October 19, 2016

RESEPI AYAM HONEY BUTTER ALA KOREA

RESEPI AYAM HONEY BUTTER ALA KOREA - Assalamualaikum wbt. Aku tahu di Malaysia ni jenis ramai sukakan makanan Korea kan? Aku tak pernah ke Korea tapi aku suka juga makanan Korea ni sebab makanan dia jenis sihat je walaupun kebanyakkan guna Gochujang (sejenis pes cili).

Harini aku terjumpa lagi resepi dari Maangchi, iaitu Honey Butter Chicken, atau Ayam Honey Butter atau Ayam Madu Butter. Ehh aku malas laa nak translate BUTTER tu apa. Hahhaha! So nak share laa kat blog ni sebab macam sedap je alkisahnya.

Kredit -  Maangchi.com

RESEPI AYAM HONEY BUTTER ALA KOREA
Bahan-bahan :
2 pound kepak ayam @ ayam yang dipotong kecil
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil serbuk lada hitam kasar
2 biji telur - kalau telur saiz besar guna 1 je
¼ cawan tepung kentang @ tepung jagung
¼ cawan tepung all purpose @ tepung gandum
½ sudu kecil serbuk penaik @ sodium bikarbonat
4 cawan minyak masak

Cara-cara :
Panaskan minyak dengan api besar. Sementara itu letak ayam dalam satu bekas dan masukkan garam, lada hitam, telur, tepung kentang, tepung gandum dan serbuk penaik. Gaul rata.

Kecilkan api, goreng ayam lebih kurang 20 minit. Pastikan setiap bahagian kelihatan garing dan rangup. Angkat dan toskan. Minyak tadi biarkan panas selama satu minit. Goreng semula ayam lebih kurang 8-10 minit. Angkat dan toskan.

Bahan-bahan untuk sos madu :
4 sudu besar butter
2 ulas bawang putih - dicincang
¼ cawan gula perang
2 sudu kecil kicap cair
2 sudu kecil madu
¼ cawan biji labu *optional

Cara-cara :
Cairkan butter menggunakan api perlahan. Kemudian masukkan bawang putih dan biarkan sedikit garing. Masukkan gula, kicap cair dan madu. Tutup api.

Gaulkan ayam bersama sos madu tadi. Kalau nak boleh letak biji labu, taknak pun takpe. Siap ! Bolehlah main ratah-ratah depan TV ye? Selamat mencuba!

7 comments:

  1. Meliur tengok.gambar..hihi..
    Pedas tak ni..kalau pedas..cik.akak.memang tak boleh makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah tak pedas cik akak, memandangkan takde penggunaan cili dalam resepi ni. hihi

      Delete
  2. Bila tengok gambar menu.. Teringat ikan masak sweet sour.. Dan buat reen teringin pula rasanya nak masak dan makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seolah2 ikan sweet sour lah kiranya ni. Cuma penggunaan garlic tu buat lain sikit kot rasanya..

      Delete
  3. Masuk je blog sha ni krup krap krup krap bunyi perut. Nak2 resepi pedas ni lagi kaklong suka :D

    ReplyDelete
  4. Sally pernah buat...huhuhuhu...tapi suka bila pedas lg... :P

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.