RESEPI PAI CORNFLAKES BERSAMA PISANG - Monolog Aku Cuma Di Kiri

October 21, 2016

RESEPI PAI CORNFLAKES BERSAMA PISANG

RESEPI PAI CORNFLAKES BERSAMA PISANG - Assalamualaikum wbt. Cornflakes ni aku selalu makan dengan susu. Tapi sejak kawin ni aku jarang makan cornflakes kecuali raya, sebab mama suka buat biskut cornflakes.

Masa aku meniaga dulu, aku buat popia cornflakes memang banyak permintaan. Cuma sejak tinggal rumah in law ni aku agak terbatas sikit. So aku stop berbisnes dah fokus dengan blogging je.

Pepetang ni aku rasa macam nak share resepi dessert pulak. Senang sangat nak buat. Kalau jenis suka pisang goreng cheese mesti suka makan Pai Cornflakes bersama Pisang ni.

Sumber : Page Kellogg's

RESEPI PAI CORNFLAKES BERSAMA PISANG
Bahan-bahan :
1/3 cawan butter @ marjerin
1/4 cawan gula
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 cawan cornflakes - dikisar halus
1 paket (220gm) cream cheese
1 tin susu pekat
1/3 cawan jus lemon
1 sudu teh esen vanilla
5 biji pisang sederhana besar - hiris bulat-bulat

Cara-caranya :
1) Di dalam pan, cairkan butter, masukkan gula dan serbuk kayu manis sehingga berbuih. Alihkan dari dapur. Masukkan cornflakes yang telah dikisar. Gaul rata.

2) Di dalam dulang pembakar bersaiz 9 inci, masukkan adunan tadi dan tekan-tekan hingga rata. Sejukkan dalam peti ais.

3) Di dalam mixer, pukul cream cheese sehingga lembut. Masukkan susu pekat dan gaul rata. Masukkan pula 1/3 cawan jus lemon dan esen vanilla. Kacau lagi sehingga kental.

4) Susun hirisan pisang di atas kerak cornflakes tadi. Selepas itu tuangkan adunan cream cheese. Biarkan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dihidang.
.
..
...
Bolehlah kalau nak buat pepetang ni kan? Asal ada bahan je. Aku ni kekadang mama beli cream cheese kat rumah tu aku makan gitu je. Sometimes aku letak coklat Hershey. Jenis aku kalau bosan memang suka mengunyah. 

Apapun. selamat mencuba !

cheers.

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.