October 14, 2016

NIAT HATI NAK HIBURKAN ANAK, TETAPI BERUBAH JADI TRAGEDI

NIAT HATI NAK HIBURKAN ANAK, TETAPI BERUBAH JADI TRAGEDI - Assalamualaikum wbt. Malang tidak berbau dan sering terjadi tanpa kita sedar. Pernah terjadi pada aku, dimana aku main pusing-pusing dengan adik aku masa kecik, lastly terlepas tangan adik aku dan kepala dia terhantuk di almari, kesudahannya, kepala dia berjahit.


Di China, seorang bapa melayan kerenah anaknya bermain "keretapi" tetapi niat hati mahu hiburkan anak, bertukar jadi tragedi. Di dalam rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak itu di belakang bapanya. Kemudian menarik kedua-dua tangan bapanya. Bapa tadi hilang kawalan dan jatuh menghempap kepala serta tengkuk anaknya itu.


Mangsa terus dikejarkan ke hospital untuk diselamatkan tetapi dia tetap meninggal dunia. Doktor berkata mungkin disebabkan cara si bapa memegang anaknya selepas insiden itu. Disarankan kepada ibubapa supaya jangan menyentuh anak andai insiden seperti ini berlaku.

Ramai netizen yang memarahi bapa terbabit padahal perkara itu tidak disengajakan. Kalaulah dia tahu perkara sebegitu boleh membawa maut.

Apapun, hati-hatilah jika bermain dengan anak-anak sendiri :)

8 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.