KISAH THAIR ABUD : BERJALAN KAKI DARI AUSTRIA KE MAKKAH - Monolog Aku Cuma Di Kiri

October 28, 2016

KISAH THAIR ABUD : BERJALAN KAKI DARI AUSTRIA KE MAKKAH

KISAH THAIR ABUD : BERJALAN KAKI DARI AUSTRIA KE MAKKAH - Assalamualaikum wbt. Kedengaran agak sukar jika kita membayangkan kita berjalan kaki dari negara sendiri ke negara lain. Apa yang dilakukan saudara Thair Daud ni memberi inspirasi, kita mampu meraih tujuan dengan niat yang ikhlas dan kecekalan hati.


Dia seorang Muslim Austria yang berdarah Iran-Jerman. Thair Abud sanggup berjalan kaki sejauh 12,000 kilometer selama lebih kurang 300 hari semata-mata untuk menjejaki Tanah Makkah, Arab Saudi.

Dia ingin memenuhi janji terhadap kakaknya yang tersayang, seorang pengidap kanser payudara. Ianya sebagai dedikasi amal untuk membantu si kakak supaya melupakan kesakitannya.


Kisah bermula apabila kakaknya, Zaussen, memberitahu Thair bahawa dia mengidapi kanser payudara. Oleh kerana ingin memberi semangat pada kakak tersayang, Thair ingin berjalan kaki dari Austria ke Sepanyol. Zaussen telah memantau setiap perjalanan Thair untuk melupakan kesakitannya.

Thair telah berjalan dari Austria ke Sepanyol selama 102 hari . Setiap perjalanan disulami dengan kata-kata "For Zaussen" .

Tibanya Thair di Austria kembali, Zaussen memberitahu Thair bahawa setiapkali dia berasa sakit, dia mengikuti panduan Thair sepanjang perjalanan adiknya itu, sehingga dia melupakan segala kesakitan.

Thair berjanji, jika sepanjang perjalanannya ke Sepanyol mampu membuatkan kakaknya melawan sakit dan berasa sihat, dia akan menunaikan janjinya untuk ke Makkah dengan hanya berjalan kaki!

Akhirnya, Thair menunaikan janjinya dan dia bermula pada 25 Julai 2014 dan tiba di Makkah pada 17 Mei 2015.

Menarik kan?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.