SINOPSIS SEGITIGA (ASTRO RIA) - Monolog Aku Cuma Di Kiri

October 23, 2016

SINOPSIS SEGITIGA (ASTRO RIA)

SINOPSIS SEGITIGA (ASTRO RIA) - Assalamualaikum wbt. Semalam layan sikit je cerita Segi Tiga ni. Cerita ni arahan Yusry Abdul Halim. Aku sebenarnya jarang layan movie ni in fact kalau balik Rawang pun aku layan cerita Lara Aishah yang aku record tu.



TELEMOVIE : SEGITIGA
PENGARAH : Yusry Abdul Halim
PELAKON : Amerul Affendi, Sari Yanti, Farid Kamil

SINOPSIS
Lan adalah seorang juruteknik komputer yang sangat pendiam. Dia sentiasa membawa diri tanpa bergaul dengan rakan-rakan di pejabatnya. Suatu hari , Yusof iaitu rakan sekerjanya memperkenalkan Alina, seorang arkitek.

Lan meminati Alina dalam diam. Lan sedar bahawa Alina juga menyukai dirinya. Buktinya, Alina kerapkali merapati dan memberi hadiah kepada Lan. Walaupun Lan tahu Alina mempunyai seorang suami, tetapi Lan tetap menjalinkan hubungan bersama Alina.

Alina pernah memberitahu Lan bahawa suaminya seorang kaki mabuk, kaki pukul dan kaki perempuan. Lan yang sangat menyintai Alina telah berusaha membantu Alina dan memasang camera tertutup di rumah Alina.

Satu hari, Alina menghubungi Lan dan memberitahu bahawa dia telah dipukul oleh suaminya. Lan segera datang ke rumah Alina demi memastikan Alina selamat. Namun perkara lain diluar jangkaan Lan telah berlaku.
-----------------------------------------------------------------------------------------

REVIEW
Pengakhiran cerita tak berapa nak best. Penonton jadi tertanya-tanya tentang suami Alina. Lepas tu, Alina ni yang bermasalah, tapi Lan pulak yang dipenjarakan walaupun akhir cerita menunjukkan bukti yang Alina telah membunuh suaminya.

Sekian.

3 comments:

  1. Tak pernah menonton citer ni... baca ni baru tau... tq sharing

    ReplyDelete
  2. Saya terpaksa bangkang dan bentangkan pendapat saya. Cerita yg diketengahkan pengarah ini bukanlah cerita yg biasa rakyat malaysia dapat terima, itu saya pasti. Tapi kita perlu lihat matlamat pengarah. Dan dalam pemerhatian saya selaku penonton malaysia yang moden, pengarahnya amat bercita2 tinggi untuk menyampaikan cerita yang mempunyai unsur plot twist tinggi, dengan watak utama yang introvert, berbeza dengan minat biasa penonton malaysia.

    Saya amat respect kepada pihak production kerana cinematografi nya amat bagus, simple comedic through awkwardness of main character. cerita ini sebenarnya mencabar norma cerita2 cliche di Malaysia, dan malang sekali, penonton norma malaysia tidak dapat menerimanya.

    Jika kita ambil unsur2 plottwist yg diketengahkan, kita boleh mengambil filem hebat seperti 'The Prestige' dan 'Inception' sebagai reference. Yang mana sepanjang cerita kita akan tertanya2 apa, dan siapa yang akan menjadi mangsa keadaan.

    Dari awal cerita, kita didedahkan dengan watak utama yang amat janggal dengan keadaan am. yg makin lama wataknya semakin menular menjadi sedikit psycho, berani utk buat apa sahaja demi cinta yg selama ini tidak pernah dirasai.

    Untuk menaikkan unsur suspense, kita memang telah didedahkan yg ini cerita tragedi melalui salingan 'breaker' antara iklan, yg mana menunjukkan tajuk "segitiga" yg dipercikkan dengan dakwat merah/darah. Kita telah diberitahu yg mana cerita ini akan menghala kearah tragedi. Tapi siapa yg akan jadi mangsa? Suami? watak perempuan? watak utama?

    Dan akhirnya... akhirnya... endingnya... betul2 dipulas dan tidak disangka menjadi begitu... kita dipaparkan apa yg watak utama sanggup lakukan untuk cinta yg tidak pernah dia rasai... hingga ke tahap itu... itulah seni penceritaan yg ingin disampaikan...

    saya berpuas hati dengan cerita ini dan support pihak produksi, pengarah, dan producer kerana berani mengeluarkan cerita begini, juga berharap dapat melihat hasil yang lebih mencabar dari mereka dimasa hadapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi berkongsi pendapat En.Basri :)

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.