautan. Louie, Mac dan Phil terselamat dan meneruskan hidup mereka di atas pelampung. Sumber makanan mereka adalah ikan di laut yang dimakan mentah dan juga air hujan. Pada hari ke-33, Mac mati.


Pada hari ke-47, tentera Jepun telah menangkap mereka dan menjadikan mereka hamba abdi. Kem mereka di Omori, Tokyo, telah diketuai oleh koperal Jepun, Mutsuhiro Watanabe. Dia sentiasa menyeksa Louie, seperti ada sebuah kebencian terhadap Louie.

Pada akhir perang, Louie dan banduan yang lain dibebaskan dan kembali ke rumah mereka. Louie ingin bertemu dengan Watanabe tetapi Watanabe telah melarikan diri.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah ni berdasarkan kisah benar tau. Awal cerita ni telah dinovelkan tulisan Laura Hillenbrand dengan judul bukunya yang bertajuk Unbroken: A World War II Story of Survival, Resilience, and Redemption. Well, bila cerita yang based on true story ni, aku memang suka tengok walaupun aku tak gemar cerita perang-perang. So far aku tak rasa boring dengan cerita ni. Cuma starting je ceritanya agak slow. 


REST IN PEACE
LOUIS LOUIE ZAMPERINI
(January 26, 1917 - July 2, 2014)

sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.