RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS GULA MERAH YANG SEDAP VERSI GOJESSS - Monolog Aku Cuma Di Kiri

October 11, 2016

RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS GULA MERAH YANG SEDAP VERSI GOJESSS

RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS GULA MERAH YANG SEDAP VERSI GOJESSS - Assalamualaikum wbt. Bertemu kembali dalam edisi resepi perasan sambil masuk bakul angkat sendiri. Semalam aku dah janji dah nak share resepi sambal ikan bilis @ sambal nasi lemak yang tuan suami cakap sedap sangat siap boleh buat niaga tu.

Aku tak tahu laa tang mana sedapnya tapi aku syak sebab aku menipu letak "racun" kot dalam tu. Alaaaa --- "Masakan goreng boleh tambah AJINOMOTO" kekdahnyaa....


RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS GULA MERAH YANG SEDAP
Bahan-bahan (A) :
1 labu bawang besar - dihiris
1/2 genggam ikan bilis

Bahan-bahan kisar :
Segenggam cili kering yang sudah direbus
1/2 genggam ikan bilis
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
------------------------------------
1 cawan air
1 sudu teh asam jawa Xtra Adabi
------------------------------------
Garam, gula merah, dan perasa

Cara-cara :
Panaskan minyak, masukkan ikan bilis dan bawang hiris. Biarkan bawang layu sebentar. Lepas tu bolehlah dimasukkan bahan kisar tadi. Part ni aku menyampah sebab bahan tadi akan merecik-recik. Pepandailah ampa handle naaaa?

Bahan tadi tu korang masak hingga pecah minyak ye? Pecah minyak tu macam terbit minyak la. Kalau macam tak faham jugak tanyalah makcik sebelah rumah tu.

Dah pecah minyak tu letaklah air, asam jawa, garam, gula dan perasa. Aku letak 1 sudu teh garam je sebab belacan dengan ikan bilis tu masin. Aku suka sambal yang manis so ikutlah selera masing-masing. Yang aku tahu sambal aku sedap. Sebelum aku bertambah riak, aku ucapkan good luck dan selamat mencuba !

Faham tak entri resepi aku harini? Sila komen. Terima kasih sudi baca.

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.