RESEPI GUACAMOLE AVOKADO VERSI GOJESSS - Monolog Aku Cuma Di Kiri

October 26, 2016

RESEPI GUACAMOLE AVOKADO VERSI GOJESSS

RESEPI GUACAMOLE AVOKADO VERSI GOJESSS - Assalamualaikum wbt. Hai semua? Macam dah lama je tak bersiaran kan? Haritu aku macam teringin nak buat Guacamole, so aku pergi Tesco Rawang dengan Lia, beli 2 biji avokado yang aku tak tahu sebenarnya buah tu dah masak ke tidak.

Dah beli tu macam excited laa nak buat Guacamole. Aku buat pagi keesokannya. Dah excited ready semua barang, sekali bila nak potong avokado tu kemainlah keras. Rasa frustrated gila-gila pulak. Lepas tu aku pun buat eksperimen, aku rebus avokado tu sampai lembut. Haaa! Baru boleh potong. Tak tahulah kalau avokado tu sebenarnya boleh masak ke tidak, tapi hakakkkk terdesak, buat je laaa..


RESEPI GUACAMOLE AVOKADO VERSI GOJESSS
Bahan-bahan :
2 biji avokado saiz sederhana - ambil isi
1/2 biji tomato - buang tengah dan dipotong dadu
2 biji cili padi - cincang
2 tangkai daun ketumbar - dihiris halus
1 labu bawang besar - cincang
1 ulas bawang putih - cincang
1 biji limau nipis - ambil jus
Secubit garam
Sedikit gula
*optional - serbuk bawang putih

Cara-caranya :
Gaulkan semua dan sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang 30minit hingga 1 jam.

Aku sarankan gunakan sebiji avokado untuk permulaan. Manalah tahu tak kena dengan tekak korang kan? Kalau sebiji avokado tu guna 1/2 jela limau nipis, karang masam pulak. Aku makan dengan kepingan tortilla yang dibakar. Tuan suami makan dengan quesadillas. Balik Rawang haritu aku asyik buat Mexican Food je. Tetiba tekakkk nak jadi foreigneir katanya.. hahahhaa!

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.