RESEPI TOSAI HOMEMADE YANG LEMBUT - Monolog Aku Cuma Di Kiri

October 22, 2016

RESEPI TOSAI HOMEMADE YANG LEMBUT

RESEPI TOSAI HOMEMADE YANG LEMBUT - Assalamualaikum wbt. Bestnya kalau dapat buat tosai sendiri. Boleh makan puas-puas. Lepas tu sukahati kita la nak letak apapun kan? Aku jumpa resepi ni dalam video kat Facebook. So aku transfer jadi sebuah penulisan sebab senang sikit nak refer bahan kan?

Sementara tu, aku share jela dulu resepi ni kat dalam blog. Mana tahu ada orang nak cuba, kan?

Sumber : Facebook

RESEPI TOSAI HOMEMADE YANG LEMBUT
Bahan-bahan tosai (dikisar bersama) :
2 mangkuk beras - rendam 8 jam
1 mangkuk uluthu - (kacang dal)
1 kepal nasi
sedikit air
sedikit garam

Cara-caranya :
Bahan-bahan diatas dikisar dan diperam selama 8 jam dalam suhu bilik. Kemudian, panaskan non-stick pan, griskan dengan minyak bawang, seterusnya leperkan adunan tadi di atas pan. Api slow je tau. Masak sehingga garing atau ikutlah tesktur yang macam mana berkenan di hati.


--------------------------------------------------------

Itu je? A'ah, itu je. Cuma timing tu agak merenyahkan jugak la kekdahnya. 8 jam tu macam lamaaaaaa je kan? So siapa yang teringin nak cuba bolehlah cuma. Kekadang makan kat kedai mamak pun belum terjamin kebersihannya kan? So kalau buat sendiri nampaklah kebersihan itu.

Selamat mencuba!

2 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.