SINOPSIS SAW 1 (2004) : TERPAKSA POTONG KAKI SENDIRI UNTUK MELEPASKAN DIRI - Tunsha Ayunie Punya Belog

October 04, 2016

SINOPSIS SAW 1 (2004) : TERPAKSA POTONG KAKI SENDIRI UNTUK MELEPASKAN DIRI

SINOPSIS SAW 1(2004) : TERPAKSA POTONG KAKI SENDIRI UNTUK MELEPASKAN DIRI - Bayangkan korang terjaga dari tidur, dan korang bukan berada di atas katil korang. Sebaliknya ada di satu kawasan yang kotor, dengan kaki terikat sebelah dan tak mampu lepaskan diri. Apa perasaannya?

Selain cerita seram, aku amat minat cerita yang mengerikan. Ada yang kata aku psiko tapi aku memang jenis manusia yang suka tengok babak-babak ngeri ni. Antara cerita ngeri yang aku boleh layan macam Final Destination dan Wrong Turn. Tapi cerita Wrong Turn ni amat tak sesuai ditonton andai korang ada anak-anak kecik, banyak sangat aksi tak senonoh.


FILEM : SAW (2004)
GENRE : Crime (18SG)
PENGARAH : James Wan
PELAKON : Tobin Bell, Cary Elwes, Danny Glover, Monica Potter, Micheal Emerson, Ken Leung and Leigh Whannel

SINOPSIS
Adam, seorang jurugambar telah terbangun daripada tidur dan mendapati tubuhnya berada di dalam tab mandi. Tempat tersebut agak usang dan Adam menyedari bahawa sebelah dari kakinya telah dirantai di pembetungan paip.

Selain Adam, seorang doktor pakar Onkologi, Lawrence Gordon, turun dirantai kakinya. Diantara mereka, terdampar satu mayat yang memegang pistol dan perakam kaset.

Adam dan Lawrence menyedari didalam poket mereka tersimpan satu kaset. Mereka memainkan kaset tersebut dan di dalam pita Adam menggesanya supaya melarikan diri, manakala di pita Lawrence telah menggesanya untuk membunuh Adam.

Disebalik bilik mandi yang usang itu, ada satu camera yang mengawal pergerakan Adam dan Lawrence. Puas mereka cuba untuk melepaskan diri tapi tidak berjaya.

Dalam pada itu, isteri dan anak perempuan Lawrence didalam tahanan. Disebabkan terdesak ingin melepaskan diri, Lawrence tiada jalan dan memotong kakinya yang telah dirantai itu.

.
..
...

Walaupun aku peminat cerita bergenre Crime ni, tapi aku tetap tutup mata separuh. Aksi dalam filem SAW ni memang kategori mengerikan dan ganas. Kalau ada anak kecil mohon pengawasan. Buatnya membelenggu akal fikiran bebudak tu, risau pulak !

Ok tu je nak share, bye ~

2 comments:

  1. Jie xprnah tgk satu pun filem saw ni..huhu..

    ReplyDelete
  2. Owh idoklah teman akan menonton cerita ni. Seriau teman..

    Aku ingat lagi masa aku layan filem Human Centipede (genrenya lebih kurang), simptom-simptom nak muntah tu memang berlaku sepanjang tayangan & aku terpaksa pause cerita tu to get some fresh air.. Punyalah geli.. Huhu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.