RESEPI SMOOTHIE NENAS YANG SIHAT - Tunsha Ayunie Punya Belog

October 21, 2016

RESEPI SMOOTHIE NENAS YANG SIHAT

RESEPI SMOOTHIE NENAS YANG SIHAT - Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat. Siapa sukakan nenas? Bercerita tentang nenas, aku dulu alergik gila dengan nenas sebab kena kegatalan lidah yang melampau. 

Sebenarnya, nenas sangat elok untuk payudara dan penyakit sendi. Ianya kaya dengan antioksidan, vitamin C, vitamin A, dan karotena bromelain.

Kalau korang jenis yang tak berapa nak suka makan nenas yang raw, korang boleh buat jus nenas ataupun smoothie. Aku dua-dua pun suka tapi aku memang obses dengan jus nenas. Masam-masam manis tu betul-betul buat aku rasa refreshing. Aku ingin kongsikan resepi smoothie nenas khas untuk korang yang sukakan smoothie.


RESEPI SMOOTHIE NENAS YANG SIHAT
Bahan-bahan :
1 cawan nenas yang dipotong kiub
¼ cawan jus nenas
½ cawan yogurt asli
1/4 cawan air
1/4 cawan kiub ais

Cara-caranya :
Kisar semuanya dan nikmati sebelum makan.

Hargailah kesihatan korang selagi korang sihat. Amalkan segalanya yang sihat-sihat. Yela, zaman sekarang ni banyak betul makanan yang tinggi bahan kimia. Sangat tak elok untuk buah pinggang tau! Oh ya, selamat mencuba!

cheers.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.