RESEPI IKAN PARI MASAK ASAM JAWA BERLADA - Tunsha Ayunie Punya Belog

October 07, 2016

RESEPI IKAN PARI MASAK ASAM JAWA BERLADA

RESEPI IKAN PARI MASAK ASAM JAWA BERLADA - Assalamualaikum wbt. Berapa hari ni aku lost teruk sampai tak tahu nak abadikan apa dalam blog ni. Tetiba macam baru teringat resepi rare yang aku tak tahulah kalau ada orang dah pernah buat ke belum.

Aku tak pernah jumpa so aku anggap ianya rare. Ikan pari selain dibuat asam pedas atau bakar, banyak lagi yang kita boleh jadikan makanan. Masa menaip ni Tuhan jela yang tahu betapa lapar perut aku, maklumlah beberapa hari ni tak pekena nasi. Asyik mee goreng je tau!

So meh la nak share !


RESEPI IKAN PARI MASAK ASAM JAWA BERLADA
Bahan-bahan :
5 ketul potongan ikan pari - gaul garam kunyit & digoreng setengah masak
2 ulas bawang kecil - dihiris halus
1 ulas bawang putih - dihiris halus
Beberapa helai daun kari
1 sudu kecil lada hitam - dikisar halus
1 sudu besar asam jawa XTRA ADABI
Gula dan garam secukupnya
air secukupnya

Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang serta daun kari. Tumis hingga naik bau dan masukkan 1 cawan air. Masukkan ikan pari dan diikuti dengan lada hitam, asam jawa xtra dan perasa. Masak hingga mendidih dan pekat.

PERHATIAN : Resepi ni adalah jenis kering dan tidak berkuah. Aku makan dengan bening labu air. Selamat mencuba ya.

3 comments:

  1. wah..pnadai masak rupanya adik akak sorang ni..akak tak pernah buat lagi resepi ni...

    ReplyDelete
  2. selain ikan ni, ikan keli, ikan patin dan ikan tongkol adalah ikan yg saya tak boleh makan buat seumur hidup.. huhu.. so, masak asam jawa berlada ni masak kat ayam atau ikan lain je laa... =)

    ReplyDelete
  3. Nyum... Dah lama tak makan pari..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.