October 14, 2016

SINOPSIS SAW 2 (2005) : KORBAN DARAH DAN DAGING

SINOPSIS SAW 2 (2005) : KORBAN DARAH DAGING - Sengaja aku post malam-malam sebab aku takde idea nak post apa. Aku memang ikut sangat cerita Saw ni sebab ianya menguji tahap ketahanan mental aku sebenarnya. Tapi aku tak kuat so aku macam traumatic kejap lepas menonton. Jangan salah anggap ye, aku tak serik nak menonton episos ke episod.

Dalam SAW 2, kita akan tahu kenapa permainan sekejam ini tercipta.


FILEM : SAW II (2005)
GENRE : Crime (18SG)
PENGARAH : James Wan
PELAKON : Tobin Bell, Donnie Wahlberg, Shawnee Smith, Erik Knudsen, Franky G, Emmanuelle Vaugier, Dina Meyer, Beverly Mitchell, Glenn Plummer, Lyriq Bent, Timothy Burd, Tony Nappo & Noam Jenkins

SINOPSIS
Polis telah mengepung John Kramer atau lebih dikenali dengan nama Jigsaw Killers. Dia seorang yang lemah dan mempunyai kanser.

Di sebalik persembunyian John, terdapat beberapa buah monitor ada bersamanya. Dalam monitor tersebut menunjukkan ada 8 orang sedang terperangkap, termasuklah Daniel, anak kepada Detektif Eric Matthews.

Setiap mereka yang terperangkap itu cuba untuk melepaskan diri tetapi terpaksa harungi azab yang amat sangat. Mangsa pertama telah tertembak di mata. Yang kedua mati terbakar hidup-hidup. Semuanya telah dirancang oleh John Kramer.

Niat John Kramer adalah ingin mengajar mereka supaya lebih menghargai kehidupan. Sebelum ini Kramer ingin membunuh diri tetapi tidak berjaya. Kerana itulah dia memulakan permainan yang zalim dan kejam ini.

.
..
...

Setiap episod Saw, korang akan nampak permainannya semakin kejam sampai aku menggigil jugaklaaaa nak tengok. Terpaksa tutup sebelah mata sebab aku takde kekuatan nak tengok secara terang. Real gila hokeyyyy... Seriously kalau korang jenis saiko tahap sewel, disarankan janganlah menonton. Risau pulak aku... kbai.

1 comment:

  1. Tapi kalau dah mati, macam mana nak hargai kehidupan? Atau pengajarannya hanya terpakai pada manusia yg berjaya hidup? Saya tak mampu layan cerita nih, banyak sangat adegan buat kepala nih jadi pening bila tengok... :(

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.