Randomly Update - Tunsha Ayunie Punya Belog

October 01, 2016

Randomly Update

Assalamualaikum wbt.

Semalam, awal pagi teman tuan suami pergi JKM. Then balik tu konon-konon lapar, tapi takde selera nak makan. Aku just mintak laksa dari tuan suami. Itupun terpaksa telan padahal tekak meronta-ronta tidak mahu dimasukkan makanan.

Lepas tu terniat nak pergi rumah Pakchu kat Ukay Perdana. So lepas dah rehat kejap kat rumah, petang tu kami pergi jugak la rumah Pakchu plus Pakchu ada order Pomade.

Then, dah la dengan jalan jammed, lepas tu pulak kena pusing dua kali sebab tuan suami salah jalan. Maklumlah... tak pernah sampai sendiri ke Ukay Perdana so tersesat kejap walaupun tuan suami dah 37 tahun duduk kat Ampang ni.

Dah sampai rumah Pakchu, kami dijamu makan nasi beriani berlauk. Semua sekali Pakchu letak dalam nasi beriani tu, so rasa dah macam makan nasi goreng. Lulz! Tak kisah la kan? Rezeki dah depan mata so makan je la.


After that, we just be a good listener to Pakchu. Dia nampak down sebenarnya. Sejak pemergian arwah Maktok tahun lepas, Pakchu dah takde semangat. Sebab hidup dia adalah Maktok.

Hajat hati aku nak update banyak benda semalam. Tapi teman Pakchu kat Ukay Perdana sampai nak dekat pukul 1am, so balik rumah aku dah collapse teruk. Haha ! So, itu je lah aku nak share. Jangan bosan membaca ye? :)

Sekian.

3 comments:

  1. Maktok tu mak kepada pakchu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah.. maktok tu mak kepada pakcu ^_^ pakcu ni pulak anak bongsu, paling rapat dengan maktok.

      Delete
  2. suami akak pun org kl tapi tak tau balik kedah atau kemana2 dia jenis cukup handal mencari jalan. Kalau pergi mana2 pun nak2 lagi tempat yang tak pernah pergi memang family akak suka kalau suami akak ikut & dia yang drive. Even pergi holiday pun dorang nak jugak bawa dia..
    Pakchu awak tu masih belum kahwin ke? Maybe dia kesunyian la tu... bila sunyi ni orang yang paling rapat la paling di rindui buat hidup dia sedikit terasa kosong

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.