October 22, 2016

REZEKI ADA DI MANA?

REZEKI ADA DI MANA? - Assalamualaikum wbt. Dalam pada aku buat gila je depan semua orang, sebenarnya di lubuk hati rasa susah hati. JKM tuan suami dibekukan seketika sebab tak update. Bisnes pun takde laaa kencang mana, ada orang beli adalah. Kalau tak kami makan telur ayam. Haha !

Siapa yang follow FB aku mungkin tahu aku cuba menjadi sangat positif dan aku tidak macam dulu, asyik mengeluh tentang susah. Aku sedar, ada yang lebih susah dari aku. In fact, kesusahan yang aku tanggung sekarang tak sehebat kesusahan yang aku tanggung awal perkahwinan dulu.

Disebabkan JKM tuan suami dibekukan dan tunggu pihak atasan proses pembaharuan akaun, maka kami hidup ada takde je la. Nasib baik Mama Nora jenis memahami, adalah dia payung sikit. Itupun kami lakibini dah tebal muka tau.

Nak jadi cerita, dua hari lepas aku dengan tuan suami tak makan apa-apa selain perkongsian mee goreng masa breakfast. Lepas tu sampai keesokan harinya tak makan. Kononnya nak cover duit. Hati mula terasa sedih, tapi masih percaya Allah SWT akan bantu. 


Tuan suami menagih lapar, aku pulak serba salah nak masak sebab di rumah ni for seriously aku memang tak boleh gunakan dapur. Aku bingit.

Then, dengar ketung ketang kat dapur. Aku syak Mama Nora sebab macam tak dengar tanda-tanda dia keluar pergi kerja. Alhamdulillah, rupanya Mama Nora ada masak. Kemain berbukitlah nasi kami lakibini. Macamlaaa setahun tak makan, kan? Hahahahhaa!

Bukan itu je, Mama Nora hulur lagi duit poket. Lepas tu aku tersenyum sendiri. Alhamdulillah~

Benar kata pakar psikologi, kalau kita sentiasa positif, maka yang positif saja yang datang pada kita. Rezeki Allah SWT dimana-mana. Tak semestinya rezeki tu berbentuk duit kan? Tujuan aku kongsi cerita ni, cuma sebagai pesanan, jangan terlalu rasa kita ni kekurangan. Walaupun hanya ada 20sen pada kita, percayalah dengan pertolongan Allah SWT, insyaAllah.

Sekian.

2 comments:

  1. In shaa Allah, moga Allah sentiasa permudahkan segala2nya buat kehidupan kita semua di dunia dan akhirat... aamiin.

    ReplyDelete
  2. Kadang tu rezeki yang Allah beri kita tak nampak.. Allah je yang tahu. Percaya pada Allah..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.