RESEPI SARDIN PEDAS UNTUK SAPUAN ROTI - Monolog Aku Cuma Di Kiri

October 03, 2016

RESEPI SARDIN PEDAS UNTUK SAPUAN ROTI

RESEPI SARDIN PEDAS UNTUK SAPUAN ROTI - Assalamualaikum wbt. Saja nak bercerita, asal balik ke Rawang je mesti abah rekues nak makan Roti Sardin Celup Telur. Asalnya, abah pelik dengan makanan tu. Selalu dia makan roti celup telur kosong je, takde inti.

Lastly satu hari tu dia macam lapar, so dia jamah la roti celup telur berinti sardin yang aku buat. Dia punyalah ulang macam la sedap sangat. Mungkin lapar kot? Haha!

Semalam abah rekues lagi. So aku saja nak share resepi inti sardin tu walaupun ramai dah tahu. Saja je hakakkk nak menyemakkan entri dalam blog.


RESEPI SARDIN PEDAS UNTUK SAPUAN ROTI
Bahan-bahan :
1 tin sardin - dilenyek (aku guna sos sekali)
1 labu bawang besar - cincang halus
3 ulas bawang putih - cincang halus
5 biji cili padi - cincang halus
Sedikit gula, garam dan asam jawa xtra Adabi

Cara-cara :
Panaskan planta @ marjerin, kemudian tumis bahan cincang hingga layu. Masukkan sardin dan masak hingga sedikit kering. Letakkan gula, garam dan asam.

Senang kan?

Inti ni korang boleh campur sedikit mayonis untuk rasa lemak-lemak. Tapi abah dia tak berapa nak suka mayonis so aku tak letak.

Sapu kat biskut pun sedap ! Less aji sebab dalam tin ikan sardin tu pun dah ada aji. Aku suka tumis bawang sampai layu tapi kalau korang tak suka, terserah.

So bolehlah masak. Kbai.

2 comments:

  1. Selamat juga buat sarapan jap ag.. selain roti canai.. ^_^

    ReplyDelete
  2. untuk sarapan dan makan petang sesuai ni..eh..akak mmg rajin buat ni sebab simple je nak buat...lagi sedap gulung dengan cheese..nyummy

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.